Selasa, 24 Mei 2011

10 Runtuhan terbaik dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Dunia kita sekarang ini sudah banyak berubah, banyak kemajuan sudah kita kecapi. Dan pastinya, apa yang kita nikmati pada hari ini tidak dinikmati oleh generasi sebelum kita. Namun, percayakah anda jika ada banyak lagi ilmu pengetahuan dan juga kemajuan yang generasi dahulu nikmati yang hilang begitu sahaja dan tidak dapat dipelajari oleh kita hari ini. Dan ianya tersemadi dengan runtuhan-runtuhan pembangunan pada zaman dahulu yang menyebabkan kita rasa betapa kerdilnya kita berbanding generasi dahulu.

Mari kita saksikan 10 Runtuhan terbaik dunia


1. Machu Pichu, Peru

Photobucket

Suatu keunikan yang terdapat di Machu Pichu ini adalah, sebuah kota yang terletak di puncak pergunungan. Dan ianya telah menjadi persoalan kepada semua yang melihatnya. Dan semua batu-batu bangunan yang berada di runtuhan tersebut menceritakan akan bermacam-macam teknologi yang telah diaplikasikan seperti zon pertanian dan zon penempatan. Di zon pertanian terdapatnya teres-teres untuk pertanian dan gudang menyimpan makanan dan di zon penempatan pula, berdirinya kawasan perumahan, kuil, dataran, dan kawasan perkuburan.


2. Acropolis, Greece

Photobucket

Ketamadunan Yunani masih lagi menjadi rujukan masyarakat seluruh dunia dengan konsep kecantikan. Kota Yunani ini senantiasa dikagumi dan disanjung sejak 2,500 tahun dahulu. Setelah ribuan tahun, masa telah mereputkan sebahagian kuil-kuil Yunani ini, namun walaupun begitu, bentuknya masih hampir sama akan bentuk asalnya.


3. Mesa Verde, Amerika Syarikat

Photobucket

Apakah MesaVerde? Ia adalah tinggalan kepada penempatan suku orang asli Amerika yang terletak di Colorado. Suku orang asli tersebut adalah Kaum Puebloans.


4. Angkor, Kemboja

Photobucket

Tiada siapa tahu apakah asbab yang telah melumpuhkan Ibu kota bagi Empayar Khmer suatu masa dahulu. Namun, apa yang pasti, Kota ini sekarang telah pun diliputi dengan hutan yang luas. Ia juga merupakan tempat kepada Angkor Wat, bangunan keagamaan terbesar di dunia.


5. Piramid dan Memphis, Mesir

Photobucket

Bila kita berbicara tentang tamadun kuno, maka Pyramid memang tidak boleh ditinggalkan. Dan Pyramid ini amat sinonim dengan Kota Memphis, ibu negara bagi Tamadun Mesir Kuno. Sepanjang sejarah Mesir, tiga orang Nabi pernah menghuni tamadun tersebut iaitu Nabi Yusuf, Nabi Harun dan Nabi Musa. Persoalan masih tidak berjawab adalah bagaimana pekerja pada zaman itu boleh membina dan menyusun bongkah batu Pyramid tersebut dengan begitu sempurna sekali.


6. Tikal, Guatemala

Photobucket

Tikat merupakan tinggalan bagi Tamadun Maya yang terletak di Utara Guatemala. Berdasarkan tinggalan kawasan ini, ia berkemungkinan mempunyai populasi seramai 90,000 penduduk sebelum ianya ditinggalkan begitu sahaja.


7. Petra, Jordan

Photobucket

Dikenali ramai sebagai runtuhan kaum Nabi Salleh a.s, Petra pada zaman dahulu adalah bandar yang separuh daripada bangunannya diukir di Gunung Batu. Selama ratusan tahun ia telah menjadi tempat perdagangan yang penting dan pada waktu-waktu tertentu, Matahari akan menyinari kota ini sehingga menjadi merah seperti mawar.


8. Colosseum, Italy

Photobucket

Colosseum tidak dinafikan lagi merupakan gelanggang perlawanan untuk hiburan masyarakat Rom sejak 2,000 tahun dahulu. Sejarah membuktikan bahawa di sinilah tempat beribu-ribu Galdiators, Hamba, Banduan dan Haiwan Liar bertarung dalam pertarungan sehingga mati. Ia boleh memuatkan hampir 50,000 penonton ketika waktu kemuncaknya.


9. Tembok Besar Cina, China

Photobucket

Merentangi daratan hampir sepanjang 4,500 batu, Tembok Besar China umpama Naga yang melindungi suatu yang berharga di belakangnya. Ia dibina sejak 2000 tahun dahulu untuk melindungi Empayar China daripada serangan musuh daripada luar. Dibina secara berperingkat oleh beberapa Wangsa Cina. Beberapa bahagian tembok ini telah rosak atau hilang sepenuhnya.


10. Palmyra, Syria

Photobucket

Kota Palmyra, atau dikenali juga dengan nama Tadmor terletak di Timur Laut Damascus di Negara Syria. Kota Palmyra ini terletak di kawasan 'Laluan Sutera' yang menghubungkan China, India dan Parsi dengan Empayar Rom. Ketika zaman keemasannya, kota ini adalah tempat lahirnya Ratu Zenobia, seorang wanita pemerintah dan penakhluk bagi Empayar Palmyra suatu ketika dahulu.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails