Jumaat, 27 Mei 2011

PK02 : Aliran Tunai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Segmen PK kembali semula untuk edisi kedua. Pada bulan lepas, kita telah membincangkan bagaimana hendak membahagikan kewangan anda kepada 3 bahagian iaitu Perbelanjaan, Pelaburan dan Simpanan. Untuk edisi bulan ini, kita akan membincangkan tentang Aliran Tunai. Tahukah anda bahawa dalam kehidupan harian, kebanyakan daripada kita hanya ada satu sumber pendapatan sahaja. Tidak ramai yang mempunyai sumber pendapatan sampingan yang boleh sekurang-kurangnya menampung ketidakcukupan sumber daripada pendapatan utama.

Apa akan jadi jika kita berhenti atau diberhentikan kerja? Sudah pasti Aliran Tunai kita akan berhenti sama sekali. Baiklah, mari kita mengenali apakah itu Aliran Tunai dan kemanakah ianya mengalir.


1. Pendapatan

Pendapatan adalah sumber kewangan yang didapati daripada kerjaya utama kita. Jika anda makan gaji, maka gaji bulanan itu adalah Pendapatan Utama anda. Sementara jika anda berniaga, pendapatan anda setiap bulan itu adalah Pendapatan Utama setiap bulan.
Ia dalam kategori Duit Masuk, (Income).

Contoh : Jika gaji anda RM1500, maka pendapatan utama anda adalah RM1500


2. Perbelanjaan

Perbelanjaan adalah wang yang digunakan untuk kehidupan seharian. Perbelanjaan yang dibayar ansuran tidak termasuk dalam kategori ini. Ini adalah kategori Duit Keluar (Spend).

Contoh : Duit makan, Duit minyak, Tambah nilai, nafkah dan sebagainya


3. Asset

Asset adalah barangan milik anda yang pada masa yang sama menjana pendapatan sampingan untuk anda. Nilainya sedikit tetapi jika mempunyai banyak aset, adakalanya ia cukup untuk membolehkan anda hidup sehari-hari tanpa kerja. Perbezaan aset dengan pendapatan utama adalah, asset adalah barang dan bukan pekerjaan tetap anda. Kategori Duit Masuk (Income)

Contoh : Rumah sewa, tanah sewa, kereta sewa, saham, blog dan sebagainya.


4. Liabiliti

Ini adalah perbelanjaan bulanan anda kepada barang-barang anda secara ansuran. Kategori Duit Keluar (Spend).

Contoh : Rumah, Kenderaan, Barang-barang rumah, komputer, PTPTN dan sebagainya.


CONTOH:

Abu baru sahaja bekerja, pergi kerja dengan menggunakan kereta (beli sendiri) dan tinggal bersama keluarga. Ada rumah sendiri tetapi disewakan kepada orang lain. Aliran Tunai dia adalah seperti ini

Pendapatan : Gaji

Perbelanjaan : Makan, Tambah nilai, duit minyak kereta, tol (jika ada), shopping dan lain-lain

Asset : Kutipan sewa rumah

Liabiliti : Pinjaman PTPTN, Duit kereta, Duit Rumah.



KETERANGAN :

Baiklah, ini adalah contoh Aliran Tunai. Anda nampak bukan? Kita semua ada Pendapatan, Perbelanjaan dan Liabiliti, tetapi tidak ramai daripada kita yang ada aset. Jika itu terjadi, maka, setiap bulan kita akan dapati yang duit kita senantiasa tidak mencukupi.

Sebenarnya, aliran tunai kita banyak dibazirkan di Liabiliti daripada perbelanjaan kehidupan. Benda yang nampak seperti memudahkan hidup kita sebenarnya itulah yang menjadi sumber 'masalah'. Dan, keadaan bertambah teruk apabila kita hanya bergantung kepada sumber Pendapatan sahaja untuk menampungnya. Inilah yang dipanggil, 'Hidup untuk Duit', dan bukannya 'Duit untuk hidup'.


TUGASAN

Baiklah, tugasan yang diberikan pada saya untuk bulan ini adalah,

"Tambah pendapatan sampingan dengan mendapatkan Asset"

Sekian sahaja untuk masa ini,
Salam

1 ulasan:

Unknown berkata...

blog anda telah di-review!

http://akusukamembebel.blogspot.com/2011/05/segmen-review-radins-blog-entertainment.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails