Khamis, 29 September 2011

Bangunan EMPIRE meletup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Rasa sudah kecoh di surat khabar dan media massa akan perkara ini, bangunan EMPIRE meletup pada 3.40 pg isnin lepas. Apa agaknya perasaan anda bila melihat berita ini? Bagi mereka-mereka yang berhampiran, pasti akan berasa tidak percaya. Secara jujurnya, saya juga tidak percaya akan berita ini ketika ia kecoh pada pagi Selasa ketika saya menuju ke tempat kerja. Hanya apabila melihat kesesakan luar biasa di hadapan stesen KTM, baru saya percaya.

Photobucket
(gambar dari Bernama)

Masakan tidak, kali terakhir saya menjejakkan kaki ke bangunan tersebut adalah pada siang hari kejadian! Dan pada ketika itu, keadaan sibuk seperti biasa. Memang tidak dinafikan, memang bangunan tersebut antara nadi di kawasan ini. Saya pun tidak tahu berapa kerugian yang terpaksa ditampung selepas tragedi ini.

Apa yang penting, saya bersyukur sangat sebab bos ambil buku ceknya pada hari Isnin di EMPIRE. Kalau tidak, pasti sekarang ini banyak kerja tertangguh akibat ketiadaan cek, apatah lagi di akhir bulan.. dan juga.. di bulan terakhir tahun kewangan syarikat.. (nak kena siapkan audit!!)

Sekian sahaja buat masa ini.
Salam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails