Selamat datang semua
Selamat datang diucapkan kepada bulan Disember, bulan terakhir dalam kalendar Masihi. Dan pada masa yang sama juga, selamat tahun baru Hijrah 1433. Di bulan ini, terdapat beberapa masalah yang membelenggu diri ini. Oleh itu, saya merancang untuk berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah-masalah yang mendatang.
Cabaran? cabaran apakah di atas itu? Ok, pertama sekali, ini bukan contest atau pertandingan. Tapi ianya sekadar cabaran untuk diri saya sendiri. Seperti yang saya katakan tadi, ada beberapa masalah yang saya perlu uruskan. Ada banyak sebenarnya. Tapi kalau dirumuskan, ianya berkisar akan dua perkara di bawah.
- Duit
Ia bukannya masalah duit, tetapi lebih kepada untuk menyimpan duit untuk keperluan masa hadapan. Biasalah, kita semakin lama semakin tua, dan bukannya semakin muda. Amat penting untuk ada simpanan tetap, apatah lagi di usia muda. - Berat Badan
Berat?? Aku tengok kau kurus jer? Itu adalah antara beberapa pertanyaan terhadap saya baru-baru ini. Memang kadang-kala terlalu berat akan bermasalah, tetapi berat badan berkurang pun amat bermasalah. Jadi, saya lebih kepada mahu mengekalkan berat badan yang ideal.
Cabaran Bermula :-
Baiklah, cabaran ini adalah satu cabaran untuk diri sendiri di mana, selama satu bulan daripada 1 Disember sehingga 31 Disember, saya kena hanya gunakan RM300++ sahaja untuk belanja makan (tidak termasuk kos-kos lain seperti tiket komuter)
Harap-harapnya kesemuanya berjalan lancar.
Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan