Selamat datang semua.
Pertama sekali, sudah hampir seminggu saya tidak mengemaskini artikel di dalam blog ini. Jadi minta maaf kepada semua jika ada di antara kamu semua ada yang menunggu artikel baru dalam masa seminggu ini. Tempoh seminggu ini amat memenatkan saya. Dan saya juga tidak ada mood untuk menulis dalam masa ini. Jadi masa yang terluang itu saya habiskan dengan berehat. (Tidur!!). Tapi masalahnya, tidur walau macam mana punya banyak pun, penat tetap tidak hilang-hilang. Sangat misteri kan?
Dan dalam percubaan untuk menghilangkan rasa penat, saya menggeledah fail-fail di dalam laptop saya dan dengan penuh kejutan, saya menjumpai permainan yang sudah lama saya tinggalkan. Pokemon!! Jadi, tanpa membuang masa saya pun mula bermain semula. Dan tanpa saya sedari, saya sudah bermain setiap hari dan jumlah masanya setakat ini adalah 57 jam, bersamaan dengan 2 hari lebih.
Pokemon Ruby
Ada beberapa pelantar pokemon yang ada di dalam laptop. Tetapi Pokemon Ruby adalah yang pertama saya mencuba semula. Dan kesannya amat memuaskan hati. Masalah saya hilang sekejap.
Ianya hampir sama dengan Silver dan Gold iaitu mempunyai sistem masa. Tetapi fungsi seperti pagi, petang, siang dan malam tidak dimasukkan. Di samping itu, terdapat pertambahan fungsi iaitu perubahan cuaca dan pasang surut air laut.
Dan, apa yang lebih menyeronokkan, anda boleh mendapatkan secret base anda sendiri dan hiasinya mengikut citarasa anda.
Mungkin ada yang rasa saya seperti budak kecil bermain permainan seperti ini, tapi saya tidak kisah itu semua. Yang penting, kepenatan saya hilang. ^^
Sekian sahaja buat masa ini.
Salam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan