Ahad, 30 Mac 2014

Identiti Orang Sarawak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Kita semua sudah mengetahui yang Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Jika anda merupakan anak jati Negeri-Negeri Tanah Melayu, atau dengan lain perkataan, Orang Semenanjung, dan tak pernah keluar dari Semenanjung, pasti anda akan berhadapan dengan situasi seperti di bawah.

"Eh, dia ni orang Melayu ke? Cina ke? Sarawak ke? Sabah ke?"

Kalau di Semenanjung, anda secara umumnya mengenali seseorang itu melalui warna kulit dan rupa. Namun jika anda mahu mengenali orang Sarawak melalui rupa, adalah hampir mustahil sebab rupa orang Sarawak secara penampilan adalah hampir sama dengan orang Melayu di Semenanjung. Jadi, antara cara paling mudah untuk anda mengenali orang Sarawak adalah pertama melalui 'Nama'. 

PS, Penggunaan nama di bawah hanya contoh semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati. Jika ada, ia hanya kebetulan sahaja.

Secara umum, orang Sarawak boleh dikategorikan kepada 3 bahagian utama iaitu :-


1. Melayu & Melanau

Cuba teka, mana Melayu, mana Melanau?
Di Sarawak, orang Melayu rata-rata terbahagi kepada Melayu Sarawak (Kuching) dan Melayu Brunei. Sementara Melanau pula terbahagi kepada beberapa kawasan utama seperti Melanau Rajang (Sibu), Melanau Mukah (Mukah) dan Melanau Vaei (Bintulu). Anda boleh kenal melalui perbezaan bahasa, tapi kalau first time datang Sarawak memang takdela korang nak faham. Huhu.

Melayu kebanyakannya menggunakan nama hampir serupa dengan di semenanjung. 

Contoh : Muhammad bin Hanafi

Namun, bagi Melanau pula, mereka terbahagi kepada Melanau Islam dan Melanau Kristian. Jadi penggunaan nama mereka berbeza mengikut agama. Nama mereka menggunakan 'Bin' 

Contoh : Jonathan bin Petrus , Khairul Arifin bin Jali


2. Dayak (Iban dan Bidayuh)


Orang Dayak terbahagi kepada dua iaitu Dayak Darat ataupun Bidayuh dan Dayak Laut ataupun Iban. Mereka membentuk 40% daripada populasi Negeri Sarawak. Iban terutamanya berada di kawasan seperti Sri Aman, Sibu dan Kapit. Pada nama mereka menggunakan 'Anak'.

Contoh : Siba Anak Rimau , Albert Anak Thomas

Nama Bidayuh tidak banyak beza dengan Iban, namun selalunya lebih panjang daripada Iban.

Contoh : Pandelela Rinong Anak Pamg (Atlet terkenal Sarawak)


3. Orang Ulu 

Orang Ulu seperti nama mereka adalah populasi yang tinggal di bahagian pedalaman Sarawak dan berada di kawasan ulu Sungai seperti Baram dan Belaga. Mereka ini terbahagi kepada banyak suku kaum namun yang terbesar adalah Kenyah dan Kayan. Pada nama mereka tiada bin dan anak, sebaliknya terus disambungkan dengan nama ayah masing-masing.

Contoh : Emilia Ajang , Abit Lusang


Jadi sekiranya anda datang ke Sarawak, memang anda akan terkesima dengan perbezaan demografi di Bumi Kenyalang ini.

Rabu, 19 Mac 2014

Mari Belajar Bahasa Kayan II

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Pertama sekali, aku juga rasa terkejut akan perkara ni. Ramai rupanya orang yang datang ke dalam blog aku ni untuk tajuk post "Mari Belajar Bahasa Kayan". Mungkin ramai yang mahu belajar bahasa Orang Ulu yang merupakan bahasa pengantar di Daerah Belaga. Di daerah Belaga di dalam bahagian Kapit iaitu di Bahagian ulu Sungai Rajang, Orang Ulu daripada kaum Kayan dan Kenyah merupakan penduduk majoriti. Jadi, tidak hairan jika anda berjumpa dengan Orang Melayu dan Cina yang tinggal di sini boleh berbahasa Kayan dan Kenyah. Tak dilupakan juga Punan, Penan, Tanjung, dan bermacam-macam suku lagi di bahagian hulu ni.

Jadi di bahagian kedua Belajar Bahasa Kayan ini, kita akan mempelajari Kata Tanya dan Kata-kata Selamat dalam Bahasa Kayan. Sebelum terlupa, ini adalah kelas Belajar Bahasa Kayan Balui

Kata Tanya :-

Apa - Nun
Mengapa - Avinun
Siapa - Hi
Mana - Nok
Bila - Hiran


Kata-Kata Selamat :-

Selamat Pagi - Sayu Jehima
Selamat Tengah Hari - Sayu Belua Do
Selamat Petang - Sayu Levi
Selamat Malam - Sayu Malem


Contoh Penggunaan :-

Suatu hari di Pejabat

Adi : Emi, Sayu Jehima!
        Emi, Selamat Pagi

Emi : Jan Sayu~~
         Tak Baik

Adi : Jan Sayu? Avinun Emi?
         Tak Baik? Kenapa Emi

Emi : Mudo kui do anih. Kui ikem tudu
        Mengantuk aku hari ni. Aku nak tidur

Adi : Deeehh~~ Mudo.. mudo.. Eyh? Emi, hinok bos tey?
        Adui~~~ mengantuk..mengantuk.. Eyh? Emi, mana bos pergi?

Emi : Jan Jam. Hiyak bara ikem tey Bintulu.
         Tak tahu. Dia cakap nak pergi Bintulu.

Adi : Bintulu!? Jan nyadui ka lakak ayak nan? Deeehh~~~
        Bintulu? Tak kerja ke lelaki tua tu? Deeehh~~

Emi : Bos bara, ikak replace hiyak tey meeting Jehima anih.
         Bos cakap, awak replace dia pergi meeting pagi ni.

Adi : Deeehh~~~ Jan kui ikem.
        Deehhh~~ Tak mahu aku. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails