Rabu, 15 Jun 2011

Senarai juara Akademi Fantasia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Dengan berakhirnya konsert Akademi Fantasia 9, maka secara rasmi berlabuhlah sudah dan tutuplah tirai Akademi Fantasia. Selama 9 tahun, siaran Akademi Fantasia telah melahirkan 9 orang Juara yang menyinari industri hiburan tanah air, walaupun tidak semua. Akademi Fantasia 2 adalah antara yang terbaik pernah dianjurkan, dengan rating penonton sebanyak 15.0%. Namun, bermulanya musim ke-6, rating rancangan ini hanya sekadar 4% sahaja.

Dalam segmen ini, mari kita saksikan 9 orang pelajar Akademi Fantasia yang dinobatkan sebagai Johan, di mana 100% daripada keputusan tersebut adalah hasil undian daripada penonton. Akademi Fantasia, institusi pengajian paling singkat tempoh belajar di Malaysia.


AF 1
Vince


Photobucket
Vince, Putera R&B

Vince atau nama sebenarnya, Vincent Chong Ying-Cern merupakan Johan AF1. Pasti ramai yang mengingati kemerduan suara penyanyi R&B ini terutamanya dengan lagu di pentas Final nya iaitu 'Mengapa Harus Cinta'. Perjalanan seni Vince sebagai anak seni memang mencabar terutamanya dia tidak fasih berbahasa Melayu pada awalnya. Sekarang, bukan sahaja menyanyi, malah fasih berbahasa Melayu. Tahniah Vince.

Adik beradik Vince memang terkenal sebagai keluarga artis, penyanyi dan model. Jika anda pernah melihat klip video 1Malaysia berbagai bahasa, mewakili Pan-Asian adalah adik Vince iaitu Sean. Dan kakak Vince juga ada membuat penampilan istimewa di salah satu klip videonya.


AF2
Zahid


Photobucket
Zahid, juara di era kegemilangan

Zahid atau nama sebenarnya, Ahmad Zahid Baharuddin merupakan juara AF2. Zaman kegemilangan Akademi Fantasia ini menyaksikan pertarungan hangat di antara finalis-finalis AF, terutamanya kerana buat pertama kali, penyertaan dibuka untuk seluruh warga Malaysia. (AF1 hanya dibuka untuk Semenanjung Malaysia sahaja) Namun, itu semua dapat ditangkisi oleh Zahid dengan 'Gelombang Oren' oleh peminatnya. Zahid muncul di atas pentas final dengan lagu 'Milikku'.


AF3
Mawi


Photobucket
Mawi, Raja SMS

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani merupakan Johan AF3. Walaupun pada zamannya bukanlah zaman kegemilangan AF, namun Mawi adalah fenomena. Pertama sekali, tersingkir di peringkat awal, tetapi dimasukkan semula kerana sokongan peminat. Kedua, mendapat sokongan sms begitu banyak sehingga digelar 'Raja SMS'. Di peringkat akhir, dia menyampaikan lagu 'Aduh Saleha' yang ditulis sendiri oleh M. Nasir.


AF4
Faizal


Photobucket
Faizal, Juara yang dilupakan

Faizal atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Ramly merupakan juara AF4. Dia seperti penyambung kepada imej Mawi yang membawa imej budak kampung. Penampilan Faizal juga tidak banyak bezanya. Muncul di pentas final dengan membawa lagu "Lihatlah". Namun, tidak seperti juara-juara lain yang popular selepas kemenangan mereka, Faizal adalah juara AF yang paling kurang mendapat publisiti daripada media.


AF5
Mila

Photobucket
Mila, si kecil molek

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin merupakan juara AF5. Kemenangannya mencatatkan sejarah sebagai wanita pertama yang menjadi juara Akademi Fantasia. Sedikit kelainan pada tahun AF5 iaitu, konsert nya diawalkan antara bulan Mac ke Mei untuk mengelakkan pertembungan dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-50. Mila muncul di konsert final dengan lagu "Persis Mutiara".


AF6
Stacy

Stacy
Stacy, sentiasa lincah ketika di atas pentas.

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam adalah juara AF6. Kemenangannya merupakan kesinambungan kepada kemenangan Mila di AF5, iaitu juara kedua AF daripada kalangan wanita. Di samping itu, dia juga merupakan peserta paling muda pernah menjuarai AF. Gadis lincah ini muncul di final AF dengan membawa lagu "Aku Stacy".

Di samping itu, abang kepada Stacy iaitu Chaq, merupakan antara finalis rancangan realiti Mentor.


AF7
Hafiz


Photobucket
Hafiz, antara juara AF yang mempunyai vokal yang mantap. Menggondol anugerah vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu sebelum ini

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip adalah juara AF7. Dari sejak awal, Hafiz sudah pun mendominasi sokongan pengundi, sentiasa berada di tempat pertama dan kedua setiap minggu. Hafiz muncul di konsert final AF dengan membawa lagu "Masih Jelas".


AF8
Shahir


Photobucket
Shahir

Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi merupakan juara AF8. Shahir merupakan peserta pertama yang bergelar juara setelah disingkirkan. Dia memasuki semula AF dengan tiket AFMASUK. Muncul di konsert final dengan lagunya "Kebahagiaan dalam Perpisahan"


AF9
Hazama


Photobucket
Hazama

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi merupakan juara AF9 dan juga yang terakhir. Konsert AF9 merupakan rancangan AF paling sedikit jumlah undian dalam sejarah. Jumlah undian dalam AF9 hanya sekitar 3.74 juta sahaja. Hazama pada asalnya tiada pada minggu pertama. Dia dimasukkan ke dalam AF9 selepas 2 orang pelajar sebelumnya, iaitu Aida dan Amir disingkirkan dalam Operasi Gugur, kerana tidak menunjukkan peningkatan. Mereka digantikan dengan Hazama dan Fina. Dan semenjak itu, Hazama dan Fina mendominasi tempat pertama dan kedua sejak minggu ke-3. Hazama muncul di konsert akhir AF9 dengan lagu "Cinta Teragung".


Selepas ditutup tirainya, Akademi Fantasia telah disambung semula pada tahun 2013 untuk edisinya yang ke 10.

AF10
Faizul


Faizul merupakan juara AF10 selepas edisi Akademi Fantasia disambung semula selepas ditutup tirainya. Faizul muncul di konsert terakhir AF10 dengan lagu "Sepasang Sayap".

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails