Memaparkan catatan dengan label Berita Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Hiburan. Papar semua catatan

Khamis, 2 Januari 2014

Sekilas di 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Pagi tadi aku agak sibuk menguruskan urusan peribadi aku sedari jam 6 pagi lagi. Urusan aku kesemuanya tamat pada jam 12 tengah hari tadi. Jadi aku pun bertapa di hadapan laptop ku sambil menikmati hari cuti ku yang masih berbaki seminggu lagi.

Mana tak, dah balik bakun nanti aku tak dapat la berinternet sepuas hati

Ada juga aku melihat di laman-laman sesawang seperti di Pencicit (Twitter) yang ramai pelajar-pelajar sekolah yang sudah pun memasuki Tingkatan 4 kebanyakannya tidak teruja untuk ke sekolah. Tapi memang aku juga ada perasaan yang macam tu juga masa awal-awal dulu.

Tapi sekarang dah kerja.. bestnyer takyah gi sekolah. Hehe..

Sempat juga aku bersiar-siar di kawasan Jusco ketika aku terperasan satu artikel dan ruangan di majalah hiburan di kedai buku yang menunjukkan perkahwinan-perkahwinan artis sepanjang tahun 2013. Dan mereka sebulat suara menyatakan yang perkahwinan antara Zain Saidin dan Rozita Che Wan sebagai Wedding of the year. 


Rasanya sesiapa yang menonton perkahwinan mereka pasti akan merasa teruja untuk turut serta membuat majlis yang gah seperti itu. Tapi bagi aku, perkahwinan yang akan aku katakan sebagai Wedding of the Year 2013 adalah perkahwinan Fizo Omar dan pasangannya Mawar Abdul Karim. Memang tak dinafikan yang kedua mereka ini ibarat Pinang dibelah dua dan sama padan di antara satu sama lain.


Isnin, 9 April 2012

Aaron Aziz paling popular

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua


Rasanya tak perlu dipersoalkan lagi akan perkara ini apabila Aaron Aziz dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012. Kemenangan Aaron Aziz sememangnya menambahkan sengatan kepada gelaran Jejaka Idaman Malaya. Sememangnya statusnya sebagai seorang suami dan bapa tidak menghalangnya daripada mendapat undian peminat yang memilihnya sebagai Bintang Paling Popular.

Memang amat menarik untuk diperkatakan ujian yang datang menimpa jejaka kacak ini sebelum mendapat anugerah tersebut. Sebelum ini, kecoh diperkatakan akan status nama sebenarnya di dalam kad pengenalan.


Dan dengan slumber-nya Aaron Aziz telah menunjukkan Kad Pengenalannya kepada tatapan umum. Dan pastinya, jika seseorang itu memang sudah sikap mahu mencari kesilapan orang, pasti dia akan nampak saja keburukan orang.


Selepas isu kad pengenalan keluar, isu seterusnya yang menjadi persoalan (Cacian?) orang adalah kuku-nya. Kekadang memang tak faham apa yang tak dipuas-hatikan sangat dengan kuku Aaron Aziz. Kalau kuku dia cantik pun, mesti ada jer yang kutuk kan?


Apa-apa pun, dengan semua dugaan yang melanda.. semuanya berbalas dengan senyuman di pentas Anugerah Bintang Popular. ^^

Isnin, 26 Mac 2012

Pertunangan Irma Hasmie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Sebenarnya ini adalah berita baru, tapi tidak mengapalah. Rasa-rasanya ramai dah mengetahui akan seorang lagi artis yang agak terkenal di Malaysia telah mengikat tali pertunangan pada minggu lepas iaitu Irma Hasmie. Walaupun ia bukanlah majlis perkahwinan, tetapi Irma Hasmie ibarat 'Raja Sehari' dengan mengenakan busana berwarna kehijauan di majlis tersebut.


Didoakan agar sampai jodohnya secepat yang mungkin dan berbahagia selama-lamanya. ^^


Yup, walaupun cuma majlis pertunangan.. seri 'Raja Sehari' itu jelas kelihatan di wajah Irma.

Rabu, 21 Mac 2012

Senarai Peserta Mentor 6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua


Rancangan realiti Mentor kembali semua menemui peminat untuk musim yang ke-6 pada tahun ini. Rancangan realiti yang memaparkan di mana peserta akan mendapat tunjuk ajar dan didikan daripada artis-artis tanah air yang tersohor. Untuk musim kali ini, barisan artis yang menjadi mentor adalah terdiri daripada :-


Adam AF, Faizal Tahir, Ferhad, Ramlah Ram, Fauziah Ahmad Daud dan Ella.


SENARAI PROTEGE

Protege kepada Adam AF
Abdul Kadir (KJ), 24 tahun, Sabah


Protege kepada Ella
Puteri Caroline (Caroline), 20 tahun, Kelantan


Protege kepada Faizal Tahir
Anas, 23 tahun, Perak


Protege kepada Ferhad
Salwani (Wanie), 18 tahun, WP Labuan


Protege kepada Fauziah Ahmad Daud
Noor Nazatul Farahin (Zatul), 23 tahun, Kedah


Protege kepada Ramlah Ram
Ana Syuhada, 21 tahun, Selangor

Jumaat, 24 Februari 2012

Yusry KRU dan Lisa Surihani

Mari kita sama-sama ucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru ini, iaitu Yusry KRU dan Lisa Surihani yang selamat diijapkabulkan di dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriot. Yusry KRU, atau nama penuhnya Yusry bin Abdul Halim menjadi suami kepada Lisa Surihani binti Mohamed dengan sekali lafaz. Lisa Surihani dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, Mohamed Azan Mohamed.


Perkahwinan ini adalah yang kedua kepada Yusry selepas menduda selama 5 tahun, dan ini adalah yang pertama bagi Lisa Surihani. Mas kahwinnya pula adalah seutas rantai leher platinum. Sementara jumlah wang hantaran pula dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lisa Surihani yang anggun mengenakan baju kurung moden putih rekaan Cosry kelihatan cukup tenang sepanjang majlis berlangsung yang bertemakan Winter Garden. Majlis yang dihadiri 250 tetamu terdiri daripada kaum keluarga kedua belah pengantin juga menyaksikan Lisa Surihani menerima tujuh dulang hantaran termasuk tepak sirih, cincin, kelengkapan solat, manisan dan kek. Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang antaranya cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, keyboard, koleksi lagu-lagu lama The Beatles dan kek berbentuk gramofon.

Selepas majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya selesai, kedua-dua mereka akan berbulan madu ke Eropah.

p.s :: Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat, dan dikurniakan zuriat. Jangan kahwin jer mahal.. lepas tu hancur di tengah jalan..

Selasa, 31 Januari 2012

Senarai Peserta Pilih Kasih 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Satu-satunya rancangan realiti yang berorentasikan lakonan kembali bertemu penonton, iaitu Pilih Kasih. Pada tahun ini, Rancangan Pilih Kasih memasuki musimnya yang ketiga dan juga yang terakhir. Rancangan ini akan keudara pada setiap hari Ahad pukul 9 malam, bermula 5 Februari 2012 ini.

Dan di dalam post hari ini, mari kita berkenalan dengan 16 peserta yang akan berentap di dalam rancangan Pilih Kasih 3.

Selasa, 24 Januari 2012

Ally Iskandar & Farah Lee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Pertama sekali, ucapan tahniah diucapkan kepada personaliti terkenal TV3, Ally Iskandar yang selamat diijapkabulkan dengan gadis pilihannya pada 20 Januari yang lepas. Walaupun sudah 4 hari berlalu, tapi rasanya masih belum terlambat untuk menulis tentang mereka. Masjid Kristal menjadi saksi penyatuan pasangan yang sama cantik dan sama padan ini dengan satu ikatan yang suci iaitu ikatan perkahwinan.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada mereka berdua. Semoga berbahagia dan hubungan kekal selama-lamanya. (Yang best sebab diorang ni sama negeri, iaitu Terengganu. ^^). Di bawah ini adalah antara gambar-gambar mereka. Tapi apa yang pasti, mereka ini tidak pernah bercinta sebelum ini, apatah lagi mengatakan 'I Love You' antara satu sama lain. Tapi, bertemu juga jodohnya.



Sekian buat masa ini
Salam

Sabtu, 21 Januari 2012

Izwan Pilus meninggal dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua


Pertama sekali, takziah diucapkan kepada keluarga Izwan Pilus atas kehilangan salah seorang ahli keluarga mereka. Izwan Pilus meninggal dunia pada pukul 6.15 petang semalam di Hospital Ampang disebabkan jangkitan kuman kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah. Allahyarham akan dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Kg. Pelembang, Gubah di Jasin. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

AL-FATIHAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails