Selasa, 28 Februari 2012

Ke Muzium Negara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Sekurang-kurangnya saya dan seorang rakan saya Iez, akan meluangkan masa lapang yang ada dengan berjalan-jalan di sekeliling Kuala Lumpur. Biasalah kan, masing-masing dah sibuk dengan kerja, bila lagi masa nak berjalan? Kalau tidak, masing-masing kebosanan la duduk di rumah, mengharungi kehidupan sehari-hari yang sama sahaja rutinnya. Jadi selalunya, dia yang jadi mastermind. Mana nak pergi saya ikut jer.

Tapi untuk bulan ini, giliran saya untuk memutuskan kemana hendak pergi. Ini memang satu masalah besar. Kenapa? Sebab kalau saya yang buat keputusan, memang pergi tempat pelik-pelik laa. Selalu kalau berjalan-jalan mesti ramai orang sekarang pergi ke Mid-Valley, Times Square, Sunway Pyramid, Lot 10, Sogo dan sebagainya lagi lah. Dan memang ternyata Iez pun kepelikan bila dia dengar cadangan saya... "Kita pergi muzium negara..!"


Tapi itu yang best pasal Iez, dia layankan kepala saya yang 'pelik' ini. Hehe.. (thanks iez).

Jadi, bila anda masuk ke dalam muzium, terdapat koleksi barangan-barangan dan maklumat-maklumat sejarah tentang Malaysia yang banyak boleh dijadikan rujukan. Contohnya macam di bawah ini, yaa.. baju perisai pahlawan Bugis dari negeri Selangor.

Tidak dilupakan juga serban milik Haji Abdul Rahman Limbong, tokoh pejuang negara dari negeri Terengganu.

Dan yang paling penting, ialah Bunga Emas! Bunga inilah yang dihantar oleh negeri-negeri Utara, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Kerajaan Siam sebagai ufti setiap 3 tahun sekali. Bukan pasal bayaran ufti yang saya hendak ketengahkan di sini, tapi adalah kekayaan negeri-negeri Melayu ini pada masa itu. Cuba anda lihat dalam gambar, mesti anda sangka ianya kecil bagai bunga telur masa hari perkahwinan bukan?

Inilah saiz sebenarnya. Besar tak besar... kalau dah sebesar ini, bayangkan betapa banyak emas yang diperlukan untuk membuat Bunga Emas sebesar ini. Sudah pastinya hanya negeri yang kaya-raya sahaja boleh menghantar Bunga Emas seperti ini sebagai ufti.

Dan selain daripada itu, anda juga akan berpeluang untuk melihat koleksi kenderaan lama ini seperti kereta kuda padi di bawah ini. Dahulu ia adalah pengangkutan awam di Bandar Maharani, Muar.

Tidak dilupakan juga Kereta Proton Saga keluaran pertama bernombor plat SAGA 1985.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan, tapi rasanya cukuplah sampai di sini sahaja. Chow~~

Isnin, 27 Februari 2012

Kisah tentang Komuter 05

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Di artikel sebelum ini saya ada menyatakan yang post hari ini ada kaitan dengan post semalam. Dan jawapannya memang Ya. Ia ada kaitan dengan syarikat keretapi di Malaysia iaitu Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang sudah pun berusia lebih 100 tahun. Apa masalah? banyak masalahnya. Tapi buat masa ini saya akan tumpukan kepada isu KTM Komuter.

Sebelum saya berbincang dengan lebih jauh, pasti ada orang yang akan menyatakan yang saya ini tidak bersyukur kerana 'bersungut' akan perkara ini. Memang saya sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia. Kalau dibandingkan dengan negara lain, negara kita berkembang dengan maju. Dulu kalau nak bergerak kena guna kapal/tongkang. Lepas tu wujud perkhidmatan keretapi, sekarang sudah ada komuter, LRT, monorel dan macam-macam lagi. Sangat bersyukur sebab taraf kehidupan sekarang lebih baik daripada dulu. TAPI!!! Kalau anda lihat kemudahan yang anda guna ini makin teruk dari hari ke hari depan mata anda sendiri, lepas itu usaha untuk mengatasi masalah ini pun bagai dibuat sambil lewa, nak bersyukur juga ke??

Contoh :: Perkhidmatan KTM Komuter diasaskan pada tahun 1995. Pada masa itu, masa ketibaan komuter adalah setiap 15 minit. Sekarang? setiap 40 minit sekali, itupun tidak menepati masa. Cuba bawa bersyukur? Bersyukur sangat (mata ke atas, tangan di dada.)

Kalau dibandingkan, perkhidmatan STAR, PUTRA LRT dan KL Monorel jauh lebih efisyen. Kenapa baru sekarang saya bangkitkan hal ini? Sebab ada janji KTM bahawa pada bulan Februari 2012 ini, perkhidmatan akan diselaraskan setiap 30 minit sekali. Dan kemudian bila Komuter baru dilancarkan, masa menunggu akan dikurangkan kepada 7 minit. Sekarang dah nak habis bulan Februari, Komuter baru tak habis-habis buat test drive, Komuter lama tak habis-habis tergendala. Kalau anda bertuah, akan ada tren ETS KTM yang akan tiba menjemput anda.

Memang tak dinafikan yang ada tindakan penyelesaian daripada pihak KTM ini. Tapi walau apa pun yang KTM buat, kalau kita fikirkan balik, memangla bagus.. tapi masih lagi dalam kategori 'belum cukup bagus'.

Kadang-kala memang tak faham apa yang difikirkan oleh orang atasan KTMB ini. Cuba lihat, pihak KTM seolah-olah membazirkan wang dengan membina Stesen-stesen keretapi yang canggih-canggih. Contohnya, Stesen KL Sentral ini yang juga merupakan stesen keretapi terbesar di Asia Tenggara.


Termasuk juga dengan beberapa stesen seperti Sentul, Batu Kentonmen dan Batu Caves ini.

Cantik kan? Tapi bila kita tunggu komuter, mesti akan ada suara yang berbunyi.. Minta maaf, tren komuter ke xxxx terlewat daripada jadual asal... Memang sangat mendukacitakan. Itupun KTMB masih lagi tamak menambah stesen perjalanan Komuter dalam keadaan tren bermasalah.


CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Tidak kisahlah kalau orang kata apa yang saya luahkan ini membazirkan masa, tapi saya tahu bukan saya seorang saja yang berpendapat sebegini. Dan pastinya ada bakal-bakal pekerja KTMB yang membaca blog ini yang mempunyai fikiran yang serupa.

1. Pastikan tren datang tepat pada masanya. Setiap 15 minit ke, 20 minit ke, atau 30 minit sekalipun, itu bukan persoalan. Kalau dah tertulis di jadual 5.30pm, maka masa ketibaan sudah tentulah dalam 5.25 - 5.29.

Klik untuk besarkan arah laluan perjalanan KTM Komuter.


2. Perkhidmatan tren yang berbeza antara laluan Batu Caves - Pelabuhan Klang dan Sungai Gadut - Tanjung Malim. Rasanya ramai juga yang selalu tersilap tren. Lagi-lagi kalau di Bank Negara. Nak ke Pelabuhan Klang, tapi ternaik tren ke Seremban. Kalau saya la kan, tren SCS (Komuter baru) saya letak di Batu Caves - Pelabuhan Klang dan tren ETS saya letak di laluan Sungai Gadut - Tanjung Malim.

Ini tren SCS (tren kelas EMU untuk KTM Komuter)


Ini tren ETS (sebenarnya pun model kelas EMU)


3. Alang-alang dah membazir beli EMU ETS, baik membazir terus buat laluan keretapi elektrik yang betul-betul untuk keretapi elektrik. Kenapa perlu beli EMU untuk perkhidmatan keretapi elektrik laju? Baik terus buat laluan keretapi daripada Johor Bahru ke Padang Besar, dan guna terus tren elektrik laju macam Shinkansen di bawah ini. Lagi puas hati. Boleh memecut sehingga 300 km/j.


Kesimpulannya, yang penting tren KTMB mesti tepati masa, bukan setakat stesen hebat-hebat tapi tren bermasalah. Apa yang pasti, Keretapi memang sangat berpotensi untuk menjadi alternatif kepada kenderaan darat yang lain seperti bas, kereta dan lain-lain jika diuruskan dengan sebaiknya.

Ok, mungkin saya takder kelulusan dalam bidang keretapi, sebab saya graduan kejuruteraan elektrik. Siapa-siapa di sini ada kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Keretapi sila komen sikit.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Ahad, 26 Februari 2012

Ibarat melepaskan batok di tangga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Berjumpa lagi kita di hari ini di dalam segmen Info Menarik. Untuk kali ini, kita akan membincangkan akan satu pepatah melayu yang saya pasti ramai di antara kita sudah biasa sangat dengar iaitu..

Ibarat melepaskan Batuk di tangga..

Ok, kawan-kawan, ayat di atas secara tersiratnya bermaksud Melaksanakan satu kerja yang sia-sia, ataupun membuat satu kerja separuh jalan. Itu secara tersirat, sekarang ini mari kita bincangkan yang tersurat. Cuba tengok ayat yang saya merahkan di atas iaitu 'Batuk'. Kenapa saya 'bold'kan? Sebab perkataan itu Salah. Bukannya Batuk tetapi Batok. Apa bezanya dua ayat ini?


Maksud Batuk

Maksud batuk ini adalah satu perkataan yang merujuk kepada perbuatan separa sedar ataupun sedar seseorang apabila saluran nafasnya tersumbat atau berlaku jangkitan di kawasan tersebut. Ia menyebabkan seseorang itu, terbatuk-batuk.
Ini adalah perkataan yang kita semua sekarang ini salah sangka bahawa pepatah melayu di atas adalah merujuk kepada perbuatan kita batuk di depan tangga. (kalau fikir balik, apa kejadahnya batuk depan tangga dengan buat kerja sia-sia?).


Maksud Batok.

Jika batuk adalah perbuatan, Batok pula adalah sejenis alat pencedok air yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Kalau anda tinggal kat kampung, mesti anda ada ingat yang datuk nenek anda dulu ada ajar, sebelum masuk rumah cuci kaki dulu!! Lepas tu kat depan pintu rumah ada tempayan kecil dengan pencedok air serupa tempurung kelapa, betul tak? itulah batok. Cuba tengok gambar di bawah.

Zaman sekarang memang kita tak jumpalah benda ni, lagi-lagi yang tinggal di bandar.(takdernya mak bapak kat rumah batu nak suruh anak cuci kaki sebelum masuk rumah.. betul tak??).

Kenapa berlakunya kesilapan ini? Dulu pepatah ini ditulis dalam tulisan jawi, dan ejaannya sama. Jadi, bila ditukar jadi tulisan rumi, kedua-duanya pun hampir sama. Tapi, zaman sekarang mana laa ada rumah ada tempayan kat depan rumah, lagi-lagi rumah bandar. Sebab itu ramai orang tak tahu tentang ini. Jadi, ayat yang betul adalah..

Ibarat melepaskan batok di tangga

Kenapa? Sebab batok ni selalunya ada tempat letak ataupun tempat gantungnya. Bila kita letak sepah-sepah, contohnya di atas tangga... ia adalah contoh kerja sia-sia (buat kerja tak semenggah atau buat kerja separuh jalan) . Alang-alang nak letak atas tangga, letak jer lah kat tempat asal. Betul tak? (jangan jadi pemalas.. hehe)

Ok, itu sahaja perkongsian ilmu untu hari ini. Pepatah ini ada kena mengena dengan isu yang saya akan bawakan di artikel selepas ini. Tunggu~~

Jumaat, 24 Februari 2012

Yusry KRU dan Lisa Surihani

Mari kita sama-sama ucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru ini, iaitu Yusry KRU dan Lisa Surihani yang selamat diijapkabulkan di dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriot. Yusry KRU, atau nama penuhnya Yusry bin Abdul Halim menjadi suami kepada Lisa Surihani binti Mohamed dengan sekali lafaz. Lisa Surihani dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, Mohamed Azan Mohamed.


Perkahwinan ini adalah yang kedua kepada Yusry selepas menduda selama 5 tahun, dan ini adalah yang pertama bagi Lisa Surihani. Mas kahwinnya pula adalah seutas rantai leher platinum. Sementara jumlah wang hantaran pula dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lisa Surihani yang anggun mengenakan baju kurung moden putih rekaan Cosry kelihatan cukup tenang sepanjang majlis berlangsung yang bertemakan Winter Garden. Majlis yang dihadiri 250 tetamu terdiri daripada kaum keluarga kedua belah pengantin juga menyaksikan Lisa Surihani menerima tujuh dulang hantaran termasuk tepak sirih, cincin, kelengkapan solat, manisan dan kek. Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang antaranya cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, keyboard, koleksi lagu-lagu lama The Beatles dan kek berbentuk gramofon.

Selepas majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya selesai, kedua-dua mereka akan berbulan madu ke Eropah.

p.s :: Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat, dan dikurniakan zuriat. Jangan kahwin jer mahal.. lepas tu hancur di tengah jalan..

Khamis, 23 Februari 2012

KDD (Episod 8)

Suasana di ibu pejabat Kelab Datin Peminat Kucing pada hari itu riuh-rendah tidak seperti kebiasaan. Pada hari itu, ruang legar kelab tersebut dipenuhi dengan Datin-Datin, Puan Seri-Puan Seri dan juga Pengurus Peribadi masing-masing. Suasana riuh-rendah tersebut adalah disebabkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan kelab tersebut yang diadakan pada minggu sebelumnya. Pada masa itu, satu pilihanraya diadakan untuk memilih Presiden, Timbalan Presiden dan ahli-ahli jawatankuasa yang baru. Pada minggu ini, keputusan pilihanraya itu akan diumumkan di hadapan 200 ahlinya. Apa yang menambah keasyikan mesyuarat agung ini adalah menyaksikan pengunduran Presiden kedua kelab tersebut, Datin Paduka Suhana yang meletakkan jawatan setelah memegang jawatan selama 5 tahun berturut-turut.

“Datin Ana, kami semua takkan lupa jasa Datin pada kelab ni..” Kata Datin Zubaidah kepada Datin Suhana. Perletakan jawatan tersebut memang amat memberikan kesan mendalam kepadanya.

“Ya, Datin. Kita sama-sama tubuhkan kelab ini dulu. Presiden pertama dah undur diri sebab nak ikut suami jadi Duta. Sekarang Datin pula. Sunyilah kami nanti.” Seorang lagi rakan Datin Zubaidah yang berada di sebelahnya bersuara kepada Datin Suhana.

“Ya, saya juga akan sunyi nanti. Mesti saya rindu pada kamu berdua, Datin Ida, Datin Ain” kata Datin Suhana kepada 2 rakannya itu. Datin Zubaidah dan Datin Nur Ain. Mereka adalah antara 5 pengasas kelab tersebut yang kini mempunyai lebih 200 orang ahli.

Sementara itu, di sebelah pihak yang lain, Datin Rahimah dan Datin Anastasia pula sibuk melayan rakan-rakan mereka yang lain. Mereka ini adalah kategori kumpulan B dalam kelab tersebut, iaitu ahli-ahli baru.

“Wah, mesti tahun ini Datin Ima dan Datin Yaya menang pemilihan kali ini.” Kata seorang daripada Datin-datin tersebut.

“Eh, mestilah. Kita dah banyak kempen untuk Datin Yaya dan Datin Ima. Mana boleh kalah kan?” kata salah seorang lagi.

“Hehe.. terima kasihlah ye.. kalau kami menang, dah tentu kami akan buat lagi banyak program untuk tambah biakkan kucing-kucing yang cantik-cantik ini. Ahak~~” Datin Anastasia yang memang pantang dipuji itu membalas kata-kata rakan-rakannya itu. Sementara itu Datin Rahimah pula hanya mendiamkan diri di sebelah. Memang dia inginkan untuk menang. Tapi dia sangat berharap agar orang di sampingnya adalah sekutu rapatnya, dan buat masa ini orang itu adalah Datin Anastasia.

“Ya, betul itu. Dah sampai masa kumpulan A berundur.” Kata seorang lagi Datin di situ.

Datin Rahimah hanya mengangguk-angguk kan apa yang didengarinya. Matanya pada waktu itu tajam memandang ke arah Datin Zubaidah. Datin Zubaidah adalah mereka yang dikategorikan sebagai kumpulan A di kelab tersebut. Dan matanya masih melihat ke arah kucing Scottish Fold milik Datin Zubaidah. Hatinya masih geram bagaimana Datin Zubaidah boleh mendapat kucing semahal itu.

Sementara itu, sedar dirinya sedang diperhatikan, Datin Zubaidah pula tersenyum sinis sambil membelai-belai kucingnya yang sedang dipangkunya. Ia hanya menambahkan geram Datin Rahimah kepada Datin Zubaidah.

Sedang ahli-ahli persatuan itu berborak-borak. Satu pengumuman telah dibuat oleh Penolong Peribadi Datin Suhana untuk mengumumkan keputusan pilihanraya.

“Perhatian kepada Datin-Datin dan Puan Seri-Puan Seri, keputusan pilihanraya dan Mesyuarat Agung akan diumumkan sebentar lagi. Dijemput Yang Berbahagia Datin Paduka Suhana untuk naik ke atas pentas dan mengumumkan keputusannya.”

Semua yang hadir bertepuk tangan sebaik sahaja Datin Paduka Suhana naik ke atas pentas. Selepas menyampaikan ucapan ringkasnya, Datin Suhana pun membuka helaian keputusan Mesyuarat Agung untuk perlantikan Presiden dan Timbalan Presiden yang baru.

Kesemua Datin-Datin dan tetamu kehormat yang berada di situ berasa teruja dengan keadaan tersebut.

“Dengan ini diumumkan, Presiden dan Timbalan Presiden baru untuk kelab ini”
“DATIN ZUBAIDAH dan DATIN RAHIMAH”

Datin Zubaidah dan Datin Rahimah terpaku dengan kenyataan tersebut. Bukan sahaja mereka berdua, tetapi satu kelab terkesima dengan pengumuman tersebut. Datin Zubaidah dan Datin Rahimah memandang sesama sendiri.

“Apa???” Itu pula adalah reaksi Datin Anastasia dan Datin Nur Ain.


bersambung..

Rabu, 22 Februari 2012

Churp-churp

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Pernah terfikir untuk menukarkan blog anda menjadi aset? Pastinya ramai yang bertanya, apakah faedah yang boleh diperolehi di sebalik menjadi penulis di laman sesawang. Ada yang menulis untuk sekadar suka-suka, dan ada juga yang menulis untuk berkongsi maklumat / aktiviti dengan orang ramai, dan tidak kurang juga yang menjadikan portal blog sebagai satu pelantar untuk menjana pendapatan.


Sekiranya anda adalah daripada golongan yang menjadikan dunia blogging sebagai hobi, maka syarikat pengiklanan Nuffnang adalah antara yang sesuai untuk anda. Ada banyak lagi pelantar seperti Advertlets, Innity dan lain-lain. Namun, kita akan cerita akan itu di kemudian. Dan di Nuffnang ini, pastinya anda akan terperasan dengan simbol burung biru bertulis Churp-Churp. (amat sesuai jika anda ada twitter..). Ia juga adalah satu-satunya sekutu kepada Nuffnang. (semua orang tahu betapa Nuffnang ini amat benci kepada sesiapa yang menduakannya.. huhu..).

Jika anda berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan blog (facebook pun boleh..), yang penting dari laman sesawanglah.. dipersilakan dengan segala hormatnya menekan gambar Burung Biru di bawah ini. ^^

(tekan saya untuk ke laman Churp-Churp. Tapi jangan tekan kuat-kuat. hihi.. ^^)

Itu sahaja untuk ruangan iklan kali ini.
Salam

Selasa, 21 Februari 2012

Underworld : Awakening

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Beberapa hari yang lepas, saya dan beberapa orang kawan pergi menonton cerita yang dimaksudkan di atas, iaitu Underworld : Awakening. Cerita yang boleh dikategorikan sebagai kisah seram dan ganas dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak di bawah umur.


Cerita Underworld : Awakening inu juga dikenali dengan nama Underworld 4, kerana ia adalah edisi ke-4 bagi siri Underworld. Cerita yang berkisarkan akan peperangan di antara Serigala Jadian (Lycans) dan Pontianak (Vampire). Memang amat teruja akan plot ceritanya dan seni grafik di dalam cerita ini.. walaupun agak seram (perkataan paling dekat rasanya 'Seriau') dengan aksi ganas dalam cerita ini.. (macam jantung ditarik keluar dari badan sampai kelihatan salur nafas... =.=").


Ceritanya berkisahkan akan seorang (seekor?) Vampire bernama Selene (Kate Beckinsale) yang ditangkap oleh manusia ketika The Purge. Iaitu peperangan global yang dilancarkan oleh manusia untuk memerangi kedua-dua keturunan makhluk ini, yang juga digelar sebagai "The Infected". Peperangan ini berjaya untuk memusnahkan 95% daripada makhluk tersebut. Ketika dia berjaya melepaskan diri daripada ditahan, dia mendapati 12 tahun telah pun berlalu semenjak peperangan The Purge meletus. Ketika dia cuba untuk menjejaki kekasihnya Michael yang merupakan kacukan Lycan dan Vampire, dia berjumpa dengan seorang kanak-kanak perempuan bernama Eve.


Ia tidak berapa lama kemudian yang Selene menyedari yang Eve merupakan anak kandungnya hasil hubungannya dengan Michael.


Apa yang saya suka tentang cerita ini :-
  1. Jalan ceritanya akan pengorbanan seorang ibu untuk menyelamatkan anaknya walaupun terpaksa membahayakan nyawanya sendiri. (dahsat woo.. mak berperang sebab nak selamatkan anak..)
  2. Aksi ganas yang menyeramkan namun masih lagi di tahap boleh dikawal. (Final Destination lagi aku takleh terima.. ganas terlebih~~~ huhu..)
  3. Teknik imbas semula yang sedikit sebanyak membolehkan penonton memahami jalan cerita walaupun belum menonton edisi-edisi sebelumnya.
Itu sahaja perkongsian saya buat masa ini. Nampaknya cerita ini masih tidak habis lagi sebab kedua ibu dan anak ini masih belum disatukan dengan bapa mereka.

Bersambung di ruangan lain ^^

Isnin, 20 Februari 2012

Yang ke-25

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Sejahtera semua


Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah pun mengucapkan Selamat Hari Lahir sepanjang 2,3 hari yang lepas. Dengan tidak disangka-sangka, umur telah pun mencecah 25 tahun. Ataupun dengan lain perkataan, "18 tahun dengan 7 tahun pengalaman". hehe.. Dan seperti yang saya jangka, setiap orang di sekeliling saya dah mula bertanya soalan cepu emas, "Bila nak kahwin?". Dan ada juga yang berbunyi, "Jangan tunggu lama-lama, menyesal nanti..". Malah, sepupu saya juga sudah pun beriya-iya memperkenalkan saya kepada seseorang. Sungguh pantas dia memulakan langkah walaupun satu keluarga sebenarnya sedang menunggu dia kahwin dahulu. (nak tukar center of attraction la kot agaknya tu..).


Tidak kisahlah apa-apa pun, yang pasti kalau dah jodoh, takkan pergi ke mana. Untuk masa ini, kerjaya adalah tumpuan utama. Selepas berjaya dalam kerjaya dan status kewangan juga berjaya mencapai status financial independence, barulah boleh fikir akan alam berkeluarga. Dan yang penting, menukar blog-blog yang saya ada sekarang ini menjadi aset juga adalah matlamat utama.

Apa-apa pun, sekian sahaja di ruangan kali ini.
Salam.

Jumaat, 17 Februari 2012

Kisah tentang Blogwalking 01

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Masa awal-awal dalam bidang berblogging ni, saya tidaklah rasa satu keperluan untuk berblogwalking. Sebab masa itu merasakan yang buat atau tidak, tiada perbezaan pun. (ekceli waktu tu malas lagi.. huhu..). Tapi, bila dah lama-lama dalam bidang ini, saya merasakan ia memang satu keperluan untuk mana-mana blogger membuat hubungan sesama rakan-rakan yang lain. Selalunya saya akan buat senarai tiap-tiap hari, bermula dari senarai blog yang saya lampirkan di blog, kemudian ke blog-blog pelawat, dan juga ke blog-blog follower.

Seronok dapat meluangkan masa membaca nukilan-nukilan peribadi dan perkongsian ilmu blogger-blogger lain. (1001 macam kisah ada..). Ok, tapi apa yang menarik kan.. bagaimana blog itu dihias. Perbezaan jelas antara blog kepunyaan lelaki dan perempuan. Nak tengok? Let's go check it out..


BLOG LELAKI

Sama seperti namanya, sang jejaka tidak suka bermain dengan aksesori. Lelaki banyak bermain dengan warna untuk blog mereka, selalunya Putih dan Hitam sebagai warna dominan (mesti ada punya).. kemudian akan ada satu warna kegemaran mereka macam merah, biru, putih ke... kebiasaannya. Kemudian, akan ada diletakkan gambar-gambar atau tulisan grafik pada header mereka.

Antara contoh yang menarik yang saya boleh letakkan kat sini macam Hyzcreative, Daniel Adie, Budak Lelaki Sebelah Pintu, Fitz dan AdamHaiqal. Ini contoh-contoh kebiasaan bagi blog lelaki. Mudah tapi memikat.. Itulah yang boleh saya katakan pada blog lelaki. ^^



BLOG PEREMPUAN

Ok, jika lelaki dikaitkan dengan rasional, perempuan pula dengan perasaan atau emosi. Jadi begitu jugalah dengan blog mereka, akan ada elemen-elemen perasaan. Perkataan macam cinta, kisah, epilog, dia, jiwa, hati, perasaan antara tajuk-tajuk biasa bagi blog si gadis. Blog wanita banyak bermain dengan aksesori sebagai pemikat. Mesti ada jam, bunga, warna-warni, lampu lip-lap lip-lap (lampu hari raya.. hehe). Cuma kadang-kadang ada juga yang sampai satu background blog berkelip-kelip. Saya pun tak tahu tuan blog sakit mata atau tidak. (yang aku tahu memang berpinar gak la mata aku time tu..) huhu..

Antara contoh yang baik adalah seperti blog Cik Ungu, Chenta Tika dan Conan antara contoh yang saya suka. Terdapat juga blog wanita yang simple contohnya macam blog Farah Lee.



Itu sahaja untuk nukilan di hari Jumaat ini.
Salam.

Khamis, 16 Februari 2012

KDD (Episod 7)

Pagi itu, Sheila bangun awal tidak seperti kebiasaan. Selepas menyiapkan dirinya, dia turun ke tingkat bawah banglo mewah milik ayahnya, Datuk Suhaimi. Dicari-cari ibunya di seluruh rumah, namun tidak berjumpa. Dia berasa hairan kerana ibunya sepatutnya tidak ke butik pada hari Ahad. Ada sesuatu yang perlu dikatakan kepada ibunya sebelum dia pergi bertemu janji dengan Arief pada tengah harinya. Sheila sugul memikirkan kehilangan ibunya itu duduk di atas sofa di ruang tamu. Sambil dia memikirkan tentang ibunya itu, satu suara menegurnya dari belakang.

“Eh, awal bangun hari ini Ila?”

Sheila kemudian memandang ke belakangnya. Ayahnya berada di belakang set sofa yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. “Papa, jangan buat Ila terkejut boleh tak?” kata Sheila yang terkejut dengan pertanyaan ayahnya itu. Sambil ketawa kecil, Datuk Suhaimi pun membalas,

“Papa cuma pelik saja tengok kamu bangun awal hari ini. Ada apa-apa ke?” tanya Datuk Suhaimi.

Sheila kemudian menerangkan kepada ayahnya apakah yang dicarinya sejak tadi. “Mama mana papa? Ila ada benda nak bagitau pada mama. Tapi mama tiada pula.” Kata Sheila sambil bersandar di sofa mewah itu.

“Erm, biasalah hari-hari minggu awal bulan ni. Mama kamu tu pergi berpesatuan lah dia.” Balas Datuk Suhaimi lagi. Dia kemudian menuju ke arah sofa panjang dan duduk sambil membuka akhbar yang baru dibelinya. Dibelek-belek berita yang ada di akhbar tersebut.

“Persatuan??” Kata Sheila lagi dengan nada terkejut. Dia kemudian teringat akan Arief, sudah pastinya Arief juga tidak dapat melaksanakan perancangan yang dibincangkan mereka semalam.

“Kenapa kamu ini Ila?” tanya Datuk Suhaimi apabila melihat gelagat anaknya itu. Sheila tidak menjawab pertanyaan ayahnya itu sebaliknya terus mencapai telefon bimbitnya dan naik ke atas. Datuk Suhaimi pula hanya menggelengkan kepala melihatkan gelagat tidak keruan anak tunggalnya itu.

*****

“Datin Ima~~” Satu suara lantang memanggil nama Datin Rahimah menyambut kedatangannya di bangunan persatuan tersebut. Datin Rahimah melihat ke arah suara tersebut. Datin Anastasia datang kepadanya dengan pantas. Dia juga memakai baju kebaya rona hijau ditambah dengan topi hitam bangsawan di kepalanya. Datin Rahimah walaupun berat hatinya, menyambut Datin Anastasia.

“Oh, Datin Yaya. Apa khabar? Dari jauh saya dah nampak. Bergaya betul hari ini. Makin hari makin cantik.” Puji Datin Rahimah kepada Datin Anastasia. “Ala, Datin ni.. mana ada macam tu. Hehehehe~~” balas Datin Anastasia selepas mendengar pujian daripada Datin Rahimah.

Datin Rahimah amat memahami sifat Datin Anastasia yang pantang dipuji. Walaupun dia tidak sebulu dengan Datin Anastasia, namun dia sahaja sekutu rapatnya di persatuan tersebut. Pada masa itu juga Datin Rahimah terpandang kucing parsi milik Datin Anastasia yang dipegangnya.

“E’eh, cantiknya kucing parsi awak ni Datin Yaya. Warna putih. Gebu, montok lagi. Bersih pula tu. Pandai kamu jaga.” Tambah Datin Rahimah lagi.

Sekali lagi Datin Anastasia malu-malu kucing apabila dipuji lagi tinggi melambung oleh Datin Rahimah. “Oh, terima kasih Datin Ima. Awak pun apa kurangnya Datin, tengok kucing siam awak tu. Bergaya sungguh warnanya.” Kata Datin Anastasia kepada Datin Rahimah. Kucing Siam milik Datin Rahimah itu warnanya semakin terang dari sehari ke sehari.

Datin Rahimah dan Datin Anastasia antara 200 orang ahli persatuan percinta kucing. Kelab tersebut eksklusif kepada mereka yang berpangkat Datin dan tokoh-tokoh korporat. Tidak ramai yang tiada Datin berada di kelab tersebut walaupun mereka boleh diterima sebagai ahli jika mampu untuk membayar yuran tahunan.

“Sayang, I balik dulu ok?” suara seorang jejaka muda datang ke arah Datin Anastasia dan memegang bahunya dengan intim. Datin Anastasia pula tersenyum dan membalas kata-kata jejaka muda itu, “Okay darling. Jangan lupa ambil I petang nanti ok?”. Datin Rahimah pula hanya melihat gelagat Datin Anastasia dan anak muda itu. Pergaulan mereka ibarat sepasang kekasih walaupun lelaki muda itu sepatutnya tahu yang Datin Anastasia itu sudah mempunyai suami.

“Siapa itu?” Datin Rahimah pula cuba bertanya kepada Datin Anastasia. Datin Anastasia hanya tersenyum dan menjawab dengan bangga, “Itu Badrul.. baik dia tu. Dalam ramai-ramai, dia yang paling I suka. Apa saja I mintak, dia ikut. Hehehe~~” Datin Rahimah melihat gelagat Datin Anastasia dan melihat anak muda itu memandu kereta Estima Aeras milik Datin Anastasia pergi dari bangunan kelab itu. Tanpa diberitahu, Datin Rahimah tahu anak muda itu pasti antara anak-anak ikan yang ‘dibela’ oleh Datin Anastasia dan pastinya paling jinak, yang menurut segala kemahuan Datin Anastasia. Dia sungguh pelik, bagaimana anak muda seperti itu boleh sanggup melayan Datin Anastasia yang sudah mempunyai anak yang pastinya sebaya dengannya.

Sedang dia melayan kerenah Datin Anastasia di sebelahnya, dengan tiba-tiba matanya terpandang akan kelibat satu kereta Mercedes 7 series memasuki perkarangan bangunan kelab itu. Datin Rahimah serta-merta mengenali akan milik siapakah kereta itu.

“Datin Ida”. Dengan tidak sengaja nama musuh ketatnya itu keluar dari mulutnya.

Dan seperti bagai diduga, Datin Zubaidah keluar dari kereta diiringi dengan seorang lagi Datin di sebelahnya. Mereka berdua memakai jubah dan tudung labuh bewarna merah jambu. Penampilan mereka berdua itu menarik perhatian semua Datin-Datin yang ada berhampiran.

“Oh, Datin Paduka dah sampai.” Kata Datin Anastasia lagi.

Datin Rahimah cuba untuk menyembunyikan dirinya dari dilihat oleh Datin Zubaidah. Namun sebelum sempat dia berbuat apa-apa, Datin Zubaidah lebih pantas menyapanya. Nampaknya Datin Zubaidah memang sudah melihatnya dari jauh.

“Datin Ima, lama~~ kita tidak berjumpa ya?” Tanya Datin Zubaidah kepada Datin Rahimah ibarat mahu menyapanya.

“Ya.. tidak la juga lama. Kita dah jumpa di Istana Besar tidak lama dulu kan?” balas Datin Rahimah lagi. Cuba untuk senyum.

“Oh, kamu bawa kucing yang tak berapa Siam ini ya? Dah comel kucing ini sekarang.” Balas Datin Zubaida lagi.

Hati Datin Rahimah dengan tiba-tiba membara mendengarkan kata-kata sindiran Datin Zubaidah terhadap kucingnya itu. Dengan itu, Datin Rahimah pula cuba mencari jalan untuk menyindir Datin Zubaidah dengan keburukan kucingnya. Namun, dia tidak mempercayai apa yang dilihat di depan matanya.

“Scottish-Fold?” Perkataan pertama yang keluar daripada mulut Datin Rahimah apabila melihat kucing di dalam tangan Datin Zubaidah. Kucing ini sama seperti kucing biasa, namun mempunyai telinga yang terlipat ke dalam.

“Owh, kamu tahu nama kucing ini ya?” Tanya Datin Zubaidah lagi sambil tersenyum meleret.

“Err.. hehe.. yaa, Datin. Mahal kucing ini. Mana Datin dapat?” tanya Datin Rahimah ibarat tidak percaya yang Datin Zubaidah memiliki kucing tersebut.

“Alah, anak saya kan ada seorang belajar di Edinburgh. Dia yang bawa balik ini, katanya dia bela dari kecil.” Terang Datin Zubaidah sambil tersenyum ibarat menyindir.

Sedang Datin Zubaidah memasuki bangunan tersebut, semua Datin-Datin lain mengekorinya untuk melihat dengan lebih dekat kucing mahal tersebut. Ini kerana, Datin Zubaidah adalah orang pertama di kelab tersebut yang mempunyai kucing tersebut. Sambil menahan geram, Datin Rahimah berkata di dalam hatinya.

“Tiap-tiap kali aku hampir menang, mesti dia dapat kalahkan aku.”

Datin Rahimah kemudian masuk ke dalam bangunan kelab itu bersama dengan ahli-ahli yang lain.


bersambung..

Rabu, 15 Februari 2012

Aurora Borealis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Pernah dengar dengan nama Aurora? Pada tahun 2012 hingga 2013 ini pastinya kita akan mendengar banyak tentang Badai Matahari. Badai Matahari ataupun juga dikenali dengan nama Solar Wind adalah tembakan zarah-zarah bercas tinggi daripada permukaan matahari. Badai ini akan menjadi lebih kerap sewaktu peralihan polar matahari yang berlaku setiap 11 tahun sekali. Tahun 2012 - 2013 adalah masa peralihan ini, menyebabkan tembakan Badai Matahari ini semakin kerap apatah lagi apabila ianya membadai atmosfera bumi. Dan, ketika ia membadai bumi, akan terhasillah satu fenomena cuaca di atmosfera bumi di mana zarah-zarah bercas ini bertindakbalas dengan atmosfera bumi dan menghasilkan cahaya yang menari-nari di ruang angkasa. Fenomena ini yang dipanggil Aurora atau terjemahan dalam Bahasa Melayu adalah Cahaya Utara.


Terbahagi kepada 2 jenis iaitu Aurora Borealis dan Aurora Australis. Kita di Malaysia tidak berpeluang untuk melihat fenomena ini kerana ianya berlaku di kawasan yang hampir dengan Kutub Utara (Borealis) dan Kutub Selatan (Australis).

Terdapat beberapa warna yang akan terhasil daripada tindakbalas ini. Jika ianya menghasilkan Oksigen, maka cahayanya adalah Hijau. Sementara jika Nitrogen dihasilkan, ianya menghasilkan warna Merah. Kawasan tindakbalas ini berlaku dalam jarak 80km daripada permukaan bumi. Warna hijau adalah yang sering kelihatan, diikuti Merah Jambu, Hijau Kemerahan, Merah, Kuning dan Biru.





Dan ianya bukan berlaku di bumi sahaja, planet-planet seperti Marikh, Musytari dan Zuhal juga mempunyai fenomena Aurora ini.

Jadi di bawah ini adalah video yang saya kongsikan untuk tatapan anda-anda semua.



Dan di bawah ini adalah bagaimana Aurora berlaku.



Sekian untuk kali ini.
Salam

Selasa, 14 Februari 2012

Valentine? Katakan tidak.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Sejahtera Semua

Rasanya ramai yang tahu hari ini hari apa. Hari Selasa? Memanglah hari Selasa. Tetapi ada sesuatu pada hari ini yang disambut secara besar-besaran seluruh dunia. Ya, tidak lain dan bukan adalah Hari Valentine, iaitu suatu hari yang diucapkan sebagai 'Hari Kekasih'. Jadi, kalau anda lihat di bandar-bandar besar seperti di Lembah Klang ini, pastinya trend jualan sekarang ini adalah kepada bunga-bunga dan coklat-coklat. (tak termasuk juga hotel-hotel =.="). Jadi, adakah sesuai untuk mereka yang beragama Islam menyambut hari kekasih ini?


Secara umumnya, hari ini bukanlah hari sambutan acara sekular tapi ada unsur-unsur keagamaan. Kalau dilihat dari segi status pun, ia adalah antara acara "Christian Feast Day". Kenapa? Sebab asalnya acara ini adalah memperingati kelahiran seorang Kristian bernama St. Valentine yang dilahirkan pada 14 Februari. Jadi, sebagai seorang Islam, adalah bersesuaian jika kita tidak menyambutnya.

Photobucket

Ada juga blog-blog yang menyatakan bahawa cuti valentine ini juga adalah demi memperingati kemenangan kristian menakluk Empayar Andalusia di Sepanyol. Namun, pencarian saya sebelum ini tidak menjumpai sebarang bukti jelas yang menunjukkan bahawa 14 Februari adalah hari kejatuhan empayar tersebut. Sebaliknya hari kejatuhan kota Alhambra adalah pada 2 Januari 1492.

Ok, itu sahaja perkongsian maklumat untuk hari ini.
Salam

Ahad, 12 Februari 2012

Kelas Fotografi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Ok, ada antara kawan-kawan semua yang minat fotografi? Semalam saya sempat menghadiri kelas Fotografi kendalian En. Latif. Sebenarnya dah lama minat dalam bidang fotografi, cuma tidak ada kesempatan untuk belajar dari yang pakar akan tips-tips mengambil gambar yang baik dari yang pakar. Sebelum ini, memang tiada asas pun. Main ambil gambar gitu-gitu saja. Jadi bila masuk kelas, semua gaya gambar-gambar yang biasa diambil itu awal-awal dikategorikan sebagai FAIL.

Contoh yang gagal adalah seperti di bawah ini :-
Gambar gagal,

Photobucket

Gagal lagi,

Photobucket

Gagal lagi-lagi,

Photobucket

Lagi-lagi gagal...

Photobucket


Biasalah amatur ambil gambar. Letak kamera pada fungsi Auto, lepas itu buka flash, dan tangkap. (ka-chik.. ka-chik..). Untuk kelas pertama ini adalah kelas pencahayaan. Bagaimana hendak mengambil gambar dalam semua keadaan cahaya bilik, terang atau gelap tanpa penggunaan flash. Gambar asli inilah yang paling mahal.

Akhirnya, inilah hasilnya..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Nampak kan perbezaannya? Ini masih lagi belum memuaskan sebenarnya sebab banyak sampah-sampah. Haha.. nanti saya akan katakan apa itu sampah-sampah dalam gambar di kesempatan yang lain. Ok, itu sahaja untuk kali ini. Tidak tahulah sama ada saya ada rezeki atau tidak. Tetapi jika ada masa, rasanya berbaloi juga mengambil fotografi sebagai pendapatan sampingan.

Photobucket

Sekian untuk kali ini,
Salam

Sabtu, 11 Februari 2012

Segmen : On Air Bersama DRC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Apa khabar anda-anda semua. Sudah ada perancangan di hari cuti ini? Pastikan anda tidak menyesal dengan apa yang anda sudah aturkan dan pilih dalam hidup. Pada hari ini, saya mahu memperkenalkan kepada anda akan satu segmen baru iaitu On Air Bersama DRC anjuran blog Diari Seorang Pengacara. Semalam saya telah di'tag'kan oleh DRC untuk segmen ini.


Ok, menurut DRC, segmen baru ini adalah bersempena dengan rancangan realiti terbaru di Astro iaitu 'On Air'.

Untuk segmen ini, perkara-perkara yang perlu anda-anda semua lakukan adalah :-
  1. Tampal sticker di atas di dalam entry blog anda yang bertajuk, Segmen : On Air Bersama DRC.
  2. Menjadi follower kepada blog Diari Seorang Pengacara.
  3. Senaraikan tiga pengacara pilihan anda dan nyatakan kenapa.
  4. Tag kepada 3 rakan blog.
  5. Sertakan link di ruangan blog Diari Seorang Pengacara.
Ok, itu sahaja. Mudah kan?


3 PENGACARA PILIHAN RBE

1. Ahmad Fedtri Yahya

Ok, pilihan pertama RBE dah tentulah Ahmad Fedtri Yahya. Sebabnya senang saja. Pertama sekali perwatakan, penampilan dan sikapnya yang simple. Pastinya ramai yang seringkali melihat wajahnya di kaca tv terutamanya dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3. Apa yang pasti, RBE sangat meminati bakatnya dalam luasnya pengetahuan beliau dalam Bahasa Melayu dan juga boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin. And that really something~~


2. Ally Iskandar

Ok, pilhan RBE yang kedua ini sebenarnya adalah kesinambungan kepada Ahmad Fedtri (asalnya minat Ally sebab minat Fedtri). Imej yang RBE suka pada Ally Iskandar ini adalah sentiasa membawa imej ceria disamping komited kepada kerja. Walaupun ramai tidak bersetuju kalau saya kata begini, tapi identitinya yang tidak berubah secara drastik dalam pengacaraan walaupun dalam mengacarakan rancangan realiti antara satu sebab beliau menjadi pilihan kedua.


3. Sarimah Ibrahim

Yes, one of my favourite host. The reason is simple. I was always watching cartoons since i was a kid. And she was among the person I always see at that time in NTV 7 kids. She can host, sing and jokes even though i agreed that she gets over the limit sometimes. Nevertheless, the reason I loves her is.. she can speaks in Malay and English fluently and can translate the English to Malay and vice versa without using any form of Manglish (broken Malay). Jadi, itu antara bakat-bakat yang saya hormat pada dia. Mungkin ramai masih mengingati peranannya dalam The Biggest Loser Asia.

Ok, itu sahaja untuk pilihan dan sebabnya. Ramai yang berbakat di luar dan saya tak pilih mereka bukan sebab mereka tak bagus, tapi sebab saya minat mereka bertiga ini ^^.

Dan di bawah ini adalah mereka yang bertuah yang telah saya Tag.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails