Sabtu, 31 Disember 2011

Johan Maharaja Lawak Mega

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Pertama sekali pada pagi tadi, saya terus membuka laman sesawang Youtube untuk mencari video Maharaja Lawak Mega Akhir. Tidak sia-sia mencari. (mana taknyer.. lawak giler.. ketawa sampai sakit perut.. haha..). Memang tidak dinafikan 4 kumpulan/peserta yang sampai ke peringkat akhir ini sememangnya 'otai' dalam berlawak.

4 kumpulan yang layak untuk ke peringkat akhir adalah Saehu, Boboi, Osbon dan Syok. Di dalam pusingan akhir ini, Osbon dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega.

Part 1 Osbon - Kisah suami isteri

Part 2 Osbon - Kelas vokal

Naib Johan pula milik Boboi. Secara peribadi, lawak yang dibentangkan oleh Boboi pada minggu akhir ini memang antara yang terbaik. Lagi-lagi dengan gimik.. Siapa you nak panggil?? Datin MAIMUN!! (hahaha.. terbaik~~~)

Part 1 Boboi - Datin Maimun dan Orang Minyak

Part 2 Boboi - Boboiyot dan Gugurl

Sementara tempat ketiga jatuh ke tangan kumpulan Saehu dari Indonesia dan tempat keempat milik Syok dari gandingan Singapura-Malaysia. Tidak dilupakan juga kepada Jozan yang menyerikan lagi pentas Maharaja Lawak Mega. Sememangnya Raja Lawak. (Datang dengan gimik Biarlah rahsia, bawang dan bola..).

Jozan

Baiklah, di bawah ini disertakan juga dengan video pentas Maharaja Lawak Mega penuh.


Semoga anda semua terhibur dengan video-video di atas.
Salam.

Khamis, 29 Disember 2011

Kisah tentang sakit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Baiklah, pertama sekali eloklah saya bertanya, apa khabar semua? Diharap sihat-sihat selalu. Di hari-hari terakhir tahun 2011 ini saya menyaksikan yang hujan semakin kerap turun, dan yang paling penting, penyakit yang amat sinonim dengan musim hujan juga turut merebak. Apa dia? Demam. Ramai yang terkena penyakit ini baik jiran-jiran mahupun ahli keluarga saya. (biasalah kan bila dah musim hujan..). Dan di waktu musim hujan ini juga, kampung saya sekali lagi dinaiki air.. (sepupu-sepupu aku yang kecik ramai yang main air..).

Photobucket

Tapi, penyakit ini datang bukanlah saja-saja. Ia adalah sebagai satu bentuk ujian dan juga kafarah kepada dosa yang telah kita lakukan. Jika kita redha, maka dosa kita itu akan dihapuskan melalui kesakitan itu. Yang penting, kita harus sabar dan menerima semua itu sebagai satu ujian. (kata-kata nasihat kepada diri sendiri jugak.. sebab aku pun tak berapa sihat 2,3 hari ni.. huhu..). Dan bila kita sakit, itu tandanya yang Allah sedang ingat kepada kita. Jadi, jangan berputus asa daripada rahmatnya.

Sekian sahaja coretan rasa hati ini buat kali ini. Jangan lupa untuk sentiasa jaga kesihatan walau di mana kita berada.

Salam.

Selasa, 27 Disember 2011

Dae Jang Geum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Pertama sekali, memang tidak dinafikan saya sukakan drama-drama, novel-novel atau cerita yang berkaitan dengan sejarah, kerabat diraja dan yang sewaktu dengannya. Jadi, apabila rakan saya, Iez mengatakan ada cerita korea bertemakan kerabat diraja dan istana ditayangkan di TV Alhijrah, memang saya agak teruja. (memang excited giler..) Tapi, satu kekangan saya adalah ianya ditayangkan pada pukul 3.30pm. Secara jelas saya tidak boleh tengok sebab itu waktu kerja. (Sedih giler... dowh..).

Photobucket

Tapi satu perkara yang menggembirakan saya adalah saya sempat melihat episod terakhir yang ditayangkan semalam. (Semalam cuti sebab sambutan Hari Natal). Tidak dapat tengok semua, dapat tengok episod akhir pun jadilah. (Padahal dah pernah muat-turun sebelum ni.. huhu..)

Photobucket

Baiklah, ini adalah antara sinopsis cerita Dae Jang-Geum ini.. (dalam bahasa inggeris dipanggil 'Jewel in the palace') :-
  1. Dae Jang-Geum bermaksud Jang-Geum yang Agung. Beliau merupakan Doktor Peribadi kepada Maharaja Korea pada ketika itu, iaitu Maharaja Junjong dari Dinasti Chosun. Wanita pertama dan terakhir yang pernah mendapat kemuliaan tersebut. (Hebat tak hebat dia ni.. sampai sekarang pun, Doktor kepada Presiden Korea takder sorang pun perempuan..)

    Photobucket

  2. Jang-Geum asalnya merupakan dayang di Istana. Namun, krisis istana yang berlarutan menyebabkan beliau dibuang daripada istana. (memang kesian giler..)

    Photobucket

  3. Dalam percubaannya untuk kembali ke istana, Jang-Geum memilih untuk memasuki Akademi Jururawat Istana, di mana hanya 2 orang yang terbaik sahaja akan menjadi jururawat istana. (macam rancangan realiti jugak.. ada penyingkiran pada mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik...).

    Photobucket

  4. Usahanya membuahkan hasil apabila beliau diterima masuk menjadi Jururawat Istana. Pada waktu inilah, beliau berjumpa semula dengan rakan-rakan lamanya... dan.. musuh-musuh lamanya.. (pertarungan antara Jang-Geum dan musuhnya bermula..).

    Photobucket

  5. Di Istana, satu-satunya cara untuk selamat adalah mendapatkan kepercayaan Kerabat Diraja. Dan itulah kelebihan Jang-Geum. Beliau mendapat kepercayaan kekal daripada Maharani Munjeong apabila berjaya memulihkan penyakit baginda (anak kembar mati dalam kandungan, tapi satu tersekat di dalam rahim..) dan putera tunggal baginda, Putera Besar Gyeongwon yang dijangkiti wabak cacar. (waktu tu boleh bawa maut..). Salah seorang rakannya juga menjadi Gundik Maharaja dan dinaiki taraf sebagai Suk-Won (bawah sikit dari taraf Maharani.. tapi diiktiraf sebagai Kerabat Diraja yang rasmi.)

    Photobucket
    Maharani Munjeong

    Photobucket
    Suk-Won Lee

  6. Selepas berjaya mengubati penyakit Maharaja, baginda mengurniakan darjah Pegawai Pangkat ke-3 dan menjadi Doktor Peribadi kepada Maharaja. Perlantikan tersebut mendapat bantahan daripada Menteri-Menteri dan Pegawai Istana, menyatakan yang wanita tidak boleh dilantik ke jawatan itu.

    Photobucket

  7. Dan selepas sekian lama, penyakit Maharaja datang semula. Dan pada waktu ini, semua ubat-ubatan telah menjadi racun kepada Maharaja. Dae Jang-Geum tiada cara lain selain cuba untuk melakukan pembedahan ke badan Maharaja. Satu tindakan yang juga dibantah kerana kepercayaan pada waktu itu adalah, badan Maharaja adalah suci dan tidak boleh dilukakan.
  8. Kerana bantahan daripada kerajaan, Maharaja tidak memperkenan akan pembedahan itu. Tapi, kerana risaukan keselamatan Jang-Geum selepas kemangkatannya, baginda menitahkan Jeong-Ho (seorang Menteri yang telah dibuang negeri sebelum ini..) membawa lari Jang-Geum ke tempat yang selamat.

    Photobucket

  9. Selepas 8 tahun, Maharani Balu Munjeong berjaya mengesan lokasi Jeong-Ho dan Jang-Geum yang kini sudah berkeluarga. Baginda menjemput mereka berdua ke istana dan menawarkan untuk mengembalikan jawatan lama mereka. Jeong-Ho dan Jang-Geum kembali semula ke istana dengan gembira. Namun menolak tawaran tersebut untuk tinggal luar daripada istana
Itulah antara kisah tentang Dae Jang-Geum yang dapat dikongsikan di sini. Saya sedang ternanti-nanti apakah drama yang akan menggantikan tempatnya selepas ini. (Yi San?? Dong Yi?? Jang Hee-Bin?? Owh, harap-harap best-lah... huhu).

Sekian untuk waktu ini,
Salam.

Ahad, 25 Disember 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Selepas sebulan ditayangkan, saya ingatkan sudah tiada lagi peluang untuk menonton filem yang mencatatkan kutipan berjuta-juta ringgit ini. Tetapi, peluang itu tiba-tiba datang semalam apabila seorang rakan mengajak menonton filem ini. Jadi, untuk tidak melepaskan peluang, kami pun pergi menonton dan untuk melihat sendiri apakah keistimewaan cerita ini sehingga mendapat tarikan daripada penonton.

Photobucket

Secara peribadi, saya agak tersentuh dengan perkembangan plot cerita dan watak. (Tapi, tak dapat enjoy sangat sebab ada makhluk Allah kat belakang aku buat bising kat dalam panggung.. >.<). Ceritanya berkisarkan tentang Izzah (Maya Karin), seorang wanita kampung yang dipaksa bekerja di bandar dan kemudian bertemu jodoh dengan tidak disangka-sangka dengan seorang jejaka kaya, Aris (Aaron Aziz). Perkahwinan itu walaupun tidak dibina atas dasar kasih-sayang, cinta mula berputik di antara mereka berdua. Dan halangan demi halangan terpaksa ditempuh oleh mereka demi membina sebuah keluarga yang bahagia.

Photobucket

Apa yang saya suka akan cerita ini :-
  1. Latar tempat yang menarik. Sawah padi, pantai, perkampungan luar bandar dan Cameron Highland. Dan yang paling penting, rumah Aris. (Best giler bila tengok kemewahan keluarga Aris.)
  2. Perkembangan jalan cerita dan plot. (Selalunya kalau tengok cerita perlahan camni aku dah tertidur dalam panggung dah, tapi tengok Ombak Rindu tak. 2 jam setengah rasa macam 1 jam.)
  3. Konflik antara watak. Setiap watak di dalam cerita mempunyai peranan dalam menyerikan cerita. Tiada yang sekadar jadi tunggul di layar perak. (Memang tak dinafikan Izzah memang banyak dugaan. Macam mana agaknya perasaan seorang wanita bila suami sendiri cakap 'Perempuan murahan' pada isteri sendiri. T_T).
Itu antara apa yang saya boleh kongsikan di sini. Bila dah lihat depan mata sendiri, adegan yang heboh di media massa dan seperti mencetuskan kontroversi tiadalah sebenarnya kontroversi pun. (Biasa-lah bila dah masuk media kan..). Apa-apa pun, saya kena juga cari novel Ombak Rindu lepas ini. Lima bintang untuk Ombak Rindu daripada RBE.

Photobucket

Sekian sahaja untuk kali ini,
Salam.

Sabtu, 24 Disember 2011

Tahniah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua.

Photobucket

Berita gembira ini saya sudah terima lebih kurang 2 atau 3 hari yang lepas. Seorang sepupu saya berjaya mendapat 8A dalam keputusan PMR yang baru sahaja diumumkan. Memandangkan dia pun seorang blogger, maka bersesuaianlah diucapkan tahniah dalam satu hantaran post di dalam blog. (Maaf-lah terlambat sikit. huhu..). Dalam hati terdetik, ini adalah kebiasaan bagi sepupu-sepupu saya yang lahir antara tahun 90-an sehingga awal 2000. Masakan tidak, masa zaman kami dulu yang lahir akhir 80-an, dapat A itu pun dah kira gembira sangat. (Walaupun tak straight A, asalkan takder C dah kira bijak dah masa tu..)

Dalam keluarga kami yang besar, kami generasi ke-3 terbahagi kepada 3 zaman masa mengikut tahun dilahirkan. 80-an, 90-an, 2000-an dan yang terbaru, 10-an. Memang sukar dipercayai perbezaan masa hanya 10 tahun tapi amat-amat berlainan antara satu sama lain. Kenapa?? Ini antaranya..

  1. Handphone (Jangan kata handphone, telefon rumah pun takder..)
  2. Komputer (Masa tu ada Main Frame jer.. komputer peribadi tak pernahnyer ada)
  3. Lampu Kalimantang (Tak tau la korang, tapi masa aku dulu sempat rasa lagi guna lampu minyak tanah.. hehe..)
  4. Dapur Kayu. (Yang ni best, habis berasap dapur kat kampung kitorang kerjakan.)
  5. Mandi parit. (Masa dulu air sungai bersih. Sekarang sungai pun ada yang macam longkang)
  6. Ubi kayu. (Makanan wajib ketika sarapan. Geram lak aku bila tengok budak-budak sekarang makan ubi kayu pun taknak.)
  7. Membaca. (Dulu budak 5 tahun kalau dah boleh baca, itulah budak paling bijak.. sekarang?? kalau Darjah 1 tak boleh baca lagi itulah antara budak tak bijak..)

Itulah antara perkara-perkara yang saya pernah lalui. Jadi adalah perkara asing bagi kami dulu untuk dapat keputusan ujian berderet A ini. Tapi zaman sekarang dah berbeza. Dengan kelengkapan pembelajaran semua, memang tidak dinafikan budak sekarang lebih bijak berbanding dulu.

Apa-apa pun, tahniah kepada Syahmi akan keputusan tersebut. Kepada mereka yang mahu melawat blognya, bolehlah tekan di link di bawah ini.

Photobucket

Sekian,
Salam

Jumaat, 23 Disember 2011

Kotak Jerit Baru ; Fibox

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua.

Pasti anda semua ada terperasan lampiran baru yang terdapat di tempat kotak jerit bukan? Ya, memandangkan yang perkhidmatan kotak jerit dari ShoutMix akan tamat tempoh percuma mulai 1 Januari 2012, saya telah mencari kotak jerit baru untuk menggantikan ShoutMix. (Nak bayar hampir RM5.00 sebulan semata-mata untuk kotak jerit? Ohh.. tidak~~). Jadi di ruangan ini saya akan perkenalkan kepada anda aplikasi Kotak Jerit daripada FiBox.

Photobucket

FiBox adalah aplikasi baru yang mula diasaskan pada 10 Disember lepas. Masih lagi dalam peringkat percubaan. Kebanyakan fungsinya juga masih di peringkat asas. Pihak FiBox juga ada memberi jaminan bahawa sistem FiBox akan ditambah daripada masa ke semasa.

Jadi, apa kelebihan FiBox? Antaranya adalah :-
  1. Percuma (Itu yang penting.. hehe..)
  2. Pesanan yang ditulis akan terus dipamerkan tanpa perlu refresh terlebih dahulu.
  3. Dibangunkan oleh orang Melayu dan beragama Islam. (Mantap jugak kan? ^^)
Ok, itu sahaja antaranya yang sempat untuk dituliskan di sini. Jika anda hendak mencuba, bolehlah melayari laman sesawang di sini, FiBox. Jangan lupa untuk mencuba.

Photobucket
Antara smiley yang ada pada versi beta

Sekian sahaja untuk kali ini.
Salam.

Khamis, 22 Disember 2011

Kembali bertugas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Selepas 5 hari bercuti, saya pun kembali semula ke Kuala Lumpur dan memulakan tugas seperti biasa. Cuti 5 hari itu sangat berbaloi untuk menghilangkan penat dan kebosanan bekerja. Sekarang, di pagi yang redup dan mendung saya kembali ke pejabat dengan penuh semangat. (Semangat-lah sangat.. ).

Photobucket

Beberapa hari yang lepas, saya ada mengatakan akan permainan video Angry Bird yang diperkenalkan oleh adik saya. Memang agak mengejutkan apabila dia berjaya menghabiskan kesemua level di dalam permainan tersebut. (Budak tengah cuti sekolah-lah katakan..) Jadi dengan agak 'berlagaknya' dia mengatakan cara saya bermain tidak sehandalnya. Tapi, itu masa mula-mula. Lepas beberapa ketika, dia mula bising-bising apabila kesemua rekod markah tertingginya saya pecahkan satu demi satu. Jadi dengan 'berlagaknya' saya menunjukkan markah saya kepadanya. Dengan tidak puas hatinya dia bising-bising di sebelah tidak ubah seperti Angry Bird. (Hehehe.. nasiblah kau dapat abang pembuli macam aku ni.)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Agak-agak apa dia buat? Lepas saya tamat bermain, dia pula bermain Angry Bird dan cuba dengan sedaya upanyanya untuk memecahkan rekod saya. Menggunakan motto kehidupannya, "Apa along boleh buat, saya pun boleh buat", dia berjaya! (Memang terkejut beruk gak la..). Jadi selepas itu, saya cuba untuk memecahkan rekodnya sekali lagi. (Dapat tu memang dapat, tapi dengan susah payah..). Dan bila dia tahu, dia pun cuba pecahkan lagi rekod tu.. begitulah jadinya berulang-ulang selama 2 hari saya di rumah.

Photobucket

Selepas 2 hari di rumah, kami bertolak ke Negeri Sembilan untuk bercuti selama 3 hari dan 2 malam di Teluk Kemang. Insya-Allah di kesempatan lain, saya akan masukkan sedikit gambar daripada Teluk Kemang. Panorama memang cantik seperti dahulu. ^^

Sekian sahaja untuk kali ini.
Salam.

Ahad, 18 Disember 2011

Pengumuman Penting

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Apa khabar kepada anda semua, apa rancangan di hari minggu yang berhujan ini? Hujan agak kerap di Johor Bahru pada minggu ini. Kebiasaan yang berlaku setiap kali musim tengkujuh menjelma. Yang penting ianya cool~~ (memang suka musim hujan atau yang sewaktu dengannya ^^)

Ok, kita berbalik kepada tajuk di atas, pasti ramai yang sudah mengetahui akan perkara ini. Namun, tidak kurang juga yang tidak mengetahui. Adalah sesuatu yang biasa untuk setiap blogger melampirkan aplikasi Shoutbox (kotak jerit) di blog masing-masing. Ibarat satu buku tamu, ia memudahkan kita membuat kunjungan dan menerima kunjungan balas. Baiklah, sila lihat di kota jerit masing-masing. Pasti akan ada perasan akan tanda seperti ini.

Photobucket

Ya, dan bila anda tekan tulisan tersebut. Ia akan keluar seperti ini.

Photobucket

Perkhidmatan percuma Kotak Jerit akan menjadi perkhidmatan berbayar mulai 1 Januari 2012. Pembayaran adalah dalam $1.67 per bulan. (Dalam lingkungan RM5.00 per bulan) Tidak mengapalah, kalau mereka nak hapuskan perkhidmatan percuma nak buat macam mana. Saya pun rasanya akan tamatkan perkhidmatan Shoutbox ini dalam seminggu dua lagi. (Mari kita lihat berapa lama agaknya mereka tahan tanpa perkhidmatan percuma.. huhu)

Sekian sahaja untuk kali ini.
Salam.

Sabtu, 17 Disember 2011

Oh, itu rupanya Angry Bird

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Akhirnya, dapat juga saya merehatkan diri selepas berada dalam ketidakselesaan di dalam bas selama hampir 4 jam. Agak memenatkan juga duduk di dalam bas. Tetapi, kesemua kepenatan itu hilang apabila dapat menikmati tidur yang nyenyak di rumah. Pagi tadi, selepas menikmati sarapan, adik saya menunjukkan kepada saya satu permainan komputer yang popular sejak akhir-akhir ini. Dan itulah buat pertama kalinya saya melihat permainan tersebut iaitu Angry Bird! (Cuba bayangkan, dah berapa lama game tu keluar baru saya main. hehe..)


Photobucket

Memang agak menyeronokkan game itu. Sebenarnya sebelum ini pernah lihat di dalam Maharaja Lawak Mega di mana kumpulan Boboi membuat jalan cerita yang berkaitan dengan Angry Bird ketika mementaskan Silent Comedy.



Barulah faham jalan ceritanya macam mana. Nak satu masalah bila dah mula bermain permainan baru ini adalah masalah ketagih. Mesti tidak boleh berhenti main. Tapi sempat jugalah nak update blog sebelum sambung semula. (Main sepuas-puasnya.. hehe ^^)

Lain kali saya bentangkan akan Angry Bird ini dan kenapa dia marah sangat. Baiklah, nak sambung semua main. Sekian sahaja buat masa ini.
Salam.

Khamis, 15 Disember 2011

Cuti diluluskan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Alhamdulillah.. yeay!! Akhirnya berita yang ku nanti-nantikan selepas hampir 3 minggu muncul menjelma. Permohonan untuk bercuti telah pun diluluskan. Kadang-kadang terfikir juga yang mungkin bos tidak akan luluskan permohonan cuti sebab bulan Disember ini memang sudah ada banyak cuti pun. Tetapi kali ini memang akan istimewa sedikit, sebab pada bulan ini keluarga kami akan pergi bercuti. Biasalah, sempena cuti sekolah.

Photobucket

Apa-apa pun, sempena cuti ini, haruslah dan semestinyalah bagi saya untuk pulang ke Johor Bahru. Tidak sabar rasanya hendak bermain dengan kucing-kucing berjumpa dengan ibu dan ayah. Hehehe.. :P

Apa-apa pun, sekian sahaja buat kali ini.
Salam

Rabu, 14 Disember 2011

Syampu.. Oh.. Syampu..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Dua tiga minggu ini saya banyak menghabiskan masa dan tenaga untuk mencari produk rambut paling sesuai untuk menangani masalah rambut gugur. Sebenarnya masalah ini sudah lama saya alami. Cuma, sebelum ini saya ada produk yang mengelakkan rambut gugur. Saya dah lama berhenti daripada memakai gel ataupun wax rambut kerana rambut akan gugur dengan banyaknya setiap kali tekanan atau tarikan diberikan kepada rambut. Namun, boleh saya katakan ia masih lagi dalam lingkungan 80 - 100 helai rambut sehari. (masih di tahap normal)

Jadi, mahu tidak mahu. Saya bertekad untuk selesaikan masalah ini.

i) Pantene Hair Fall Control

Photobucket

Produk yang langsung tidak serasi dan tidak membantu saya langsung dalam menangani masalah rambut gugur. Sebaik sahaja guna, masalah lama yang saya berjaya atasi iaitu kelemumur kembali semula dalam kuantiti yang amat banyak!! Dan tahu apa jadi? Masalah rambut gugur menjadi semakin buruk. Kalau sebelum ini sekali tarik hanya sehelai atau dua yang gugur, pada waktu ini ianya menjadi 5 - 6 helai rambut gugur setiap kali rambut ditarik.


ii) Safi.

Photobucket

Ini adalah produk kedua yang saya pakai. Safi. Bukan yang terbaik tetapi cukup untuk menjadi pengantara untuk mengelakkan masalah kelemumur. Kelemumur berkurangan namun tahap keguguran rambut tidak berkurangan. Kerana ianya menyebabkan rambut saya semakin berminyak, dan rambut yang berminyak yang berlebihan juga menjadi punca rambut gugur.


iii) Clear for men, Hair Fall Control

Photobucket

Akhirnya, produk yang sesuai saya jumpa selepas berbincang dengan beberapa rakan-rakan saya yang pakar dengan produk penjagaan diri. Dia mengesyorkan Clear for men. Dan setakat ini, masalah kelemumur boleh dikatakan selesai hampir keseluruhan. Sekarang ini, cuma untuk melihat sama ada rambut gugur akan berkurangan dan rambut yang baru tumbuh.

Dekat RM40 jugalah dalam tempoh dua minggu ini hanya nak belanja untuk produk-produk ni semua.

Apa-apa pun, sekian sahaja buat masa ini
Salam

Selasa, 13 Disember 2011

Yeay..yeay... Cuti.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua.

Photobucket

Ahak!! Yeay..yeay.. Cuti! Alamak, terkeluar pula nada-nada teruja dengan unsur-unsur gedik di situ. Siapa yang tidak teruja apabila mendengar perihal cuti, betul tak? Terutama sekali kepada mereka yang sudah pun bekerjaya. Mengharungi hari yang hampir sama tiap-tiap hari, percutian adalah perkara yang paling ditunggu-tunggu terutamanya untuk menghayati maksud kehidupan kita di muka bumi ini. Kita kerja untuk hidup, bukannya hidup untuk kerja. Tetapi tidak tahu kenapa dan bagaimana, kita seolah-olah menjadi seperti android yang hidup hanya untuk kerja. Kan? (Itulah apa yang saya rasa 2,3 bulan kebelakangan ini).

Baiklah, di bawah ini adalah senarai cuti umum sepanjang bulan 12 ini :-
  1. 10, 11, 12 Disember. Cuti 3 hari bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Sultan Selangor. (dah lepas)
  2. 24, 25, 26 Disember. Cuti 3 hari bersempena dengan sambutan Hari Natal.
  3. 31, 1, 2 Disember. Cuti 3 hari bersempena dengan cuti Tahun Baru 2012.
Bagaimana? Banyak kan cuti?

Hmm.. di dalam hati ini sedang memikirkan bagaimana hendak mengisi masa-masa cuti ini dengan sebaik mungkin. Patut merancang dulu. ^^ Apa pula yang hendak dilakukan oleh anda semua? Dipersilakan dan jangan malu-malu untuk kongsikan di ruangan komen.

Photobucket

Sekian sahaja buat masa ini.
Salam

Jumaat, 9 Disember 2011

Kisah tentang Pokemon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua.

Pertama sekali, sudah hampir seminggu saya tidak mengemaskini artikel di dalam blog ini. Jadi minta maaf kepada semua jika ada di antara kamu semua ada yang menunggu artikel baru dalam masa seminggu ini. Tempoh seminggu ini amat memenatkan saya. Dan saya juga tidak ada mood untuk menulis dalam masa ini. Jadi masa yang terluang itu saya habiskan dengan berehat. (Tidur!!). Tapi masalahnya, tidur walau macam mana punya banyak pun, penat tetap tidak hilang-hilang. Sangat misteri kan?

Photobucket

Dan dalam percubaan untuk menghilangkan rasa penat, saya menggeledah fail-fail di dalam laptop saya dan dengan penuh kejutan, saya menjumpai permainan yang sudah lama saya tinggalkan. Pokemon!! Jadi, tanpa membuang masa saya pun mula bermain semula. Dan tanpa saya sedari, saya sudah bermain setiap hari dan jumlah masanya setakat ini adalah 57 jam, bersamaan dengan 2 hari lebih.


Pokemon Ruby

Ada beberapa pelantar pokemon yang ada di dalam laptop. Tetapi Pokemon Ruby adalah yang pertama saya mencuba semula. Dan kesannya amat memuaskan hati. Masalah saya hilang sekejap.

Photobucket

Ianya hampir sama dengan Silver dan Gold iaitu mempunyai sistem masa. Tetapi fungsi seperti pagi, petang, siang dan malam tidak dimasukkan. Di samping itu, terdapat pertambahan fungsi iaitu perubahan cuaca dan pasang surut air laut.

Photobucket

Dan, apa yang lebih menyeronokkan, anda boleh mendapatkan secret base anda sendiri dan hiasinya mengikut citarasa anda.

Photobucket

Mungkin ada yang rasa saya seperti budak kecil bermain permainan seperti ini, tapi saya tidak kisah itu semua. Yang penting, kepenatan saya hilang. ^^

Photobucket

Sekian sahaja buat masa ini.
Salam

Sabtu, 3 Disember 2011

Muzik - Muzik Separuh Akhir 2011 (Minggu ke-3)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua.

Photobucket

Malam tadi berlangsungnya sudah pusingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 2011 minggu ke-3 dengan 8 lagu yang terakhir berjaya dipersembahkan. sebanyak 30 buah lagu berentap di pusingan Separuh Akhir hasil undian daripada peminat-peminat, dan hanya ada 12 sahaja yang akan melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26 yang akan diadakan pada 29 Januari 2012.

Berikut adalah 8 lagu yang berentap di minggu ke-3 :-
  1. Kalau Berpacaran
    Artis : Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali & Altimet
    Komposer :
    Lirik :


  2. Penakut
    Artis : Yuna
    Komposer : Yuna
    Lirik : Yuna


  3. Sedetik Lebih
    Artis : Jaclyn Victor
    Komposer :
    Lirik :


  4. Bila Bertemu Mu
    Artis : Shiha
    Komposer :
    Lirik :


  5. Cinta Matiku
    Artis : Sixth Sense
    Komposer :
    Lirik :


  6. Karma
    Artis : Faizal Tahir
    Komposer :
    Lirik :


  7. Menyesal
    Artis : Sixth Sense
    Komposer :
    Lirik :


  8. Aku Permata
    Artis : Salma
    Komposer :
    Lirik :
Dan berikut adalah 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-26.
  1. Kalau Berpacaran - Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali & Altimet
  2. Karma - Faizal Tahir
  3. Penakut - Yuna
  4. Sedetik Lebih - Jaclyn Victor
  5. Awan Nano - Hafiz
  6. Cinta Muka Buku - Najwa Latif
  7. Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol
  8. Beribu Sesalan - Ning Baizura, Shila Hamzah & Jaclyn Victor
  9. Kekanda Adinda - Monologue & Atilia
  10. Sungai Lui - Aizat
  11. Kisah Hati - Alya
  12. Gadis Semasa - Yuna

12 FINALIS

Photobucket
Sohaimi Meor Hassan, Ana Rafali dan Altimet
Ini adalah kali kedua Ana Rafali layak ke AJL dan pernah menjuarai AJL-25

Photobucket
Faizal Tahir

Photobucket
Yuna
Tiga kali berturut-turut ke AJL. Akan membawa 2 lagu ke AJL-26

Photobucket
Najwa
Pertama kali ke AJL

Photobucket
Hafiz
Juga kali ketiga berturut-turut ke pentas AJL.

Photobucket
3 Suara, gandingan Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor.
Jaclyn Victor akan membawa juga lagu Sedetik Lebih menggantikan Anuar Zain

Photobucket
Projek Pistol
Pertama Kali ke AJL

aizat
Aizat
Juga kali ketiga berturut-turut ke pentas AJL. Pernah menjuarai AJL-24 sebelum ini.

alyah
Alyah
Pernah ke AJL-24 namun gagal ke AJL-25. Kembali layak ke AJL-26

Photobucket
Monologue dan Atilia
Pertama kali ke AJL

Coretan Radin : Hmm, AJL-26 ini akan jadi Pentas Juara-Juara AJL edisi yang lepas-lepas. ^^

Jumaat, 2 Disember 2011

Yuna - Gadis Semasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Segmen muzik kembali lagi tepat pada masanya. Di saat dan ketika ini, berlangsungnya sudah Separuh Akhir Muzik-Muzik di mana 30 lagu telah pun dipertandingkan. Dan di antara kesemua 30 lagu itu, lagu ini menarik perhatian saya seketika. Tidak perlu dinafikan bahawa di saat minggu pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik itu adalah pertama kali saya mendengar lagu ini. Lagu Gadis Semasa dikarang sepenuhnya dan dinyanyikan oleh Yunalis Zarai atau Yuna.

Agak lama saya cuba untuk memahami kisah apakah yang cuba disampaikan oleh Yuna daripada lagu ini. Dan dalam itu juga, saya melayan kisah 'berlari-lari anak' 2 ejen mengejar Gadis Semasa. (Apa yang penting sangat dengan Gadis Semasa ni ek?)


Semoga terhibur.

Khamis, 1 Disember 2011

Cabaran 1 bulan RM300

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Selamat datang diucapkan kepada bulan Disember, bulan terakhir dalam kalendar Masihi. Dan pada masa yang sama juga, selamat tahun baru Hijrah 1433. Di bulan ini, terdapat beberapa masalah yang membelenggu diri ini. Oleh itu, saya merancang untuk berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah-masalah yang mendatang.

Photobucket

Cabaran? cabaran apakah di atas itu? Ok, pertama sekali, ini bukan contest atau pertandingan. Tapi ianya sekadar cabaran untuk diri saya sendiri. Seperti yang saya katakan tadi, ada beberapa masalah yang saya perlu uruskan. Ada banyak sebenarnya. Tapi kalau dirumuskan, ianya berkisar akan dua perkara di bawah.
  1. Duit
    Ia bukannya masalah duit, tetapi lebih kepada untuk menyimpan duit untuk keperluan masa hadapan. Biasalah, kita semakin lama semakin tua, dan bukannya semakin muda. Amat penting untuk ada simpanan tetap, apatah lagi di usia muda.

  2. Berat Badan
    Berat?? Aku tengok kau kurus jer? Itu adalah antara beberapa pertanyaan terhadap saya baru-baru ini. Memang kadang-kala terlalu berat akan bermasalah, tetapi berat badan berkurang pun amat bermasalah. Jadi, saya lebih kepada mahu mengekalkan berat badan yang ideal.

Cabaran Bermula :-

Photobucket

Baiklah, cabaran ini adalah satu cabaran untuk diri sendiri di mana, selama satu bulan daripada 1 Disember sehingga 31 Disember, saya kena hanya gunakan RM300++ sahaja untuk belanja makan (tidak termasuk kos-kos lain seperti tiket komuter)

Harap-harapnya kesemuanya berjalan lancar.
Salam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails