Ahad, 1 April 2012

Kisah Tentang Komuter 06

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Apa khabar anda-anda semua di bulan April ini. Semakin baik saya harap. Si hari ini saya sekali lagi menceritakan akan perkhidmatan komuter. Memang banyak sekali cerita tentang Komuter ini, dan kalau dikumpulkan, mungkin boleh buat satu kompilasi novel khas untuk komuter sahaja. Pada 3 minggu yang lepas, Timbalan Perdana Menteri telah pun melancarkan Tren Mykomuter 6-koc yang sekarang ini menjadi tempat pengguna-pengguna perkhidmatan ini mengadu nasib.


Kalau dibandingkan tren ini dengan yang lama, memang jauh berbeza. Buat pertama kalinya saya merasai keselesaan menggunakan perkhidmatan KTM. Dan buat pertama kalinya juga ia menepati masa! Itu yang penting. Janji pukul 7.58 pm misalnya, pada waktu itu jugalah dia tiba. Mungkin ada beberapa kali ia lewat pada waktu-waktu lain, namun setakat pengalaman saya ianya ok.

Dan, di bahagian dalamannya pun selesa. Tak kisahlah apa yang orang akan cakap. Buat masa sekarang ini, pihak ktmb perlu menumpukan pada faktor ketepatan waktu ketibaan Komuter.



Ujian yang melanda

Tapi di sebalik kehebatan tren 'Harimau Putih' ini yang berjaya menyelesaikan masalah pengguna-pengguna di Lembah Klang, rupanya ia ibarat tetamu tak diundang kepada beberapa pihak yang tidak bertamadun. Baru 3 minggu beroperasi, ia telah menjadi mangsa balingan batu. 'Harimau Putih' ini dibuli!. Belum apa-apa, tingkap tren dah pecah-pecah dibuatnya.


Pihak KTM telah menyatakan bahawa antara tempat-tempat di mana berlakunya balingan ini adalah di Padang Jawa, Kampung Datuk Harun, Seremban, Labu, Segambut dan Kajang. Apa yang saya boleh katakan adalah..

Komuter tu dah baik-baik yang korang pergi baling batu tu apa kejadahnya?? Korang ingat komuter tu BAPAK korang yang beli ke apa?? Tak bertamadun betul.

Nampak sangat jenis orang susah yang tak pernah rasa senang.. >.<

3 ulasan:

akhiyy berkata...

belom lagi dapat merasa..huhu

Radin87 berkata...

xper, nanti mesti dapat punya. Bulan 6 ni semua akan diganti baru.
tapi tula.. dah dapat yg baru.. dia pergi baling batu..

Memang aku sumpah la sapa2 yang baling batu tu semua kereta yang dia beli kena baling batu sampai dia mati.

mieza berkata...

btol3..
ketepatan waktu tu yg pnting..
sangat2 pnting..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails