Ahad, 13 Mac 2011

Bermulanya kehidupan baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Jam menunjukkan jam 11.39 mlm, burung-burung berkicauan.. haha.. tak usahlah mahu bermadah di malam hari. Selepas satu minggu, akhirnya dapat juga saya melayari laman blog ini. Bermacam-macam perkara perlu diuruskan satu persatu, termasuk juga laptop yang baru sahaja diterima tadi. Sekarang, hanya tinggal satu lagi perkara yang perlu diuruskan esok, iaitu melaporkan diri di tempat kerja. Macam mana agaknya kehidupan di alam pekerjaan? Kena tempuhi dahulu baru tahu.

Mula-mula, amatlah berharap agar rezeki diterima di Johor. Tapi, memandangkan pasaran kerja pun amat mementingkan pengalaman kerja, oleh itu, amat tidak berpatutan untuk memilih kerja di waktu sekarang ini. Apa bezanya Shah Alam dengan Johor Bahru. Kedua-duanya adalah ibu negeri. Cuma negeri sahaja yang berbeza.

Photobucket

Apa-apa pun.. rehat itu perlu demi persediaan untuk hari esok yang pastinya mencabar

Sekian untuk kali ini,
Salam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails