Jumaat, 4 Mac 2011

Persediaan Bulan Mac

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Pertama-tama sekali, persediaan perlu dilakukan dengan seberapa teliti hari ini. Pada Bulan Mac ini, banyak sekali tarikh-tarikh penting yang perlu dilalui. Tetapi, semuanya tidaklah sepenting, TEMUDUGA. Ya, e-mail diterima semalam menyatakan saya perlu menghadiri satu temuduga di Kuala Lumpur. Apa-apa pun, gemuruh tetap gemuruh.. nak disuruh bertenang memang suatu yang sukar.

Photobucket

Jangan risau, semua akan baik-baik sahaja. Haha.. sungguh optimis kan? Jadi berkemungkinan untuk beberapa minggu akan datang, saya mungkin akan ada kekangan untuk meng-update-kan blog ini. Dan dengan masa yang suntuk ini, baru saya teringat akan 'tugasan' yang telah diarahkan kepada saya beberapa minggu yang lepas.

"Bulan Mac ini ada cuti panjang.. jadi, kau kenalah cari tempat yang menarik untuk bercuti.. Cari sekitar Melaka dengan Negeri Sembilan. Yang lain-lain akak uruskan."

Aduh.. sesiapa tahu tempat-tempat menarik sekitar Melaka yang sesuai untuk dilawati bersama keluarga? Jika ada, diharapkan jasa baik anda untuk isikan di ruangan komen di bawah ya?? hehe..

Photobucket
Kalau ikutkan sayalah.. nak saja pergi Istana Melaka ni. hehe..

Photobucket
River Cruise pun ok gak..

Sekian sahaja untuk ruangan ini.
Salam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails