Khamis, 30 Jun 2011

Malaysia vs Taiwan (first leg) ; Menang 2-1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Malam tadi tepat 8.45 malam waktu Malaysia, berlangsungnya Perlawanan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil di antara Malaysia menentang Taiwan. Perlawanan kedua antara Malaysia dan Taiwan akan berlangsung Taipei Municipal Stadium, Taiwan pada 3 Julai 2011.

Photobucket

Keputusan :-

Perlawanan pertama (first leg),

Malaysia (2) - Taiwan (1)


Gol negara disumbangkan oleh Safiq Rahim pada minit ke-28 dan gol kedua disumbangkan oleh Aidil Zafuan pada minit ke-55. Dengan perlawanan ini, pasukan bola sepak negara yang diketuai oleh Mohd Safiq Rahim dan dibimbing oleh Datuk K. Rajagopal mempunyai kelebihan 1 gol apabila bertandang ke tempat lawan.

Photobucket

Diharap pasukan negara akan lebih berhati-hati dan bermain dengan lebih bersemangat di perlawanan kedua nanti.

Akhir kata, Majulah sukan untuk negara,
Salam.

Ahad, 26 Jun 2011

Antara Kerja dan Sunway Piramid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Hari sabtu dan ahad, memang sepatutnya saya menghabiskan masa di rumah. 2 hari ini memang tidak berkerja. Tetapi, atas disebabkan urusan tender, terpaksalah cuti 2 hari ini dikorbankan dan pergi ke pejabat. Semalam, selepas penat bekerja, saya menerima panggilan telefon dari seorang rakan. Dan, satu tawaran yang menarik adalah dia mengajak ke Sunway Piramid. Lokasinya pun berhampiran, jadi apa salahnya. Tawaran diterima dan kami pun bergerak ke Sunway Piramid.

Photobucket

Berjalan di Sunway Piramid ini memang menyebabkan kita hilang tumpuan kepada masa. Sekejap sahaja sudah pukul 8 malam. Jadi, kami keluar daripada Sunway Piramid dan berjalan-jalan di kawasan berhampiran.

Photobucket

Panorama di Sunway Lagoon pada waktu malam juga boleh tahan. Tapi, sampai sekarang, saya masih tidak berpuas hati dengan harga masuk untuk ke Sunway Lagoon. RM100 untuk seorang dewasa daripada pukul 10 pagi hingga 6 petang. Berbaloi ke?

Photobucket

Dan, dalam berjalan-jalan petang itu, saya terjumpa dengan 2 buku menarik dengan tema yang amat saya minat, Keluarga Diraja. Buku The Red Queen dan buku The White Queen ini saya beli dengan harga RM51.90.

Photobucket
The red Queen, mengisahkan tentang Margaret Beaufort. Waris Dinasti Lancester

Photobucket
The White Queen, mengisahkan tentang Elizabeth Woodville. Permaisuri Dinasti York.

Di masa akan datang, saya akan huraikan lebih lanjut apakah kandungan dua buku ini. Selepas itu, kami berdua pulang ke rumah masing-masing. Yang penting, esok kerja saya masih tidak selesai walaupun setelah mengorbankan cuti 2 hari. Apa-apa pun, inilah dia dunia pekerjaan.

Sekian sahaja buat masa ini,
Salam

Jumaat, 24 Jun 2011

Malaysia vs Lubnan ; Menang aggregat 2-1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua.

Malam tadi pada pukul 8.45pm waktu Malaysia, berlangsungnya perlawanan kedua antara Malaysia dan Lubnan untuk Perlawanan Bola Sepak AFC Kelayakan Olimpik 2012 London bawah 23 Pusingan Kedua. Perlawanan pertama telah pun berlangsung di Lubnan pada 19 Jun 2011. Sementara, perlawanan kedua berlangsung pada 23 Jun 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Photobucket


Keputusan :-

Keputusan perlawanan pusingan ke-2 (first leg),

Malaysia (0) - Lubnan (0)

Keputusan perlawanan pusingan ke-2 (second leg),

Malaysia (2) - Lubnan (1)

Dengan keputusan di atas, maka Malaysia memenangi perlawanan dengan aggregat 2-1. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia bawah 23 yang diketuai oleh Khairul Fahmi Che Mat dan dibimbing oleh Kim Swee.

Photobucket


Sepintas Lalu

Pada Perlawanan Kelayakan AFC Olimpik 2012 ini, Malaysia menentang Pakistan pada pusingan pertama. Malaysia menang dengan aggregat 2-0. Kemenangan tersebut membolehkan Malaysia memasuki pusingan kedua bertemu Lubnan. Kemenangan dengan Lubnan dengan aggregat 2-1 ini melayakkan Malaysia memasuki pusingan ketiga. AFC akan membuat undian untuk 3 kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan pada 7 Julai 2011.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara,
Salam

Khamis, 23 Jun 2011

Ke Kuala Pilah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket
UiTM Kuala Pilah

Sudah 2 hari berlalu selepas saya pergi ke Kuala Pilah untuk urusan kerja. Ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki ke kawasan Kuala Pilah. Sebelum ini memang ada beberapa kali saya ke Negeri Sembilan, tetapi cuma di kawasan Port Dickson. Belum pernah lagi pergi ke kawasan pedalaman. Dan pengalaman ini memang tidak dapat dilupakan, terutamanya dengan panorama kawasan kampung di kawasan berhampiran dengan Kuala Pilah.

Panorama Kampung, sawah, air terjun antara pemandangan indah yang disajikan di Kuala Pilah.

Photobucket

Tidak tahulah sama ada masih ada peluang lagi untuk ke sini atau tidak. Tetapi, walau apa pun, papan tanda Bandar Diraja Negeri Sembilan iaitu Seri Menanti seumpama menggamit saya untuk ke sana. Diharap akan ada masanya saya boleh melancong ke sana. ^^

Photobucket
R&R Seremban

Sekian untuk kali ini.
Salam.

Rabu, 15 Jun 2011

Senarai juara Akademi Fantasia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Dengan berakhirnya konsert Akademi Fantasia 9, maka secara rasmi berlabuhlah sudah dan tutuplah tirai Akademi Fantasia. Selama 9 tahun, siaran Akademi Fantasia telah melahirkan 9 orang Juara yang menyinari industri hiburan tanah air, walaupun tidak semua. Akademi Fantasia 2 adalah antara yang terbaik pernah dianjurkan, dengan rating penonton sebanyak 15.0%. Namun, bermulanya musim ke-6, rating rancangan ini hanya sekadar 4% sahaja.

Dalam segmen ini, mari kita saksikan 9 orang pelajar Akademi Fantasia yang dinobatkan sebagai Johan, di mana 100% daripada keputusan tersebut adalah hasil undian daripada penonton. Akademi Fantasia, institusi pengajian paling singkat tempoh belajar di Malaysia.


AF 1
Vince


Photobucket
Vince, Putera R&B

Vince atau nama sebenarnya, Vincent Chong Ying-Cern merupakan Johan AF1. Pasti ramai yang mengingati kemerduan suara penyanyi R&B ini terutamanya dengan lagu di pentas Final nya iaitu 'Mengapa Harus Cinta'. Perjalanan seni Vince sebagai anak seni memang mencabar terutamanya dia tidak fasih berbahasa Melayu pada awalnya. Sekarang, bukan sahaja menyanyi, malah fasih berbahasa Melayu. Tahniah Vince.

Adik beradik Vince memang terkenal sebagai keluarga artis, penyanyi dan model. Jika anda pernah melihat klip video 1Malaysia berbagai bahasa, mewakili Pan-Asian adalah adik Vince iaitu Sean. Dan kakak Vince juga ada membuat penampilan istimewa di salah satu klip videonya.


AF2
Zahid


Photobucket
Zahid, juara di era kegemilangan

Zahid atau nama sebenarnya, Ahmad Zahid Baharuddin merupakan juara AF2. Zaman kegemilangan Akademi Fantasia ini menyaksikan pertarungan hangat di antara finalis-finalis AF, terutamanya kerana buat pertama kali, penyertaan dibuka untuk seluruh warga Malaysia. (AF1 hanya dibuka untuk Semenanjung Malaysia sahaja) Namun, itu semua dapat ditangkisi oleh Zahid dengan 'Gelombang Oren' oleh peminatnya. Zahid muncul di atas pentas final dengan lagu 'Milikku'.


AF3
Mawi


Photobucket
Mawi, Raja SMS

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani merupakan Johan AF3. Walaupun pada zamannya bukanlah zaman kegemilangan AF, namun Mawi adalah fenomena. Pertama sekali, tersingkir di peringkat awal, tetapi dimasukkan semula kerana sokongan peminat. Kedua, mendapat sokongan sms begitu banyak sehingga digelar 'Raja SMS'. Di peringkat akhir, dia menyampaikan lagu 'Aduh Saleha' yang ditulis sendiri oleh M. Nasir.


AF4
Faizal


Photobucket
Faizal, Juara yang dilupakan

Faizal atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Ramly merupakan juara AF4. Dia seperti penyambung kepada imej Mawi yang membawa imej budak kampung. Penampilan Faizal juga tidak banyak bezanya. Muncul di pentas final dengan membawa lagu "Lihatlah". Namun, tidak seperti juara-juara lain yang popular selepas kemenangan mereka, Faizal adalah juara AF yang paling kurang mendapat publisiti daripada media.


AF5
Mila

Photobucket
Mila, si kecil molek

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin merupakan juara AF5. Kemenangannya mencatatkan sejarah sebagai wanita pertama yang menjadi juara Akademi Fantasia. Sedikit kelainan pada tahun AF5 iaitu, konsert nya diawalkan antara bulan Mac ke Mei untuk mengelakkan pertembungan dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-50. Mila muncul di konsert final dengan lagu "Persis Mutiara".


AF6
Stacy

Stacy
Stacy, sentiasa lincah ketika di atas pentas.

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam adalah juara AF6. Kemenangannya merupakan kesinambungan kepada kemenangan Mila di AF5, iaitu juara kedua AF daripada kalangan wanita. Di samping itu, dia juga merupakan peserta paling muda pernah menjuarai AF. Gadis lincah ini muncul di final AF dengan membawa lagu "Aku Stacy".

Di samping itu, abang kepada Stacy iaitu Chaq, merupakan antara finalis rancangan realiti Mentor.


AF7
Hafiz


Photobucket
Hafiz, antara juara AF yang mempunyai vokal yang mantap. Menggondol anugerah vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu sebelum ini

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip adalah juara AF7. Dari sejak awal, Hafiz sudah pun mendominasi sokongan pengundi, sentiasa berada di tempat pertama dan kedua setiap minggu. Hafiz muncul di konsert final AF dengan membawa lagu "Masih Jelas".


AF8
Shahir


Photobucket
Shahir

Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi merupakan juara AF8. Shahir merupakan peserta pertama yang bergelar juara setelah disingkirkan. Dia memasuki semula AF dengan tiket AFMASUK. Muncul di konsert final dengan lagunya "Kebahagiaan dalam Perpisahan"


AF9
Hazama


Photobucket
Hazama

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi merupakan juara AF9 dan juga yang terakhir. Konsert AF9 merupakan rancangan AF paling sedikit jumlah undian dalam sejarah. Jumlah undian dalam AF9 hanya sekitar 3.74 juta sahaja. Hazama pada asalnya tiada pada minggu pertama. Dia dimasukkan ke dalam AF9 selepas 2 orang pelajar sebelumnya, iaitu Aida dan Amir disingkirkan dalam Operasi Gugur, kerana tidak menunjukkan peningkatan. Mereka digantikan dengan Hazama dan Fina. Dan semenjak itu, Hazama dan Fina mendominasi tempat pertama dan kedua sejak minggu ke-3. Hazama muncul di konsert akhir AF9 dengan lagu "Cinta Teragung".


Selepas ditutup tirainya, Akademi Fantasia telah disambung semula pada tahun 2013 untuk edisinya yang ke 10.

AF10
Faizul


Faizul merupakan juara AF10 selepas edisi Akademi Fantasia disambung semula selepas ditutup tirainya. Faizul muncul di konsert terakhir AF10 dengan lagu "Sepasang Sayap".

Isnin, 13 Jun 2011

Kisah Tentang Komuter 02

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Photobucket

Setiap pagi, saya akan berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dengan menaiki tren komuter. Selepas hampir memasuki 3 bulan, saya sudah membiasakan diri dengan jadual tren komuter. Setiap hari, tren akan tiba dalam setiap 30 minit, iaitu 2 kali dalam setiap jam (jika tiada sebarang 'kemalangan'). Jadi, jika anda sudah membiasakan diri dengan jadual perjalanan ini, anda akan dapati yang ia agak menepati masa perjalanan.

Cuma, terdapat beberapa perkara yang saya masih tidak puas hati terutamanya dari segi gaya perjalanan komuter di beberapa tempat tertentu. Dan bagi saya, tiada tempat yang paling mencabar kesabaran saya jika dibandingkan dengan tempat di bawah.

Photobucket

Ya, ini adalah peta antara Stesen KTM Batu Tiga dengan Stesen KTM Subang Jaya. Apa masalahnya? Jika anda lihat, tiada sebarang sungai, atau pun bukit ataupun halangan besar di kawasan ini. Namun, setiap kali tibanya di lokasi ini, tidak kiralah sama ada komuter jenis apa, waktu apa, mahupun dalam keadaan cuaca yang bagaimana.. tren Komuter tetap berjalan dengan amaaaaaattttt~~ perlahan di kawasan ini.

Mengapa??

Entahlah, saya pun tidak mengerti. Bagi saya, mungkin kehadiran suatu selekoh yang agak tajam semestinya tidak membenarkan komuter bergerak dalam kelajuan maksimum. Tetapi itu hanyalah perkataan untuk menyedapkan hati sahaja. Sampai bilakah keadaan ini akan berterusan??

Sekian sahaja luahan hati saya pada waktu ini
Salam.

Khamis, 9 Jun 2011

Sepi..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Sejahtera semua

Secara teorinya, saya tidak keseorangan. Tapi praktikalnya, sama sahaja dengan keseorangan. Sejak dulu sampai sekarang, berkeseorangan adalah antara benda yang saya paling takuti. Masa kecil dahulu, alasannya adalah sebab takutkan hantu. Tapi setelah dewasa, keseorang membawa kepada kesepian. Dan kesepian membuka semua kesedihan kisah lalu. Dan kesedihan membawa kepada kesengsaraan.

Photobucket

Sudah 2 hari saya cuba lalui hari yang mendatang. Di luar mungkin saya boleh tutup kesedihan dengan kegembiraan, tetapi, tiada siapa tahu kesedihan dan kelukaan yang ada di dalam hati. Tolonglah Tuhan, jangan biarkan saya di dalam suasana sunyi ini. Ia sungguh menakutkan... tiada kebaikan yang saya dapat... hanya kesedihan...


Selasa, 7 Jun 2011

Kisah tentang Sushi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Setiap orang mesti akan ada makanan kegemaran sendiri bukan? Dan ia juga sesuatu yang biasa jika kita merasa mengidam untuk memakan makanan atau masakan yang sedap sekali sekala. Saya tidak merasa sesuatu yang pelik kalau orang Melayu kita mengidamkan masakan pedas cili api. Tetapi mengidam sushi? Itu memang pelik. Tapi, dah kebetulan orang mahu belanja.. baik jangan tolak peluang untuk makan percuma. Betul kan?

Ok, saya akan terangkan sedikit bagaimana caranya / kaedahnya memakan sushi. (Ini di Sushi King)

i) Kita boleh mengambil makanan yang terhidang, atau memesannya terus. Harga sushi ditentukan mengikut warna piring. Ada 5 jenis warna. Selain sushi, terdapat juga hidangan lain seperti Udon dan Ramen.

Photobucket

ii) Baiklah, memandangkan saya tidak pernah makan sushi sebelum ini, kawan saya mecadangkan beberapa hidangan dan inilah hasilnya. (jangan tanya nama sushi, saya tak tahu. huhu.. yang pasti, yg merah-merah tu telur ikan.)

Photobucket

iii) Untuk menambah perasa, cicah sekali dengan shoyu. Bahasa Melayu nya adalah kicap. Ya, rasanya dah tentulah masin.

Photobucket

iv) Jika anda mahukan kepedasan, maka, letaklah sedikit Wasabi. Memang pedas. Oleh itu, letak sedikit sahaja. Tapi.... bau dia pelik~~

Photobucket


Apa-apa pun, itulah pengalaman pertama dan.. saya tak tahulah sama ada nak pergi lagi atau tidak. Tapi rasanya tidak perlulah.. huhu..

Sekian sahaja untuk kali ini.
Salam.

Ahad, 5 Jun 2011

10 Festival Paling Pelik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Setiap bangsa dan kaum pasti ada kebudayaan masing-masing untuk menunjukkan identiti mereka. Setiap kebudayaan dan tradisi ini berlainan antara satu sama lain dan ada yang boleh kita katakan 'pelik' kepada mereka yang tidak pernah melihatnya. Dan segmen hari ini akan mengupas 10 Festival Paling Pelik di dunia.


1. La Tomatina (Buñol, Sepanyol)

Photobucket

Tahta Festival paling pelik dunia dipegang oleh Festival La Tomatina. Festival ini dilangsungkan di bandar Buñol, Valencia, Sepanyol pada hari Rabu terakhir pada bulan Ogos. Di dalam acara ini, setiap pengunjung akan membaling Tomato antara satu sama lain. Tomato yang dibaling begitu banyak sehingga seluruh bandar 'dibanjiri' dengan 'air' Tomato.

Di sebalik acara ini, ia mendatangkan manfaat kepada Majlis Perbandaran, sebab, asid pada Tomato ini membersihkan kekotoran di bandar tersebut. Apa yang perlu adalah panggil bomba dan 'bilas' satu bandar.


2. Cooper's Hill Annual Cheese Rolling (Gloucester, England)

Photobucket

Tiada siapa tahu siapakah yang mengasaskan Festival berusia 200 tahun ini dan untuk tujuan apa, tetapi seperti namanya, ia adalah Festival mengejar Cheese yang bergolek daripada puncak bukit. Diadakan setiap tahun di Cooper's Hill, Gloucester, England. Sesiapa yang meminati aktiviti lasak, mungkin ini festival untuk anda.

Namun, ada pihak yang mahu acara ini dihentikan kerana pertama, pembaziran Keju dan kedua, Festival ini banyak mendatangkan kecederaan. Cuba bayangkan apa akan jadi kalau anda tergolek dan berguling di cerun bukit seperti ini...

Photobucket


3. Frog Festival (Rayne, Louisiana, USA)

Photobucket

Ia, memang tidak silap lagi, ia festival Katak. Menggelikan? Tidak bagi tempat festival ini dijalankan iaitu Bandar Rayne, 'Ibu Negara Katak Dunia'. Festival ini diadakan setiap tahun di minggu kedua Bulan November sejak tahun 2008. Acara di festival ini berkait dengan katak, 'Perlumbaan katak', 'Ratu Cantik Penjaga Katak' (iaitu wanita akan menyertai sambil menunjukkan katak hidup belaannya yang dihias rapi), Konsert dan lain-lain termasuklah.. memakan katak..


4. Sao Joao Festival (Porto, Portugal)

Photobucket

Antara festival paling meriah di Eropah, tetapi juga antara yang paling tidak dikenali. Di festival ini, seluruh bandar Porto akan diterangi dengan cahaya, dan bunga api. Terdapat banyak juga makanan-makanan enak di gerai-gerai. Tetapi, apa yang unik adalah, di festival ini akan ada Tukul Plastik. Tiada siapa tahu kenapa, tetapi jika anda terjumpa seseorang berlainan jantina yang anda rasakan memikat hati anda, ketuk kepalanya dengan tukul plastik tersebut. Kemudian, bersama-samanya menikmati hidangan ikan bakar~~~


5. Golden Shears Sheep Shearing Festival (Masterton, New Zealand)

Photobucket

Festival yang sememangnya sinonim dengan New Zealand, negara yang mempunyai biri-biri begitu banyak iaitu 3 ekor untuk setiap seorang rakyatnya. Pada bulan Mac, akan diadakan festival mencukur bulu biri-biri. Dan bukan sebarangan, kerana di festival selama 4 hari ini, pertandingan ini adalah pintu kepada kemasyhuran dan kekayaan. Sejak ia bermula tahun 1961, festival ini menjadi begitu besar sehingga adakalanya tentera terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.


6. Moose Dropping Festival (Talkeetna, Alaska)

Photobucket

Ok, yang ni memang betul-betul pelik. Festival tahi Moose. Di dalam festival ini, najis-najis Moose akan dikumpulkan, digumpalkan dan dijatuhkan ke tanah dari belon udara panas. Dan apa yang menarik, anda mungkin berpeluang mendapat hadiah daripada najis yang mendarat di atas kepala anda.

Jika kita selalunya melihat ke bawah, di festival ini.. lihat ke atas.. Tahi Moose jatuh~~

Photobucket


7. Songkran Festival (Chiang Mai, Thailand)

Photobucket

Festival menyambut Tahun Baru Thai ini menggunakan air untuk memastikan kesucian dalaman sehingga ke tahun akan datang. Dan, pesta bermula selepas bermulanya perang air dengan menggunakan pistol air dan belon air! Memang 'suci'~~ tapi, apakah pesta tanpa kotoran betul tak?? itulah yang difikirkan oleh pihak penganjur~~


8. Ivrea Orange Festival (Piemonte, Italy)

Photobucket

Beratus tahun dahulu, penduduk di bandar ini merusuh terhadap seorang Count yang kejam yang menculik anak dara yang baru berkahwin dan memperkosa mereka di malam perkahwinan mereka. Bukan sahaja Count tersebut dipancung, malah, semua pengawalnya direjam dengan batu sehingga mati. Selepas beberapa lama, Italy berhadapan dengan masalah lambakan buah oren dan terpaksa memikirkan cara menghapuskan lebihan buah oren yang dihasilkan. Oleh itu, di festival ini mereka menukarkan batu dengan lebihan buah oren dan Pengawal dengan badut. Jadi, daripada kenangan ganas, ia bertukar kepada kenangan manis.


9. Cow Painting Festival (Luxembourg City, Luxembourg)

Photobucket

Pesta mewarnakan Lembu, mungkin namanya agak zalim. Tetapi sebenarnya, setiap musim panas, Bandar Luxembourg akan dihiasi dengan pelbagai gaya lembu yang dibuat daripada besi, kayu, konkrit ataupun gelas fibre. Setiap daripada lembu-lembu ini akan dihiasi dengan pelbagai lukisan, seperti lembu berbelang zebra dan lain-lain. Di pesta pula lain pula ceritanya... tidak perlu turut serta pun takper..


10. Garlic Festival (Gilroy, California)

Photobucket

Baiklah, ini adalah antara festival yang amat unik, festival bawang putih. Ianya bermula daripada seorang pelajar kolej bernama Dr. Rudy Melone yang terkejut dengan kenyataan sebuah bandar kecil di Perancis digelar sebagai Ibu Kota Bawang Putih Dunia. Oleh itu, dia pun bercita-cita untuk menjadikan Gilroy, sebuah perkampungan di California diberi penghormatan sama.

Di ketika festival ini, kesemuanya adalah bawang putih. Sup bawang putih, Pai bawang putih, Kebab bawang putih, sandwic bawang putih, dan tidak termasuk juga musik dan hiburan yang berunsur bawang putih. Selamat datang ke festival bawang putih terbesar di dunia.

Jumaat, 3 Jun 2011

1 Rejab

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Hari ini adalah 3hb Jun bagi tahun Masihi. Sementara, bagi tahun Hijriah pula, 1 Rejab sudah kembali menemui kita. Lagi 2 bulan, Bulan Ramadhan yang mulia akan datang bertamu. Suasana yang cukup berlainan kali ini, iaitu setiap orang yang saya jumpa pasti akan mengatakan bahawa..

"Ramadhan sudah dekat.. Ramadhan sudah dekat.."

Nampaknya masing-masing sudah berlumba-lumba untuk mengira berapa dekatnya kita dengan Bulan Ramadhan, bulan di mana segala ganjaran amalan akan digandakan. Di masjid-masjid dan surau-surau juga, ada beberapa orang tanggungjawab marhalah mula bertanya,

"Adakah sudah boleh mula untuk membaca hadith tentang Fadhilat Ramadhan?"

Semoga kita semua sempat menjejakkan diri kita ke bulan Ramadhan pada tahun ini. Sekian sahaja buat masa ini.
Salam.

Khamis, 2 Jun 2011

Tizz Zakiah & Yassin - Nur Kasih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Saya masih lagi tidak diberikan kesempatan untuk menontoh Nur Kasih The Movie. Jadi, dalam keadaan kegelisahan, saya mencari apa-apa bahan video yang berkaitan dengan Nur Kasih. Dan, antara yang paling saya minat adalah lagu Nur Kasih nyanyian Tizz Zakiah dan Yassin. Secara peribadi, saya berpendapat persona lagu ini memang mengasyikkan. Ditambah pula dengan gabungan suara Tizz Zakiah dan Yassin yang juga berpadanan.

Tidak dapat tengok movie, lagu pun jadilah~~


Sekian sahaja buat masa ini.
Salam.

Rabu, 1 Jun 2011

Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Bulan Mei telah pun meninggalkan kita, dan kita telah masuk ke bulan baru iaitu Jun. Bulan 5 adalah antara bulan yang paling sibuk buat saya. Malah, saya rasakan yang masa berlalu dengan amat perlahan sekali. Jadi, untuk menghilangkan kebosanan, saya telah melepaskan segala 'perasaan' saya di blog ini.

Photobucket

Minggu ini juga adalah permulaan bagi cuti sekolah. Semua pelajar-pelajar telah kembali ke rumah masing-masing. Suasana meriah sekali di kawasan perjiranan saya dan muka-muka yang saya tidak pernah nampak di hari-hari biasa senantiasa lalu di hadapan rumah. Tidak dilupakan juga bahawa ibubapa sekarang ini sudah ada yang sibuk mahu merancang percutian dan membawa anak-anak bercuti. Seronok kan? Apa-apa pun, kepada pelajar-pelajar sekalian.. jangan lupa buat kerja cuti sekolah.

Masih segar dalam ingatan saya kenangan ketika di zaman persekolahan. Zaman yang penuh dengan kemanisan, kenangan pahit pun manis. Yang pasti, sudah genap 2 bulan saya melalui zaman pekerjaan. Banyak pesanan yang saya terima, sama ada ia berbentuk nasihat ataupun komen. Tapi apa yang penting..

"Hulurlah gaji pada mak kamu walaupun sedikit. Kalau tidak mampu pun, sekurang-kurangnya jangan menjadi beban kepada mereka lagi..."

Sekian sahaja untuk kali ini,
Salam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails