Selamat Datang Semua
Hari sabtu dan ahad, memang sepatutnya saya menghabiskan masa di rumah. 2 hari ini memang tidak berkerja. Tetapi, atas disebabkan urusan tender, terpaksalah cuti 2 hari ini dikorbankan dan pergi ke pejabat. Semalam, selepas penat bekerja, saya menerima panggilan telefon dari seorang rakan. Dan, satu tawaran yang menarik adalah dia mengajak ke Sunway Piramid. Lokasinya pun berhampiran, jadi apa salahnya. Tawaran diterima dan kami pun bergerak ke Sunway Piramid.
Berjalan di Sunway Piramid ini memang menyebabkan kita hilang tumpuan kepada masa. Sekejap sahaja sudah pukul 8 malam. Jadi, kami keluar daripada Sunway Piramid dan berjalan-jalan di kawasan berhampiran.
Panorama di Sunway Lagoon pada waktu malam juga boleh tahan. Tapi, sampai sekarang, saya masih tidak berpuas hati dengan harga masuk untuk ke Sunway Lagoon. RM100 untuk seorang dewasa daripada pukul 10 pagi hingga 6 petang. Berbaloi ke?
Dan, dalam berjalan-jalan petang itu, saya terjumpa dengan 2 buku menarik dengan tema yang amat saya minat, Keluarga Diraja. Buku The Red Queen dan buku The White Queen ini saya beli dengan harga RM51.90.
The red Queen, mengisahkan tentang Margaret Beaufort. Waris Dinasti Lancester
The White Queen, mengisahkan tentang Elizabeth Woodville. Permaisuri Dinasti York.
Di masa akan datang, saya akan huraikan lebih lanjut apakah kandungan dua buku ini. Selepas itu, kami berdua pulang ke rumah masing-masing. Yang penting, esok kerja saya masih tidak selesai walaupun setelah mengorbankan cuti 2 hari. Apa-apa pun, inilah dia dunia pekerjaan.
Sekian sahaja buat masa ini,
Salam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan