Selamat Datang Semua
Bulan Mei telah pun meninggalkan kita, dan kita telah masuk ke bulan baru iaitu Jun. Bulan 5 adalah antara bulan yang paling sibuk buat saya. Malah, saya rasakan yang masa berlalu dengan amat perlahan sekali. Jadi, untuk menghilangkan kebosanan, saya telah melepaskan segala 'perasaan' saya di blog ini.
Minggu ini juga adalah permulaan bagi cuti sekolah. Semua pelajar-pelajar telah kembali ke rumah masing-masing. Suasana meriah sekali di kawasan perjiranan saya dan muka-muka yang saya tidak pernah nampak di hari-hari biasa senantiasa lalu di hadapan rumah. Tidak dilupakan juga bahawa ibubapa sekarang ini sudah ada yang sibuk mahu merancang percutian dan membawa anak-anak bercuti. Seronok kan? Apa-apa pun, kepada pelajar-pelajar sekalian.. jangan lupa buat kerja cuti sekolah.
Masih segar dalam ingatan saya kenangan ketika di zaman persekolahan. Zaman yang penuh dengan kemanisan, kenangan pahit pun manis. Yang pasti, sudah genap 2 bulan saya melalui zaman pekerjaan. Banyak pesanan yang saya terima, sama ada ia berbentuk nasihat ataupun komen. Tapi apa yang penting..
"Hulurlah gaji pada mak kamu walaupun sedikit. Kalau tidak mampu pun, sekurang-kurangnya jangan menjadi beban kepada mereka lagi..."
Sekian sahaja untuk kali ini,
Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan