Rabu, 25 Januari 2012

4 Hari di Johor Bahru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Cuti Tahun Baru Cina selama 4 hari telah saya gunakan sebaik-baiknya dengan kembali ke pangkuan keluarga. Dari 21 sehinggalah 24 Januari, ini adalah antara cuti saya paling lama pernah saya dapat. Dan, selama 4 hari ini jugalah antara masa paling bermakna. Saya pun tak tahu kenapa, semenjak bekerja, hari-hari saya berlalu dengan amat cepat. Tetapi 4 hari cuti tahun baru cina ini, masa berlalu dengan amat perlahan. (tak sia-sia balik ke JB.. huhu..)

Baiklah, pada hari pertama, kami sekeluarga berkumpul untuk menyambut harijadi seseorang. Hari itu adalah sambutan Hari Jadi adik saya yang bongsu, iaitu Mamat.

Sebenarnya, sambutan hari jadinya lambat sehari. Tetapi, dia tidak kisah pun.. (kalau dia kisah pun.. ada aku kisah? haha..). Tak sangka, diam tak diam dia sudah pun 14 tahun dan telah pun berstatus Pak Uda. (tapi anak-anak buah panggil dia Pak Udang.. haha..).

Kemudian, pada hari kedua, kami sekeluarga pergi ke majlis perkahwinan salah seorang rakan sekerja ayah saya. (yang ni takder gambar.. huhu..). Pada hari ketiga, ayah saya, Pak Long dan beberapa orang jiran telah menyertai satu pertandingan memancing bertempat di Pontian. Hari itu sepatutnya kami balik ke Batu Pahat. Tapi, sebab pertandingan memancing itu, jadual perjalanan kami terus berubah. Apa yang penting, ayah saya mengatakan ia lebih kepada pertandingan pameran pancing tercantik daripada pertandingan memancing. (mana tak.. batang pancing berderet~~~)

Antara ikan-ikan yang berjaya dinaikkan oleh peserta adalah Pari dan Ikan Sembilang. (kami tak dapat ikan pun.. huhu..). Dan waktu itulah pertama kalinya saya nampak ikan tembakul (gemuk giler..).

Dan pada petang itu, selepas menghantar 'Yang Berhormat' (Bapa-bapa masing-masing..) pulang ke rumah, kami yang remaja-remaja ini menghabiskan masa di bandar sehingga malam menjelma. Tepat pukul 8.30 malam, kami menjemput ibu bapa masing-masing untuk 'Makan Besar'. Sekarang semua antara kami dah berkerjaya, jadi jarang ada masa berkumpul bersama. Jadi, di setiap kelapangan yang ada akan digunakan sebaiknya untuk makan bersama. (a family that eat together, stay together..). Apa lagi, steambot!!

Apa yang penting adalah kegembiraan meluangkan masa bersama-sama dengan ahli keluarga.

Dan akhirnya pada hari keempat, adalah masa untuk menghabiskan masa dan merehatkan diri sepuas-puasnya di rumah. Pada malamnya, saya pulang semula ke Lembah Klang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang yang sudah bekerjaya.

Sekian untuk kali ini,
Salam

P.S :: Serius aku rasa nak kerja kat JB lepas ni.. huhu..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails