Selasa, 3 Januari 2012

Mula bekerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Photobucket

Cuti tahun baru telah tamat, dan bermulalah hari bekerja seperti biasa. Pada bulan lepas, bolehlah dikatakan bulan cuti-cuti sebab hampir setiap minggu ada cuti umum. Apatah lagi bos sendiri pun rasa malas nak kerja. Sekarang? Bulan kerja-kerja dah kembali seperti biasa. (bos dah start gear 5 nak kerja..). Malah, sepupu-sepupu dan adik beradik saya pun sedang sibuk mengemaskan barang masing-masing kerana sesi persekolahan akan bermula esok. Keadaan akan kembali seperti sedia kala.

Dan disebalik kesibukan kerja, saya sempat juga untuk melihat cuti apakah yang ada di bulan Januari ini. (giler cuti.. hehe ^^). Kalau di negeri Selangor ni, memang tidak ada harapanlah untuk merasa cuti Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Sultan Kedah. Jadi, cuma ada satu cuti sahaja iaitu Cuti Tahun Baru Cina pada 23 dan 24 Januari 2012. (ditambah dengan sabtu dan ahad, jadi 4 hari cuti..). Cuma tidak dapat hendak berseronok di cuti itu sebab tak akan pergi mana-mana sebab berada di Lembah Klang sahaja. (rileks sudah..)

Photobucket

Tapi tidak mengapalah, yang penting kerja harus dibuat dengan penuh dedikasi (chewah.. ayat..). Sekian sahaja untuk kali ini.
Salam.

2 ulasan:

Ckin Kembaq berkata...

tak amik port sangat dengan cuti-cuti ni.. ^_^

Radin87 berkata...

hehe.. yeke?
saya takleh la.. kena tau gak bila cuti. kalau tak xder mood nak kerja. hehe ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails