Isnin, 30 Januari 2012

Keputusan Anugerah Juara Lagu ke-26

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua


Akhirnya, malam tadi terjawablah sudah apakah lagu yang meungguli Anugerah Juara Lagu ke-26. 12 buah lagu berentap, dan boleh dikatakan barisan 12 lagu ini antara yang terbaik dan finalis-finalis yang berentap juga antara yang terbaik pernah bertanding. Semuanya mempunyai vokal yang mantap dan mempersembahkan gimik persembahan yang menarik.

Barisan 32 orang juri diketuai oleh Azmeer menggalas tanggungjawab untuk menilai lagu yang terbaik sepanjang tahun 2011. 20 orang juri akan menilai 80% markah lagu sepanjang tahun dan baki 20% lagi akan diadili melalui persembahan dan mutu vokal di AJL.

Siapakah yang bergelar juara AJL?


JUARA & VOKAL TERBAIK



Juara AJL-26 jatuh kepada lagu Awan Nano nyanyian Hafiz. Lagu Awan Nano ini adalah hasil nukilan M.Nasir bersama gandingan Buddhi Hikayat. Vokal Hafiz juga memang tidak dinafikan apabila buat kali kedua berturut-turut beliau memenangi Anugerah Vokal Terbaik. Juara AJL ke-26 membawa pulang RM35,000 beserta trofi dan tambahan RM10,000 untuk Vokal Terbaik.

Nampaknya berbaloi juga Hafiz pakai T-Shirt dan Track Suit di pentas AJL kan? Penampilan paling ringkas di AJL setakat ini.. (juga kerana sambungan video klip awan nano..).


NAIB JUARA



Naib Juara AJL-26 pula jatuh ke tangan trio 3 suara yang terdiri daripada Sheila Hamzah, Ning Baizura dan Jaclyn Victor melalui lagu Beribu Sesalan. Lagu tersebut adalah hasil gandingan Kevin Chin dan Tinta. Naib Juara membawa pulang RM15,000 berserta trofi.

Seorang daripada mereka sahaja sudah mempunyai vokal yang meletup, apa lagi kalau digandingkan bertiga. Bertambahlah meletup-letup.


TEMPAT KETIGA



Tempat Ketiga jatuh ke tangan gandingan Audi Mok dan Faizal Tahir, gandingan yang senantiasa masuk ke AJL berkali-kali. Pada kali ini mereka sekali lagi masuk melalui lagu Karma. (Tak sangka yang piano yang Faizal Tahir main itu akan terbakar.. masa rehersal takder apa-apa pun..)


PERSEMBAHAN TERBAIK



Persembahan terbaik pada malam AJL tidak lain dan tidak bukan jatuh kepada Alyah dengan lagu Kisah Hati. Kemunculan Jejaka Idaman Malaya, Remy Ishak mengejutkan orang ramai.. (masa rehersal takder langsung.. takder sapa sangka yang Remy keluar.. ) gimik yang dilakukan seperti patung di atas pusingan kotak lagu menjadi. Tidak dilupakan juga Along Cham yang juga Charlie Chaplin Malaysia.

3 ulasan:

hyz berkata...

alyah nyanyi time rehearsal lebih baik kan? then baju putih pun lebih sesuai.

e-lyana berkata...

suka sangat dengan kisah hati :)
memg terbaik!:)

Radin87 berkata...

@hyz :
yup, masa rehearsal macam dia nyanyi all-out. meremang bulu roma. ingat dia nak pakai baju putih tu pergi final.. tak rupanya.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails