Ahad, 1 Januari 2012

Cuti Tahun Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Photobucket

Selamat tahun baru 2012 kepada semua yang menyambutnya. Di hari pertama tahun baru ini, saya cuma menghabiskan masa di rumah. Keadaan kesihatan yang tidak menentu menghalang saya daripada berjalan jauh. (memang nak sangat keluar..). Di hari yang menyeronokkan diri ini, sudahkah anda menyenaraikan apa yang hendak dicapai sepanjang 2012 ini?

Ini antara yang saya sudah rancangkan di tahun 2012 ini :-
  1. Menulis novel.
    Ini adalah antara azam 2012 yang saya juga telah senaraikan di salah satu artikel sebelum ini. Dan dengan tak disangka-sangka, DRC dan CTK telah menyenaraikan ia antara 20 azam tahun baru terbaik bagi mereka. (terima kasih.. ^^). Jadi, saya sudah pun menyediakan 2 projek tahun 2012 iaitu Projek NR03 (kod nama jer.. belum ada tajuk lagi novel ni.. huhu..) dan Kisah Datin-Datin untuk projek novel 2012 ini. Kisah Datin-Datin akan dimuatkan ke dalam blog ini secara percuma untuk bacaan umum. (khas untuk pembaca semua.. nantikan di isu akan datang ^^).

  2. Pekerjaan baru.
    Saya sebenarnya sudah beberapa kali mencuba untuk kembali semula ke Johor Bahru dan bekerja di tempat lahir sendiri. Antara sebabnya adalah, dekat dengan keluarga. Dan lagi, saya dah terbiasa dengan suasana Johor yang dihiasi dengan pemandangan laut Selat Tebrau. (kat KL takder laut.. cuma ada Sungai Klang..)

    Photobucket

Dan ini apa yang saya harapkan terjadi di tahun 2012 ini :-

  1. Perkhidmatan komuter yang lebih baik.
    Pada Jumaat yang lepas, ada satu pengumuman daripada pihak KTM Komuter bahawa di bulan Januari tahun baru 2012 ini, mereka akan menyeragamkan jadual kedatangan tren komuter setiap 30 minit. Dan pada Februari 2012, tren baru Komuter dijangka tiba. (aku tak berapa teruja tentang tu.. aku nak tengok tren ni menepati masa.. aku nak tengok boleh ke tak..)

    Photobucket

Baiklah, saya rasa itu sahaja di antara yang saya ingin capai dah lihat di sepanjang 2012 ini. Yang penting, jangan biarkan masa kita berlalu pergi dengan begitu sahaja. (jangan membazir nyawa.. hehe).

Sekian untuk kali ini.
Salam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails