Selamat Datang semua
Pertama sekali, di awal bulan ini bermacam dugaan yang datang. Dan disamping itu, bulan April ini juga adalah ulang tahun pertama saya bekerja di Lembah Klang. Dah setahun rupanya saya di sini. Dan saya tetap rasa ibarat saya membazirkan masa di sini tanpa ada pertambahan produktiviti. Memang sudah beberapa kali saya cuba cari tempat kerja yang baru, tapi nampaknya tiada rezeki lagi. Dan di waktu inilah, kadang-kala saya rasa hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Namun, di waktu inilah juga, saya kadang-kala mendengar lagu yang dibawakan oleh Asmidar untuk mengembalikan semangat yang telah hilang.
Ibarat liriknya, biar mimpi sampai ke bintang, kerana kita semua tahu... kerana, ini impian.. setiap satu dari kita..
Hehe.. semoga terhibur ^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan