Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua
Tadi pagi saya dapat panggilan telefon daripada kawan di Ipoh. Memang dengar nada dering pun dah tahu siapa yang telefon. Hehe.. Tak cakap banyak, sekadar berborak perkara-perkara biasa sehinggalah dia bertanya, "Tak keluar ke hari ni?". Memang hari ini tak keluar ke mana-mana pun. Jadi, bila saya tanya dia kembali, jawapan yang dia bagi "Jusco seksyen 18". Memang kepelikan di situ juga la. Sejak bila pula di Ipoh ada Seksyen? Rupa-rupanya salah dengar, bukan seksyen 18 tapi "Station 18".
Apa signifikasinya? Selepas saya lihat di laman web, barulah tahu yang AEON Jusco Station 18 ini telah pun memecahkan rekod sebagai cawangan AEON Jusco yang terbesar di Malaysia.
Rekod Jusco terbesar sebelum ini dipegang oleh AEON Jusco Bukit Tinggi di Klang. Tak jauh dari tempat saya tinggal. Tapi nak pergi punyalah seksa.
Bila saya tanya, perkara yang sama diberitahu oleh rakan saya itu yang menyatakan Jusco Station 18 tu jauh daripada tempat tinggalnya. Haih~~ kenapalah Jusco-jusco yang besar-besar ni mesti dibina kat tempat-tempat yang terpencil? Tapi tak lama pun 'terpencil' tu. Lepas 2,3 tahun, kawasan tu mesti jadi makin sesak.
P.S :: Sebenarnya malas nak pergi shopping ni kecualilah kalau betul-betul terdesak. Huhu..
1 ulasan:
memang pun buka kat tempat yang jauh. semalam sempat ke jusco kinta city. lengang je xde orang..
Catat Ulasan