Ahad, 3 Mac 2013

Di awal Mac

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Apa khabar semua?Akhirnya selepas hampir setengah bulan tidak berjumpa, aku telah berada di hadapan komputer sekali lagi. Kehidupan aku akhir-akhir ini menjadi semakin sibuk, terutamanya apabila Unit 4 di Stesen Janakuasa Elektrik Empangan Bakun sedang dalam proses akhir untuk memulakan proses Pre-Commissioning. Bermacam-macam cabaran dan dugaan perlu aku hadapi terutama apabila masih ada lagi Unit 3 (yang hampir siap), Unit 2 dan juga Unit 1 yang masih lagi dalam proses pembinaan. Apa yang penting, dalam bulan 3 ini aku merasakan yang aku akan menghadapi situasi seperti di bulan 11 yang lepas. Jika keadaan tidak mengizinkan, mungkin kitorang akan terpaksa bekerja semula pada hari Ahad. (tidak!!!)

Jadi, untuk minggu ini aku keluar ke bandar untuk menghilangkan tekanan kerja. Dan satu cara untuk aku menghilangkan tekanan adalah dengan bertapa dengan komputer dan mengadap berita-berita di internet yang telah aku ketinggalan. Macam-macam berita yang sudah berlaku, tetapi sekarang aku tumpukan kepada berita Pertempuran di Lahad Datu. Betul juga apa yang aku belajar dulu, macam mana dugaan Wanita, Tahta dan Harta menjadikan orang sanggup keluar untuk berperang. (Jamalul Kiram III bukannya Sultan betul pun~~). Selain daripada itu, aku juga sekarang ini sedang bersedia melihat jadual sekali lagi akan tarikh pilihanraya. Hehe.. Masakan tidak, ini adalah kali pertama aku akan keluar mengundi. Apa yang aku akan undi? Undi anda adalah rahsia. Heh..

Dan mulai bulan 3 ini juga aku sudah mulai berjaya untuk mengatur jadual harian aku untuk kehidupan semasa dan juga kerjaya. Aku sudahpun memulakan perniagaan secara kecil-kecilan (belajar berniaga dari bawah), di samping itu juga aku mahu memulakan semula penulisan novel yang sudah lama aku tinggalkan dan juga tidak dilupakan, kembali untuk membina otot yang dahulu pernah aku lakukan. Cukuplah kot untuk matlamat pencapaian aku pada tahun 2013 ini. hehe..

It is important to plan. Failed to plan means you are planning for failure.

 Dan akhir sekali, pada 22hb Februari yang lepas, adalah seorang hamba allah ni tiba-tiba datang meninggalkan komen di Radin's Blog. Dan adalah menyatakan yang Undang Luak Naning ke 20 adalah sipolan bin sipolan dan bukannya sipolan bin sipolan. Baik tutup blog ini atau nanti PDRM datang. (pelik kan?) Blog RB ini adalah blog yang aku kawal komentarnya. (need to be approve). Dan dia pulak boleh marah-marah kata berani buat blog tapi tak berani nak buka komentar pada umum. Aik? kenapa pulak?

Pertama sekali kepada yang terlibat, blog Radin's Blog itu adalah portal diraja, demi menjaga nama baik Institusi Kesultanan, adalah penting jika komen-komen ini dikawal supaya ia tidak menjadi seperti komen-komen berunsur politik, penghinaan dan sebagainya. Tambahan pula, bahan-bahan itu aku ambil dari berita. Dan lagi satu, blog tu blog aku! Sukati akulah nak buat apa pada blog tu. Yang kau nak sibuk-sibuk tu kenapa? Dan peliknya, yang mengata tu pun, meninggalkan komentar dengan identiti 'Tiada Nama' (anonymous). Siapa yang penakut sebenarnya? Huhu.. Pelik betul.

Itulah sahaja luahan peraasaan aku di awal bulan ini. Heh. Bersambung di ruangan yang akan datang. Insya Allah.
Salam.

Isnin, 11 Februari 2013

The Impossible

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Perlu ku akui sudah agak lama juga sejak kali terakhir aku menonton wayang. Dan semalam, mengambil kesempatan di atas kelengangan Bandar Bintulu sempena cuti tahun baru cina, aku dan rakan pergi ke City Point untuk mencari cerita untuk ditonton. Dan pada waktu itulah, kami mengambil keputusan untuk menonton cerita "The Impossible".

The Impossible


 Sebab dah lama tak buat movie review, jadi ada baiknya jika aku cuma huraikan cerita ini secara ringkas. Cerita ini mengisahkan tentang keluarga Bennet yang menjadi mangsa tradegi Tsunami 2004 yang melanda Asia. Cerita ini diarahkan oleh Juan Antonio Bayona. Maria serta suami dan tiga orang anak lelakinya dalam percutian krismas ke Thailand ketika tradegi tersebut melanda. Maria dan Lucas terpisah daripada Henry dan dua lagi anaknya iaitu Thomas dan Simon. 

Maria pada waktu itu mengalami keceraan parah di kaki kanannya, sempat untuk menyelamatkan seorang lagi kanak-kanak bernama Daniel. Dan pada waktu itu, mereka memanjat ke atas pokok untuk berjaga sekiranya ada lagi ombak tsunami yang akan melanda. Mereka telah dijumpai dan diselamatkan oleh penduduk-penduduk tempatan dan Maria telah dihantar ke hospital. Keadaan sibuk yang berlaku di hospital menyebabkan Lucas terpisah dengan Maria.

Sementara itu, Henry pergi mencari Maria dan Lucas dan menghantar anak-anaknya Thomas dan Simon untuk dihantar ke kem sementara. Selepas pencariannya tidak berhasil, Henry terpisah dengan anak-anaknya selepas mereka dihantar menaiki lori ke tempat yang tidak diketahui. Henry kemudian telah dihantar ke kem dan berjumpa dengan Karl, yang secara murah hati menolongnya untuk membuat panggilan kepada bapa mertuanya, Brian di Britain.

Karl dan Henry kemudian mencari di setiap hospital dan kemudian tiba di hospital tempat Maria dirawat. Dan di situlah secara ajaib seluruh keluarga tersebut berjumpa.


Komen

Secara ringkasnya, Nang kacak cerita ya.. Memang tak habis-habis menangis bila berada di wayang. Banyak adegan-adegan yang menyentuh hati dan perasaan, apatah lagi bila adegan tersebut diambil sempena kisah benar yang menimpa kepada pelancong-pelancong yang berada di Thailand pada waktu itu. 

4 Bintang daripada 5. ^_^

Ahad, 10 Februari 2013

Selamat Tahun Baru Cina 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Pertama sekali kepada semua rakyat Malaysia berketurunan Tiong Hua, diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua. Apa yang menarik mengenai Tahun-Tahun dalam kalendar Cina ini adalah ianya mewakili 12 haiwan yang bertukar silih berganti setiap tahun. Pada tahun ini adalah giliran Tahun Ular.


Tak silap aku tahun ini adalah tahun Ular Air. Owh yer, tak dilupakan juga yang setiap haiwan-haiwan ini juga mempunyai elemen-elemennya yang tersendiri. Terdapat 5 elemen iaitu Api, Air, Kayu, Emas dan juga Tanah. Di mana setiap elemen ini juga akan bertukar silih berganti. Kompleks? Ini juga adalah satu keunikan Tahun Kalendar Cina yang sangat berkait rapat dengan ilmu Feng-Shui.

Dan, ini juga adalah Tahun Baru Cina aku yang pertama di Negeri Sarawak. Ada banyak perbezaan kalau kita lihat akan siapa yang menyambut tahun baru cina di sini. Sebab, di Sarawak ini perkahwinan campur adalah perkara biasa. Memang akan ada banyak campuran dalam latar belakang keluarga mereka. Ada seorang rakan aku yang secara keturunannya adalah kaum cina. Tapi ayahnya berkahwin dengan wanita Iban, di mana dia mempunyai ibu angkat daripada keturunan cina islam. Jadi, hampir semua perayaan dia sambut. Perayaan Gawai (Iban), Tahun Baru Cina (Cina), tak dilupa juga Krismas dan Tahun Baru (Kristian). Banyak betul dia cuti dalam setahun. Heh.

P.S : Aku tahun ni dapat banyak limau.. tapi... tiada siapa nak bagi aku Ang Pau dah. Huuu.. sedihnya.


Sabtu, 9 Februari 2013

Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Malam semalam aku selamat sampai di Bintulu setelah menempuh perjalanan selama 4 jam merangkumi jarak 185km. Bintulu adalah bandar terdekat dari Bakun. Selain tu, ada juga pekan-pekan kecil seperti Sungai Asap dan Belaga, tapi takkan aku nak habiskan masa cuti kat pedalaman? Huhu. Ramai kawan-kawan aku nak berjalan ke Miri, jadi aku kenalah cari pengangkutan ke Bintulu. Pengangkutan terakhir adalah malam semalam. Heh. Semua dah penuh. Pekerja Sarawak Hidro juga ramai dah pulang bercuti.

Aku mengira-ngira berapa agaknya cuti yg boleh aku dapat. 4 hari. Wow! Antara cuti yg paling lama aku dapat. Tapi masalahnya, bila naik kerja balik, dah kena meeting dengan main-contractor. Aduh, benci betul. Kenapalah mesti hari Rabu? Takpelah, lupakan dulu masalah kerja. Yang penting masa cuti ni kita enjoy! Heh :3

PS : ini cuti umum terakhir. Takder cuti umum lagi untuk bulan 3 dengan 4 sampai bulan 5 nanti. Aduih~

Selasa, 5 Februari 2013

Bakun : Akhirnya ku tiba

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Akhirnya ku tiba juga di Bakun ni. Kawasan di mana empangan terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara sedang dalam proses pembinaan. Hujan renyai-renyai menyambut ketibaanku ke bumi Hulu Rejang ini. Sambil itu aku sedang mengira-ngira untuk berapa lama lagi masa yang tinggal untuk aku berada di projek ini. (masih lagi berbaki 4 bulan). Aku cuba juga untuk mengupdate blog walaupun ku tahu yang internet kat sini perlahan yang amat tahap monyet sloth.

Kehidupan di sini sama jer macam di luar. Cuma biasalah jika duduk di hulu, banyak kemudahan tiada. Satu benda yang seronok kerja di sini adalah, tiada traffic jammed, tiada bayaran tambang komuter @ bas, tiada duit minyak dan tiada tol. Cuma perlu kisahkan duit makan jer. Memang seronok bila difikirkan. Lihat pada keadaan, mungkin aku kena bercuti panjang dari mengupdate blog. (bz ngan kerja beb..).

Sekian sahaja untuk kali ini
Salam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails