Rabu, 8 Februari 2012

Aktiviti ketika cuti (Bah. 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Baiklah, berjumpa lagi saya dengan anda-anda semua. Bagaimana dengan cuti kamu semua? Cuti 4 hari akhirnya berakhir dan hari-hari saya berjalan seperti biasa. Pergi kerja, balik kerja, tidur... Dan selepas ini, sudah tiada lagi cuti panjang untuk beberapa bulan akan datang. (yaa.. agak membosankan..). Tapi, di cuti 4 hari sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam ini, saya tidak dapat mengemaskini blog RBE sebab menumpukan 100% komitmen kepada blog saya yang lagi satu iaitu Radin's Blog (RB). Kalau nak lihat blog ini, boleh klik di bawah ini.


Ya benar.. saya antara 6 orang blogger penulis Portal Diraja berkenaan kerabat diraja Malaysia ini. Dan, pada cuti Maulidur Rasul yang lepas, buat pertama kali dalam sejarah saya menulis 11 post dalam masa satu hari! (dahsyat kan?? tak pernah-pernah..). Sebab semua Sultan-Sultan di Malaysia ini ada menghadiri sambutan Maulud Nabi di negeri masing-masing. Jadi kenalah tulis semua. Dan antara yang mendapat perhatian adalah DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar. Sebab bukan sahaja baginda seorang, tapi putera-putera baginda iaitu Tunku Ismail Idris, Tunku Idris Iskandar dan Tunku Abdul Jalil Iskandar juga ada mengetuai perarakan di tempat-tempat lain.

Baiklah, itu satu perkara. Ni lagi satu teman nak khabar. Trend 2,3 hari ini memang tak memuaskan hati teman. Kenapa? Cuba tengok di bawah ni. (klik untuk besarkan..)


Yaa.. betul. Dah lama nama tu tak keluar dalam senarai, kenapa tiba-tiba pula nama tu keluar? Apa lagi la yang budak ni dah buat sekarang. Dengar cerita budak tu sekarang dah kahwin dengan Gabenor di Indonesia.. tak ingat Gabenor mana, tapi ada la gambar intim yang terlepas ke media.. yang dinafikan olehnya. (hmm.. ada aku kisah??). Kalau nama Julia Rais tu tak kisahlah, memang selalu ada dalam senarai tu. Huhu..

Mamat Jarum FM ::
Teman bukan nak cakap apa la kan.. tapi teman rasa budak tu tak kena seksa pun masa kahwin dengan kerabat kelantan. Mungkin tension sebab kat kelantan mana laa boleh clubbing, sosial-sosial ni semua. Benda-benda tu mana ada kat Kelantan. Budak tu pulak jenis Sosial. So.. faham-faham jer la..


Ok, dan saya rasa sesuai juga saya buat pembetulan beberapa fakta di sini.. Pahang tiada gelaran Raja Muda Pahang. Buat masa ini hanya ada Tengku Mahkota, Tengku Muda, Tengku Arif Temenggong dan Tengku Laksamana.

Ok, ini adalah antara kisah saya sebagai seorang blogger. Memandangkan masa dan keadaan tidak mengizinkan, saya akan sambung di ruangan akan datang. Sekian saja buat masa ini.

Salam. Bye-bye.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails