Selasa, 28 Februari 2012

Ke Muzium Negara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Sekurang-kurangnya saya dan seorang rakan saya Iez, akan meluangkan masa lapang yang ada dengan berjalan-jalan di sekeliling Kuala Lumpur. Biasalah kan, masing-masing dah sibuk dengan kerja, bila lagi masa nak berjalan? Kalau tidak, masing-masing kebosanan la duduk di rumah, mengharungi kehidupan sehari-hari yang sama sahaja rutinnya. Jadi selalunya, dia yang jadi mastermind. Mana nak pergi saya ikut jer.

Tapi untuk bulan ini, giliran saya untuk memutuskan kemana hendak pergi. Ini memang satu masalah besar. Kenapa? Sebab kalau saya yang buat keputusan, memang pergi tempat pelik-pelik laa. Selalu kalau berjalan-jalan mesti ramai orang sekarang pergi ke Mid-Valley, Times Square, Sunway Pyramid, Lot 10, Sogo dan sebagainya lagi lah. Dan memang ternyata Iez pun kepelikan bila dia dengar cadangan saya... "Kita pergi muzium negara..!"


Tapi itu yang best pasal Iez, dia layankan kepala saya yang 'pelik' ini. Hehe.. (thanks iez).

Jadi, bila anda masuk ke dalam muzium, terdapat koleksi barangan-barangan dan maklumat-maklumat sejarah tentang Malaysia yang banyak boleh dijadikan rujukan. Contohnya macam di bawah ini, yaa.. baju perisai pahlawan Bugis dari negeri Selangor.

Tidak dilupakan juga serban milik Haji Abdul Rahman Limbong, tokoh pejuang negara dari negeri Terengganu.

Dan yang paling penting, ialah Bunga Emas! Bunga inilah yang dihantar oleh negeri-negeri Utara, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Kerajaan Siam sebagai ufti setiap 3 tahun sekali. Bukan pasal bayaran ufti yang saya hendak ketengahkan di sini, tapi adalah kekayaan negeri-negeri Melayu ini pada masa itu. Cuba anda lihat dalam gambar, mesti anda sangka ianya kecil bagai bunga telur masa hari perkahwinan bukan?

Inilah saiz sebenarnya. Besar tak besar... kalau dah sebesar ini, bayangkan betapa banyak emas yang diperlukan untuk membuat Bunga Emas sebesar ini. Sudah pastinya hanya negeri yang kaya-raya sahaja boleh menghantar Bunga Emas seperti ini sebagai ufti.

Dan selain daripada itu, anda juga akan berpeluang untuk melihat koleksi kenderaan lama ini seperti kereta kuda padi di bawah ini. Dahulu ia adalah pengangkutan awam di Bandar Maharani, Muar.

Tidak dilupakan juga Kereta Proton Saga keluaran pertama bernombor plat SAGA 1985.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsikan, tapi rasanya cukuplah sampai di sini sahaja. Chow~~

2 ulasan:

Ckin Kembaq berkata...

kecik2 dlu tak suka, tapi makin besar, makin minat nak tau ttg sjarah..

p/s : subjek sejarah paling tak suka..time form 5 suka sikit2.. ^_^

Radin87 berkata...

hehe.. saya mmg minat sejarah dari kecik. ni la first time masuk muzium negara. best.. ^^

byk maklumat dapat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails