Ahad, 5 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Salam Maulidur Rasul buat anda-anda semua. 12 Rabiul-Awal kembali menjelma kepada kita, sambutan keputeraan Nabi kita yang tercinta iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Sambutan ini adalah salah satu cara kita untuk memuliakan junjungan besar kita, dan juga nabi terakhir dalam Islam yang diutus untuk memberi rahmat ke seluruh alam.

Dan bermacam-macam cara yang telah kita tunjukkan untuk menzahirkan rasa cinta kita pada baginda Rasulullah s.a.w. Pada ketika ini banyak acara seperti ceramah, perarakan dan sebagainya. Meriah kan? Dan sebagai orang Islam, adakah cukup dengan menyambut hari keputeraan baginda menunjukkan rasa cinta kita kepada baginda? Tidak cukup sebenarnya.

Pada diri setiap umat Nabi Muhammad ada satu tugas, iaitu 'Amar Makruf Nahi Munkar'. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Di sinilah penghayatan kita terhadap kenapa Nabi Muhammad diutuskan. Nabi sudah tiada, namun kerja dakwah belum berakhir, kerana tugas tersebut diwariskan kepada kita, umatnya. Nabi Muhammad hanya tinggal di tanah arab. Jadi, adalah tugas kita untuk menyampaikan ajarannya ke seluruh alam, ke hujung-hujung dunia.

Sekian sahaja untuk ruangan kali ini. ^^
Salam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails