Selamat Datang Semua
Minggu terakhir bulan Mei ini antara minggu tersibuk saya. Berbagai-bagai tugasan dan urusan kerja yang perlu diselesaikan. Jadi, antara 27 hingga 29 Mei, saya telah mengambil keputusan untuk melepaskan masa hujung minggu dengan melancong melihat keindahan alam. Destinasi saya adalah Bandaraya Ipoh. Ia lebih kepada percutian ringkas sebab saya tidak mengambil cuti tambahan.
Dan, percutian menjadi lebih mudah kerana ada rakan yang tinggal di Ipoh.
ETS KL - Ipoh
Perjalanan saya bermula pada pukul 5.00pm pada 27hb Mei. Saya terus menuju ke KL Sentral dan menempah tiket perjalanan. Dan buat pertama kalinya, saya mencuba perkhidmatan ETS antara KL dan Ipoh. Harga tiket Silver Class adalah RM25.
Baiklah, tiket ETS hanya boleh didapati di beberapa Stesen KTM terpilih sahaja. Kaunter Tiket ETS di KL Sentral terletak di aras dua. Untuk panduan mencari kaunter tiket pada mereka yang pertama kali mahu menggunakan perkhidmatan ini, cari sahaja 'Anak Panah Kuning'.
Aktiviti di Ipoh
Akhirnya, buat kali keduanya, saya telah tiba di Bandaraya Ipoh. Kali pertama datang dengan menggunakan bas, kali kedua dengan keretapi. Banyak tempat menarik untuk dilawati, tapi buat masa ini saya hanya bersiar-siar di kawasan-kawasan dekat sahaja kerana mahu menjimatkan wang. Dan tempat yang sesuai adalah kawasan 'Gerbang Malam'.
Dan tidak lengkap rasanya perjalanan jika kita tidak habiskan dengan menonton wayang. Kung Fu Panda 2 memang tidak mengecewakan. Saya akan masukkan di dalam segmen Movie review di masa akan datang.
Kembali ke KL
Selepas hampir 3 hari, saya pulang seperti biasa untuk bekerja. Walaupun agak penat, tetapi sekurang-kurangnya cukup untuk menghilangkan kebosanan duduk di rumah. Yang penting, rancang percutian anda. Kerana, ia memerlukan... D.U.I.T
Sekian sahaja untuk kali ini
Salam