Selamat Datang semua
Semua aktiviti hari ini berjalan seperti biasa. Cuti satu hari yang dinikmati semalam bersempana Hari Wesak bagi seluruh Malaysia dan Sambutan Hari Lahir Raja Perlis bagi Negeri Perlis Indera Kayangan cukup untuk menghilangkan tekanan bekerja. Semalam, saya melihat jiran-jiran saya menghabiskan masa cuti mereka dengan riadah dan berehat di rumah. Dan, cuti sehari itu sepatutnya cukup untuk mengembalikan semangat untuk bekerja pada hari ini. Tapi itulah masalahnya sekarang. Saya tidak merasakan tekanan semakin hilang tetapi sebaliknya.
Saya semakin senang marah. Walau sekecil-kecil perkara pun boleh menyebabkan saya membebel di dalam hati. Dan kemarahan yang terpendam ini mengambil masa untuk reda. Apa yang cukup saya risaukan adalah jika ianya meletup. Semoga dilindungilah dari segala ujian yang saya sendiri tidak mampu untuk terima. Jadi, bagaimana nak redakan kemarahan?
Tarik nafas dalam-dalam, kemudian lepas~~ Dan kemudian jangan lupa senyum~~
Harap-harap tiadalah perkara yang boleh membangkitkan kemarahan lagi selepas ini. Segala yang berlaku, memang betul-betul menguji kesabaran. Saya pernah dengar satu pesanan..
"Marah itu besar, tetapi jika kamu menahannya, ia akan lebih manis dari madu."
Sekian sahaja buat masa ini
Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan