Selamat Datang Semua
Baru-baru ini, masalah rambut yang berpanjangan menyebabkan saya mengambil keputusan untuk memotong sahaja rambut. Saya memang menyukai fesyen rambut panjang, tetapi sampai ke satu tahap, ia akan menjadi semakin sukar diurus dan hanya menyebabkan penampilan semakin agak selekeh. Jadi, saya mencari kedai potong rambut yang terdekat, tapi ada sedikit perbezaan. Bukan di kedai gunting rambut biasa, tetapi di salun.
Dan selepas berbincang dengan hairstylist, saya pun memilih fesyen rambut spiky.
Hasilnya
Sebelum
Selepas
Kesimpulan
Secara keseluruhan, perkhidmatan gunting rambut, dan servis yang ditawarkan memang memuaskan. Boleh dikatakan berbaloi dengan harga RM40. Tetapi, agak bersesuaian harga tersebut dengan tabiat saya yang hanya gunting rambut beberapa bulan sekali. Cuma, kena mencari wax rambut yang bersesuaian untuk menggayakan fesyen rambut spiky ini.
Apa-apa pun, sekian sahaja buat masa ini.
Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan