Jumaat, 25 Februari 2011

Alamak...!! Kenapa pula ni..!?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa di pagi Jumaat yang tenang ini, tiba-tiba saya seperti orang yang trauma menjerit..

Alamak..!! Kenapa pula ni..!?

Hmm, sungguh overly dramatic la pula. Baiklah, dipendekkan cerita.. semuanya bermula malam tadi. Sedang saya mengemaskan data-data dan folder-folder di dalam external hard-disk, terjumpalah saya dengan cerita anime yang saya minat dulu, Cardcaptor Sakura..! Hahaha.. Laa.. Pasal anime saja ke?

Photobucket

Kes kali ini sebenarnya kes kecil sahaja, tetapi, ia menjadi besar sebab saya ambil masa hampir beberapa lama untuk lengkapkan koleksi anime ni. Dari episod awal sampai akhir. Bukan senang tau. Jadi, berbalik pada cerita saya tadi, saya layan lah Cardcaptor Sakura ini, dari episod 1, masuk episod 2, episod 3... semuanya baik-baik sahaja. Dengan tidak semena-mena.. bila masuk sahaja episod 4, terus jadi cerita lain! Cardcaptor Sakura dah jadi cerita Shounen wa tori ni natta! Ajaib sungguh.. kenapa la jadi macam tu?! Tak keruan sekejap malam tadi. Tapi, lepas itu semuanya selesai. Apa susah, download jer yang baru. Cuma... tak secantik yang sebelum ini lah..

Baru sedap-sedap layan anime, dah jadi macam ini. Episod 4 ni seronok, (semua episod seronok sebenarnya.. hehe..) sebab episod 4 ni mengisahkan tentang Sakura dan Kero-chan tidak jadi pergi berkelah bersama Tomoyo, kerana, hari itu adalah hari Sakura perlu mengemaskan rumah. Sedang mereka berdua mengemas, Sakura terjumpa dengan 2 Clow Card. Tapi, kad-kad ini tidak ditulis nama Sakura, menyebabkan ianya menimbulkan kacau bilau. Satu kad adalah Wood dan satu lagi adalah Rain. Gabungan dua kad ini menyebabkan mereka menumbuhkan hutan rimba di dalam rumah Sakura!! Haha... Rain memang satu kad yang nakal dan suka bermain-main. Sementara, Wood pula adalah satu kad yang cantik dan lemah lembut.

Photobucket
Ini namanya Wood

Photobucket
Ini namanya Rain

Haih.. mana la saya tak meracau sebab benda-benda ni. hehe..
(Tapi jangan amalkan selalu tau.. huhu..)


Shounen wa tori ni natta?

Photobucket

Owh yer, cerita ini (movie) mengisahkan tentang seorang remaja yang menderita sakit jantung berlubang sejak kecil. Disebabkan beberapa sebab, pemindahan jantung tidak boleh dilakukan. Dan pada awalnya, doktor menjangkakan yang pemuda itu hanya boleh hidup sehingga 11 tahun sahaja. Namun, takdir menentukan pemuda itu mampu hidup lebih lama.. dan cerita bermula ketika umurnya mencecah 15 tahun. Konflik antara dia dan keluarga, konflik dengan rakan-rakan, antara diri sendiri mewarnai jalan cerita tersebut. Satu keistimewaannya adalah, dia menghafal semua nama-nama burung hanya dengan sekali sahaja melihatnya. Ini adalah kerana, dia tidak dibenarkan keluar bermain disebabkan penyakitnya.. dan masanya banyak dihabiskan dengan melihat burung-burung.

Photobucket

Cerita ini mungkin diminati bagi mereka yang menjadi peminat fanatik Yamashita Tomohisa. Hehehe.. Jalan cerita ok.. cuma... macam mana cerita ini boleh bertukar dengan Cardcaptor Sakura!! Haih~~ sungguh pelik... huu.. takper, kalau ada sesiapa yang nak.. nanti saya boleh buat satu movie review pasal cerita ini.

Sekian sahaja buat masa ini.
Salam.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails