Isnin, 14 Mac 2011

Peluang Kerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Akhirnya, hari pertama di tempat kerja berjalan dengan lancar. Buat masa ni, jawatan sebagai pelatih memang tidak membenarkan pergerakan yang banyak. Oleh itu, kebanyakan masa dihabiskan dengan kerja-kerja pejabat seperti dokumentasi. Jadi, selepas berada di dunia pekerjaan, memang tidak dinafikan yang persaingan untuk mendapatkan pekerjaan di masa sekarang ini memang amat sengit. Jika kita lihat balik, jumlah graduan yang tamat belajar setiap tahun berpuluh ribu. Sementara peluang pekerjaan yang ditawarkan pula tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan semua graduan tersebut.

Jadi, perkara pertama yang perlu difikirkan sekarang adalah mencari peluang (opportunity) kerjaya. Maka, persoalannya adalah..

'Kerjaya apakah yang amat-amat diperlukan pada masa sekarang?'

Jika dalam fikiran anda mahukan kerjaya-kerjaya seperti Doktor, Jurutera, Guru dan Peguam.. maka anda sebenarnya sedang berdepan dengan persaingan yang amat-amat sengit. Memang diakui yang negara kita kekurangan tenaga-tenaga di bidang tersebut, tetapi.. seperti yang dikatakan tadi, persaingannya amat sengit. Jangan terkejut jika satu kekosongan direbut dengan hampir 200 - 500 permohonan.

Photobucket

Jadi, apakah jawapan untuk jawapan tadi?
Jawapannya adalah, Guru / Pakar Bahasa.


Bidang Bahasa

Percaya atau tidak, bidang bahasa sekarang antara bidang yang sangat diperlukan pada zaman sekarang. Saban tahun, masalah yang sama berlaku di mana-mana sekolah, iaitu kekurangan guru bahasa. Di Sekolah Menengah Agama contohnya, guru yang diperlukan untuk mengajar subjek Bahasa Arab masih kurang. Dahulu, Ustaz yang mengajar agama semuanya boleh bercakap dan mengajar Bahasa Arab. Sekarang situasinya berlainan. Tidak ramai yang boleh mengajar Bahasa Arab.

Photobucket

Di Malaysia sekarang ini, penguasaan lebih dari 2 bahasa amatlah memberi manfaat. Sebagai Warganegara Malaysia, Penguasaan Bahasa Melayu adalah Wajib. Begitu juga dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang merupakan Bahasa Dunia, amatlah digalakkan. Maka, dengan tambahan satu bahasa lagi, tidak kiralah apa jua bahasa.. anda mempunyai peluang cerah dalam bidang ini. Antara kerjayanya adalah seperti penterjemah, Guru Bahasa dan sebagainya.

Ini adalah antara perkongsian maklumat yang diterima. Yang penting, mencari peluang kerjaya itu penting untuk masa depan kita.

Sekian sahaja untuk kali ini,
Salam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails