Khamis, 25 Ogos 2011

Perasaan jangan dipaksa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Pernah jatuh cinta? Pernah merasai bagaimana perasaan mencintai dan dicintai? Mungkin ada yang akan menyatakan 'Ya' dan mungkin ada juga yang 'Tidak'. Tapi bagi mereka yang pernah merasai pengalaman bercinta, pasti anda akan bersetuju bahawa perasaan cinta akan datang dengan sendirinya, tanpa dipaksa, tanpa kita sedari dan pada masa yang sama.. tidak boleh dipaksa.

Kenapa saya tiba-tiba membangkitkan soal ini di bulan Ramadhan? Kerana saya sudah muak untuk berhadapan dengan jenis manusia yang tidak faham bahasa dan masih lagi mahu mendesak untuk saya menerima cintanya. Bukan masalah saya yang si dia amat menyayangi saya, tapi adalah masalah yang saya tidak ada perasaan sayang padanya dan tidak boleh menerima dia dalam hidup saya. Sudah beberapa kali saya katakan dengan jelas kepadanya, tapi dia masih tidak faham-faham.

Photobucket

Apa yang membuatkan saya bertambah marah adalah, dia menyalahkan saya apabila sakit lamanya datang semula sehingga dia dimasukkan ke hospital, gara-gara tertekan kerana saya menolak cintanya. Kenapa dia tidak faham yang cinta tidak boleh dipaksa? Adakah dengan saya menerimanya atas dasar kasihan dan tidak mahu dia jatuh sakit akibat tertekan boleh membuatkan dia dan saya bahagia? Tolonglah.. ini bukan kisah "Ayat-ayat Cinta". Saya tidak boleh terima cinta sebegitu. Tolonglah jangan bermain cinta dengan ugutan belas kasihan. Saya tidak akan boleh terima cinta yang sebegitu.

Photobucket

Mungkin benar apa yang dikatakan, cinta kepada Allah akan membuatkan kita bahagia selamanya kerana Allah itu kekal. Cinta makhluk hanya sementara dan tidak sesuci cinta Allah yang Maha Kuasa.

Sekian luahan perasaan buat masa ini,
Salam


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails