Jumaat, 8 Julai 2011

Kuala Lumpur ; Bandaraya larangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Sejahtera semua

Photobucket

Aman kan? ini adalah gambar yang diambil pada hari Selasa lepas di kawasan tidak jauh dari tempat di mana perhimpunan akan dijalankan pada hari esok. Tapi, memandangkan perhimpunan tersebut tidak mendapat permit polis, ianya diisytihar haram. Dan petang tadi, kawalan polis semakin ketat di beberapa kawasan awam termasuk juga jalanraya yang sesak teruk kerana sekatan jalanraya oleh pihak polis. Tapi apa-apa pun, memang jelas Kuala Lumpur telah menjadi bandaraya larangan di hujung minggu ini. Pastinya keadaan esok sudah tidak setenang seperti dalam gambar di atas.

Ada juga ura-ura menyatakan yang darurat mungkin diisytiharkan. Kebanyakan warga KL sudah mula pulang ke kampung, keluar daripada kotaraya. Tetapi apa-apa pun, kita lihat bagaimana cerita ini terurai.

Salam.

Khamis, 7 Julai 2011

Keputusan Undian Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Ketiga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Seperti dijadualkan, keputusan undian untuk Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012 telah pun diumumkan pada 7 Julai 2011. 12 Pasukan yang layak ke Pusingan ketiga ini akan dimasukkan ke dalam 3 Kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan. Johan Kumpulan akan secara automatik melayakkan diri ke Kejohanan Olimpik.

Sementara 3 pasukan yang berada di tempat kedua kumpulan masing-masing akan bertemu dalam perlawanan penentuan yang akan diadakan pada 25 sehingga 29 Mac 2012. Johan kumpulan penentuan ini akan melayakkan diri ke Kejohanan Olimpik.


Keputusan Undian

Dalam keputusan, Malaysia berada dalam Kumpulan C bersama-sama dengan Jepun, Bahrain dan Syria.

Photobucket

Jadual perlawanan pula adalah seperti berikut.

Photobucket

Mampukah pasukan Malaysia menempuhi pusingan ini dengan jayanya? Sama-sama kita saksikan. Akhir kata, majulah sukan untuk negara.
Salam.

Alya - Kisah Hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Maaf kerana segmen muzik ini terlambat beberapa hari daripada jadual asal. Untuk segmen muzik kali ini adalah lagu yang sekarang ini menduduki tahta carta Era. Lagu Kisah Hati nyanyian Alya. Saya ada memerhatikan beberapa komentar tentang lagu ini. Dikatakan bahawa lagu ini asalnya adalah untuk Datuk Siti Nurhaliza, tetapi diberikan kepada Alya. Setelah mendengar beberapa kali, saya bersetuju dengan peminat Alya, iaitu, lagu ini amat berpadanan dengan suara Alya.

Baiklah, apa-apa pun, selamat terhibur.


Rabu, 6 Julai 2011

Aktiviti Minggu Lepas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Akhirnya, dapat juga berblogging dan mengemas kini apa yang patut di ruangan maya ini. Minggu ini memang saya agak sibuk. Tidak dapat meluangkan masa untuk mengemas kini blog. Kesibukan menyebabkan kepenatan. Dan kepenatan membawa kepada kemalasan. Memang perkara biasa yang berlaku. Artikel sebelum ini pun ditulis dengan secara tergesa-gesa. Mana boleh melepaskan cerita panas terutamanya tentang pasukan bola sepak Malaysia yang sekarang ini sedang meningkat naik.

Aktiviti minggu lepas

Hujung minggu lepas, saya mengambil cuti pada hari Jumaat. Asalnya merancang mahu ke Ipoh sekali lagi. Tetapi, rakan saya di Ipoh ada keperluan lain di saat akhir. Dan saya kemudian mengambil keputusan pulang ke Johor untuk menghadiri jemputan majlis perkahwinan.

Photobucket

Photobucket

Kami singgah bermalam di Batu Pahat untuk sehari. Dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru, kami sekeluarga singgah di sebuah restoran dan menikmati hidangan Mee Bandung Muar. Menyelerakan (^_^)

Photobucket

Dan pada hari Ahad, saya pun berkemas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Namun, saya juga tidak sangka yang tiket bas untuk ke Kuala Lumpur sudah habis terjual. Tetapi, kira bernasib baik sebab dapat pulang pada hari Ahad. Tiket terakhir dan berada di tempat duduk depan sekali. Di samping itu, saya juga dapat melihat pemandangan yang cantik di petang hari iaitu ketika matahari terbenam.

Photobucket

Dan, hari-hari saya bermula seperti biasa. Pergi kerja, pulang kerja, berehat. Aktiviti yang sama berulang setiap hari. Hidup di Kuala Lumpur memang mencabar, dan menyeronokkan bagi mereka yang sukakan kehidupan yang bebas. Ketika di bandar besar, pandai-pandailah untuk menjaga diri sendiri.

Photobucket

Sekian sahaja nukilan saya buat masa ini.
Salam

Isnin, 4 Julai 2011

Malaysia vs Taiwan (2nd Leg) ; Tewas 2-3. Aggregat 4-4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Malam tadi berlangsungnya perlawanan kedua antara Malaysia melawan Taiwan untuk Penentuan Perlawanan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014. Perlawanan berlangsung di Stadium Perbandaran Taipei, Taiwan. Dalam perlawanan sebelumnya, Malaysia mempunyai kelebihan satu gol.

Photobucket

Keputusan :-

Perlawanan Pertama (first leg),

Malaysia (2) - Taiwan (1)

Perlawanan Kedua (second leg),

Malaysia (2) - Taiwan (3)

Dalam perlawanan kedua, gol pertama Malaysia dijaringkan seawal minit ke-7 oleh Aidil Zaquan. Gol kedua negara dijaringkan oleh Safiq Rahim pada minit ke-42. Perlawanan pusingan kedua ini kemudian semakin cemas apabila 3 kad kuning dilayangkan oleh pengadil. Kubu negara juga diasak dengan 3 tendangan penalti. Perlawanan berkesudahan dengan Malaysia tewas 2-3 kepada Taiwan. Malaysia dan Taiwan seri dengan keputusan aggregat 4-4.

Malaysia melayakkan diri ke Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 dengan Kelebihan gol di tempat lawan. Pasukan Harimau Malaya akan berjumpa dengan Singapura pada 23 Julai dan 28 Julai 2011.

Photobucket

Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia dengan berjaya melayakkan diri ke Pusingan Kedua. Semoga taktik diperkemaskan dan dipertingkatkan untuk perlawanan dengan Singapura.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara.
Salam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails