Jumaat, 10 Januari 2014

Syarikat Penerbangan di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Segmen Info Menarik kembali semula di RBE untuk kali ini. Untuk isu Januari 2014 ini, mari kita semua mengenali apakah syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi di Malaysia. Mungkin ramai antara kita pada hari ini jika menyebut Syarikat penerbangan, hanya terbayang MAS, Air Asia dan Firefly. Namun sebenarnya, kita mempunyai lebih daripada itu. Mari kita lihat satu demi satu.

Syarikat Penerbangan (Penumpang)

1. Air Asia


Air Asia Bhd merupakan syarikat penerbangan tambang murah di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1993. Air Asia memulakan penerbangan sulungnya pada 18 November 1996. Sekarang ini, ia merupakan syarikat tambang murah terbaik dunia untuk 5 tahun berturut-turut. Air asia berpengkalan di LCCT, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kod ICAO : AXM
Kod IATA : AK
Jumlah pesawat : 138


2. Air Asia X


Air Asia X Bhd merupakan anak syarikat kepada Air Asia. Ianya merupakan syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh yang memulakan operasi pada tahun 2007. Ianya berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kod ICAO : XAX
Kod IATA : D7
Jumlah pesawat : 15


3. Berjaya Air


Berjaya Air merupakan syarikat penerbangan yang dimiliki oleh Berjaya Corporation Group. Ianya ditubuhkan pada tahun 1989 (dengan nama Pacific Charter). Ianya merupakan syarikat penerbangan yang beroperasi ke destinasi-destinasi perlancongan seperti Pulau Redang dan Pulau Tioman. Ianya berpangkalan di Lapangan Terbang Sultan Abd Aziz Shah, Subang.

Kod ICAO : BVT
Kod IATA : J8
Jumlah pesawat : 5


4. Eaglexpress


Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd merupakan syarikat penerbangan sewa khas yang ditubuhkan pada 8 Ogos 2011. Ia merupakan syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan sewa khas untuk keperluan rasmi, kargo udara, perlancongan, jemaah haji dan umrah di Malaysia dan Asia. Ianya berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kod ICAO : IZX
Kod IATA : 9A
Jumlah Pesawat : 3


5. Firefly


Firefly Sdn Bhd merupakan syarikat penerbangan tambang murah dan merupakan anak syarikat sepenuhnya milik Malaysia Airlines. Firefly ditubuhkan pada tahun 2007. Ianya berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Kod ICAO : FFM
Kod IATA : FY
Jumlah pesawat : 12


6. Malindo Air


Malindo Air merupakan syarikat penerbangan yang ditubuhkan pada 11 September 2012. Namanya diambil sempena nama Malaysia dan Indonesia, kerana ianya merupakan syarikat usahasama di antara National Aerospace and Defense Industries (NADI) Malaysia (51%) dan Lion Air dari Indonesia (49%). Ianya merupakan syarikat penerbangan premium tetapi menawarkan harga tiket seperti penerbangan tambang murah. Ianya berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kod ICAO : MXD
Kod IATA : OD
Jumlah Pesawat : 10


7. Malaysia Airline


Malaysia Airlines System merupakan Syarikat Penerbangan Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1972. Ianya diuruskan oleh Penerbangan Malaysia Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Malaysia Airlines juga merupakan satu-satunya ahli Oneworld yang tidak ditaja oleh International Airlines Group dan British Airways tetapi ditaja oleh Qantas. Ianya berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kod ICAO : MAS
Kod IATA : MH
Jumlah Pesawat : 102


8. MASwings


MASwings Sdn Bhd merupakan anak syarikat sepenuhnya milik Malaysia Airlines yang ditubuhkan pada 1 Oktober 2007. Ianya menguruskan perkhidmatan penerbangan luar bandar di Sabah dan Sarawak. Ianya berpengkalan di Lapangan Terbang Miri.

Kod ICAO : MWG
Kod IATA : MH
Jumlah Pesawat : 14


9. MHS Aviation


MHS Aviation merupakan syarikat penerbangan tidak berjadual yang beroperasi di Malaysia dan merupakan anak syarikat kepada Boustead Group. Operasi utamanya adalah dalam bidang Petroleum dan Gas, di mana mereka menghantar pekerja-pekerja ke pelantar-pelantar minyak. Petronas, Shell dan Exxonmobil antara contoh klien utama mereka.

Kod ICAO : -
Kod IATA : -
Jumlah pesawat : 6
Website : http://www.mhsaviation.com/


10. Sabah Air


Sabah Air, juga dikenali sebagai Penerbangan Sabah ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai sebuah anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri Sabah yang dikelolai oleh Kementerian Kewangan Sabah. Ia menyediakan khidmat pelancongan, penghantaran kargo, urusan perniagaan termasuk juga untuk urusan rasmi. Ia berpangkalan di Kota Kinabalu.

Kod ICAO : SAX
Kod IATA : SA
Jumlah Pesawat : 11


11. Weststar Aviation


Weststar Aviation merupakan sebuah syarikat penerbangan tidak berjadual yang ditubuhkan pada tahun 2003. Ia diuruskan oleh Weststar Group dan berpangkalan di Lapangan Terbang Abdul Aziz Shah, Subang.

Kod ICAO : -
Kod IATA : -
Jumlah Pesawat : 9


Syarikat Penerbangan (Kargo)

1. Gading Sari
2. MASkargo
3. Transmile Air Service
4. Neptune Air

Akan dikemaskini lagi di masa akan datang.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails