Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat Menyambut Merdeka - Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Hari ini adalah hari ke-26 berpuasa, dan hanya ada baki lagi 4 hari sahaja lagi. Keadaan rumah masih lagi aman tenteram, walaupun memang tidak boleh dinafikan perasaan mahu menyambut raya semakin tidak dapat dikawal. Keterujaan itu menyebabkan perasaan malas hendak bekerja begitu menebal sekali. Tapi, memandangkan hari ini hari terakhir, teruskan sahajalah sebelum bercuti selama seminggu. Yeay, mimpi indah yang menjadi kenyataan.

Photobucket

Photobucket

Dan bermula esok, saya akan pulang bercuti ke kampung. Jadi selama seminggu akan meninggalkan dunia pekerjaan dan dunia blogging. Jadi di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Merdeka - Raya kepada semua rakyat Malaysia.

Dan, di bawah ini adalah antara segmen iklan Merdeka-Raya yang paling saya minat.



Sekian sahaja buat masa ini
Salam

Khamis, 25 Ogos 2011

Perasaan jangan dipaksa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Pernah jatuh cinta? Pernah merasai bagaimana perasaan mencintai dan dicintai? Mungkin ada yang akan menyatakan 'Ya' dan mungkin ada juga yang 'Tidak'. Tapi bagi mereka yang pernah merasai pengalaman bercinta, pasti anda akan bersetuju bahawa perasaan cinta akan datang dengan sendirinya, tanpa dipaksa, tanpa kita sedari dan pada masa yang sama.. tidak boleh dipaksa.

Kenapa saya tiba-tiba membangkitkan soal ini di bulan Ramadhan? Kerana saya sudah muak untuk berhadapan dengan jenis manusia yang tidak faham bahasa dan masih lagi mahu mendesak untuk saya menerima cintanya. Bukan masalah saya yang si dia amat menyayangi saya, tapi adalah masalah yang saya tidak ada perasaan sayang padanya dan tidak boleh menerima dia dalam hidup saya. Sudah beberapa kali saya katakan dengan jelas kepadanya, tapi dia masih tidak faham-faham.

Photobucket

Apa yang membuatkan saya bertambah marah adalah, dia menyalahkan saya apabila sakit lamanya datang semula sehingga dia dimasukkan ke hospital, gara-gara tertekan kerana saya menolak cintanya. Kenapa dia tidak faham yang cinta tidak boleh dipaksa? Adakah dengan saya menerimanya atas dasar kasihan dan tidak mahu dia jatuh sakit akibat tertekan boleh membuatkan dia dan saya bahagia? Tolonglah.. ini bukan kisah "Ayat-ayat Cinta". Saya tidak boleh terima cinta sebegitu. Tolonglah jangan bermain cinta dengan ugutan belas kasihan. Saya tidak akan boleh terima cinta yang sebegitu.

Photobucket

Mungkin benar apa yang dikatakan, cinta kepada Allah akan membuatkan kita bahagia selamanya kerana Allah itu kekal. Cinta makhluk hanya sementara dan tidak sesuci cinta Allah yang Maha Kuasa.

Sekian luahan perasaan buat masa ini,
Salam


Selasa, 23 Ogos 2011

10 hari terakhir Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Sungguh pantas sekali masa berlalu. Ibaratnya baru semalam kita memasuki Bulan Ramadhan. Hari ini sudah pun melangkah ke hari yang ke-23 berpuasa. Sekarang ini adalah fasa terakhir bulan Ramadhan, di mana hari yang dinanti-nanti dan digalakkan mencari oleh Nabi Muhammad saw iaitu Malam Lailatul Qadar. Malam yang ganjaran ibadat yang dilakukan adalah lebih baik daripada 1000 bulan. Perbanyakkan ibadat di 10 hari terakhir ini. Tapi yang penting, tidak tahu kenapa, rasa tidak bersemangat untuk menyambut raya pada tahun ini.

Mungkin berpunca sebab peribadi, atau pun hanya perasaan semata-mata. Saya pun tidak pasti. Tapi apa yang pasti, dua tiga hari ini memang menyeronokkan sebab hari hujan. Dan tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat air hujan turun membasahi bumi dengan tiupan angin pagi yang sejuk dan mengamankan suasana.

Sekian sahaja untuk kali ini
Salam

Rabu, 17 Ogos 2011

Hari Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua.

Photobucket

Selamat menyambut Hari Nuzul Al-Quran kepada semua. Ini adalah hari di mana Al-Quran diwahyukan kepada Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran adalah cahaya petunjuk kepada kita yang menyinari kehidupan kita kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Sebagai seorang Islam, kita mempunyai tanggungjawab kepada Al-Quran. Membacanya sekurang-kurangnya satu hari satu Juzuk, dan memahami apa yang tertulis di dalamnya.

Sekian,
Salam

Isnin, 15 Ogos 2011

Perihal Mercun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Sejahtera semua

Gembira dapat berblogging sekali lagi dengan meluahkan segala yang terbuku di hati. Diam tidak diam, kita sudah pun berada di pertengahan bulan Ramadhan. Tidak sangka begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita. Adalah baik jika di waktu-waktu ini, kita memikirkan semula akan amalan-amalan kita di bulan yang mulia ini. Adakah ia lebih baik, atau pun lebih buruk, sama-samalah kita muhasabah diri.

Photobucket

Di masa ini jugalah, suasana malam menjadi semakin meriah. Masakan tidak, walaupun ianya diharamkan, bunyi-bunyi mercun kedengaran semakin lama semakin kerap di dua tiga malam kebelakangan ini. Memang tidak dinafikan ianya memeriahkan suasana, tetapi, sudah pastilah ia tidak manis untuk didengar apabila kita sedang solat.

Dan, ini juga suatu fakta yang amat menganehkan, kerana mercun dimainkan di setiap perayaan besar seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina mahupun Deepavali. Tetapi, mengapakah hanya ketika Hari Raya kita mendengar berita yang pemain mercun ini mengalami kecederaan seperti putus tangan dan jari akibat bermain mercun? Sama-sama kita fikirkan. Apa-apa pun, ia bermula dengan satu perkara iaitu sikap.

Photobucket

Sekian buat masa ini,
Salam.

P.S :: Kalau tak pandai main mercun, jangan main.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails