Ahad, 25 Disember 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Selepas sebulan ditayangkan, saya ingatkan sudah tiada lagi peluang untuk menonton filem yang mencatatkan kutipan berjuta-juta ringgit ini. Tetapi, peluang itu tiba-tiba datang semalam apabila seorang rakan mengajak menonton filem ini. Jadi, untuk tidak melepaskan peluang, kami pun pergi menonton dan untuk melihat sendiri apakah keistimewaan cerita ini sehingga mendapat tarikan daripada penonton.

Photobucket

Secara peribadi, saya agak tersentuh dengan perkembangan plot cerita dan watak. (Tapi, tak dapat enjoy sangat sebab ada makhluk Allah kat belakang aku buat bising kat dalam panggung.. >.<). Ceritanya berkisarkan tentang Izzah (Maya Karin), seorang wanita kampung yang dipaksa bekerja di bandar dan kemudian bertemu jodoh dengan tidak disangka-sangka dengan seorang jejaka kaya, Aris (Aaron Aziz). Perkahwinan itu walaupun tidak dibina atas dasar kasih-sayang, cinta mula berputik di antara mereka berdua. Dan halangan demi halangan terpaksa ditempuh oleh mereka demi membina sebuah keluarga yang bahagia.

Photobucket

Apa yang saya suka akan cerita ini :-
  1. Latar tempat yang menarik. Sawah padi, pantai, perkampungan luar bandar dan Cameron Highland. Dan yang paling penting, rumah Aris. (Best giler bila tengok kemewahan keluarga Aris.)
  2. Perkembangan jalan cerita dan plot. (Selalunya kalau tengok cerita perlahan camni aku dah tertidur dalam panggung dah, tapi tengok Ombak Rindu tak. 2 jam setengah rasa macam 1 jam.)
  3. Konflik antara watak. Setiap watak di dalam cerita mempunyai peranan dalam menyerikan cerita. Tiada yang sekadar jadi tunggul di layar perak. (Memang tak dinafikan Izzah memang banyak dugaan. Macam mana agaknya perasaan seorang wanita bila suami sendiri cakap 'Perempuan murahan' pada isteri sendiri. T_T).
Itu antara apa yang saya boleh kongsikan di sini. Bila dah lihat depan mata sendiri, adegan yang heboh di media massa dan seperti mencetuskan kontroversi tiadalah sebenarnya kontroversi pun. (Biasa-lah bila dah masuk media kan..). Apa-apa pun, saya kena juga cari novel Ombak Rindu lepas ini. Lima bintang untuk Ombak Rindu daripada RBE.

Photobucket

Sekian sahaja untuk kali ini,
Salam.

1 ulasan:

Animexited berkata...

FREE ANIME DOWNLOAD VISIT ME

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails