Ahad, 30 Mac 2014

Identiti Orang Sarawak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Kita semua sudah mengetahui yang Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Jika anda merupakan anak jati Negeri-Negeri Tanah Melayu, atau dengan lain perkataan, Orang Semenanjung, dan tak pernah keluar dari Semenanjung, pasti anda akan berhadapan dengan situasi seperti di bawah.

"Eh, dia ni orang Melayu ke? Cina ke? Sarawak ke? Sabah ke?"

Kalau di Semenanjung, anda secara umumnya mengenali seseorang itu melalui warna kulit dan rupa. Namun jika anda mahu mengenali orang Sarawak melalui rupa, adalah hampir mustahil sebab rupa orang Sarawak secara penampilan adalah hampir sama dengan orang Melayu di Semenanjung. Jadi, antara cara paling mudah untuk anda mengenali orang Sarawak adalah pertama melalui 'Nama'. 

PS, Penggunaan nama di bawah hanya contoh semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati. Jika ada, ia hanya kebetulan sahaja.

Secara umum, orang Sarawak boleh dikategorikan kepada 3 bahagian utama iaitu :-


1. Melayu & Melanau

Cuba teka, mana Melayu, mana Melanau?
Di Sarawak, orang Melayu rata-rata terbahagi kepada Melayu Sarawak (Kuching) dan Melayu Brunei. Sementara Melanau pula terbahagi kepada beberapa kawasan utama seperti Melanau Rajang (Sibu), Melanau Mukah (Mukah) dan Melanau Vaei (Bintulu). Anda boleh kenal melalui perbezaan bahasa, tapi kalau first time datang Sarawak memang takdela korang nak faham. Huhu.

Melayu kebanyakannya menggunakan nama hampir serupa dengan di semenanjung. 

Contoh : Muhammad bin Hanafi

Namun, bagi Melanau pula, mereka terbahagi kepada Melanau Islam dan Melanau Kristian. Jadi penggunaan nama mereka berbeza mengikut agama. Nama mereka menggunakan 'Bin' 

Contoh : Jonathan bin Petrus , Khairul Arifin bin Jali


2. Dayak (Iban dan Bidayuh)


Orang Dayak terbahagi kepada dua iaitu Dayak Darat ataupun Bidayuh dan Dayak Laut ataupun Iban. Mereka membentuk 40% daripada populasi Negeri Sarawak. Iban terutamanya berada di kawasan seperti Sri Aman, Sibu dan Kapit. Pada nama mereka menggunakan 'Anak'.

Contoh : Siba Anak Rimau , Albert Anak Thomas

Nama Bidayuh tidak banyak beza dengan Iban, namun selalunya lebih panjang daripada Iban.

Contoh : Pandelela Rinong Anak Pamg (Atlet terkenal Sarawak)


3. Orang Ulu 

Orang Ulu seperti nama mereka adalah populasi yang tinggal di bahagian pedalaman Sarawak dan berada di kawasan ulu Sungai seperti Baram dan Belaga. Mereka ini terbahagi kepada banyak suku kaum namun yang terbesar adalah Kenyah dan Kayan. Pada nama mereka tiada bin dan anak, sebaliknya terus disambungkan dengan nama ayah masing-masing.

Contoh : Emilia Ajang , Abit Lusang


Jadi sekiranya anda datang ke Sarawak, memang anda akan terkesima dengan perbezaan demografi di Bumi Kenyalang ini.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

err ada pembetulan. dayak laut- iban
dayak darat bidayuh. dan dayak bukan tbahagi kpd ibn dan bdayuh saja.org ulu juga termasuk dayak. salam:)

Radin87 berkata...

Owh... betul2. Saya tersalah taip yang bahagian darat dengan laut tu. huhu. thanks. Wsalam

katz berkata...

Nak tanya..kalau dari Puneng Trusan, Long Semadoh, Lawas pulak orang apa ye?

Unknown berkata...

Pembetulan...sbenanya..mmg snang nak mgenalpasti wajah org semenanjung..sbh dan srwk...sjak sy hidup d smenanjung..sy dh ble mgenalpasti raut wajah org..org smenanjung cenderung bwajah pjg..kulit hitam manis..bdagu runcing trutamanya prmpn..hidung mcung..pipi kecil..mata bulat...org srwk cenderung bkulit kuning atau cerah..ada jga putih2..wajah agak bulat comel..trutama bhagian pipi..bulu kening kurang tebal..mata agak kecil tp bukan sepet...sbh plak..bulu kening tebal2..dn hitam..kulit kuning dn putih mcm srwk..tulang pipi agak tinggi..mata tajam...ada yg sepet mcm cina..tp dr sgi pnampilan.kte automatik tahu dia bukan cina..

Tanpa Nama berkata...

Orang sarawak, sabah dan semenanjung. Bersaudara!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails