Jumaat, 24 Februari 2012

Yusry KRU dan Lisa Surihani

Mari kita sama-sama ucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru ini, iaitu Yusry KRU dan Lisa Surihani yang selamat diijapkabulkan di dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriot. Yusry KRU, atau nama penuhnya Yusry bin Abdul Halim menjadi suami kepada Lisa Surihani binti Mohamed dengan sekali lafaz. Lisa Surihani dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, Mohamed Azan Mohamed.


Perkahwinan ini adalah yang kedua kepada Yusry selepas menduda selama 5 tahun, dan ini adalah yang pertama bagi Lisa Surihani. Mas kahwinnya pula adalah seutas rantai leher platinum. Sementara jumlah wang hantaran pula dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lisa Surihani yang anggun mengenakan baju kurung moden putih rekaan Cosry kelihatan cukup tenang sepanjang majlis berlangsung yang bertemakan Winter Garden. Majlis yang dihadiri 250 tetamu terdiri daripada kaum keluarga kedua belah pengantin juga menyaksikan Lisa Surihani menerima tujuh dulang hantaran termasuk tepak sirih, cincin, kelengkapan solat, manisan dan kek. Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang antaranya cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, keyboard, koleksi lagu-lagu lama The Beatles dan kek berbentuk gramofon.

Selepas majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya selesai, kedua-dua mereka akan berbulan madu ke Eropah.

p.s :: Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat, dan dikurniakan zuriat. Jangan kahwin jer mahal.. lepas tu hancur di tengah jalan..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails