Isnin, 4 Februari 2013

Antara TBS dan LCCT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua.

Akhirnya aku sudah selamat sampai ke Bintulu, bandar di mana aku merantau mencari rezeki. Diam tak diam, dah hampir 8 bulan aku berada di sini. Pernah juga terfikir berapa lama lagi kerja aku di sini dan bila ia nak selesai. Tapi, layankan jer la. Satu cabaran kerja di syarikat swasta adalah bebanan kerja yang amat banyak. Apatah lagi kalau ada keperluan untuk bekerja di hari ahad.

Tepat pukul 12 tengah hari semalam, aku bertolak dari Larkin Sentral menuju ke arah Kuala Lumpur. Dalam 11 jam kemudian, aku tiba di Terminal LCCT iaitu pusat penerbangan bagi Air Asia. Syarikat penerbangan tambang murah terbaik selama 5 tahun berturut-turut. (sampai pukul 11 padahal flight pukul 7.25, tak ke kerja gila namanya tu?). Tapi kira berbaloi juga datang awal sebab dapat menguruskan kargo untuk kembali ke Bintulu. (pergi 15kg jer, balik cecah 50kg beb! Memang berlatih angkat berat aku. Heh.). Memang tak ikut perancangan asal sebab aku nak bermalam ni TBS sebelum pergi ke terminal dengan tren ERL pertama pukul 4.55 am. Aku tinggalkan barang-barang di TBS sementara pergi semula ke KL untuk last minute shopping.


Sempat memang sempat, habis jer satu round kitorang pusing di Times Square dan Sungei Wang, masa untuk bertolak balik. Sesampai jer di LCCT, malam tu aku tambah lagi kargo untuk aku sehingga 30kg. (sebab dah terlebih had). Dan kami pun tidur sehingga pukul 4 pagi apabila masa check in untuk flight Bintulu bermula.

Dalam hati kecilku berbisik, ramai juga orang nak ke Bintulu. Sekian saja untuk kali ini. Salam.

2 ulasan:

eka berkata...

salam, nk tnya .klo dari tbs nk ke LCCT cmne ek? then Lcct to tbs .boleh tolong terangkn tak ?

Radin87 berkata...

Yup, boleh. Kalo dari LCCT nak ke TBS boleh naik train ERL kemudian naik bas shuttle ke LCCT. Tak silap saya stesen Salak Selatan.

Dari LCCT ke TBS juga guna bas shuttle ke ERL kemudian terus ke stesen TBS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails