Ahad, 13 Oktober 2013

Mari belajar Bahasa Kayan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua

Kita semua tahu yang negara kita ini adalah negara yang berbilang kaum dan bangsa. Dengan setiap kaum mempunyai identiti masing-masing, tidak terkecuali juga dengan bahasa. Aku sekarang sudah cuba untuk mempelajari bahasa-bahasa yang ada di Sarawak ini semampu aku. Apatah lagi ini pengalaman berharga yang datang sekali dalam hidup. Aku sekarang mempelajari Bahasa melayu sarawak, bahasa melanau vaie, bahasa iban, bahasa kayan dan juga bahasa kenyah. (Banyak jugak aku belajar... huhu.. ).

 Aku ingin kongsikan sikit akan bahasa kayan. Perlu diingat bahawa bahasa kayan ini tersangat banyak variasi. Yang aku kongsikan di sini adalah bahasa kayan balui.

Kata ganti diri pertama :

Saya - Akui
Awak - Ikak
Kami - Itam
Mereka - Dahak
Dia - Hiyak

Contoh :-

I) Ke mana kamu pergi
    Hinok ikak tey?

II) Saya hendak balik rumah.
     Akui ikem uli huma

III) Hari hujan, sejuk sangat
       Usan do, hengem meran

Insya Allah dikesempatan akan datang kita akan mempelajari lagi akan bahasa kayan ini.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam. saya nak mintak tolong translate kan ada beberapa patah perkataan ni boleh tak? saya tak faham kawan saya ni cakap

Radin87 berkata...

Yup, In Shaa Allah boleh. Tapi pastikan Kayan Balui. Kalau Kayan Baram saya xfaham. Huhu..

Tanpa Nama berkata...

Hye..saya teringin sangat nak belajar bahasa kayan belaga..boleh tak awak bantu saya???saya harap awak dpt bantu dan ajar saya dengan betul...tq

Mohd Shazman Mohamad Shafiee berkata...

Long bedian tue pkai bhasa kayan mna..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails