Selasa, 22 November 2011

Malaysia vs Indonesia ; Seri 1 - 1 (Penalti 4 - 3)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Pasukan Bola Sepak Malaysia bawah-23 meneruskan kemaraan mereka di pentas Sukan SEA 2011 apabila layak ke peringkat akhir. Malaysia sekali lagi akan bertemu dengan Indonesia yang telah menewaskan Vietnam di perlawanan separuh akhir. Pertarungan hangat di antara Garuda dan Harimau kembali semula di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Photobucket

Pasukan negara menggalas harapan rakyat Malaysia yang menggunung tinggi untuk mengekalkan emas Sukan SEA bola sepak yang terkenal sebagai "Ibu segala pingat emas", di samping mengekalkan rekod cemerlang tanpa kalah di sukan SEA tanpa kalah.


Keputusan :

Photobucket

Indonesia (1) - Malaysia (1)
Penalti :
3-4


Sepintas lalu :

Perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia berlangsung di hadapan lebih 80,000 penyokong tuan rumah, Indonesia. Kedua-dua negara mempunyai harapan menggunung untuk memenangi pingat emas Sukan SEA ini di mana, Malaysia mahu mengekalkan emas Bola Sepak yang dimenangi pada Sukan SEA 2009 dan kejuaraan AFF Suzuki. Di mana Indonesia pula mahu mengakhiri kemarau pingat emas Bola Sepak, di mana kali terakhir dimenangi mereka adalah pada Sukan SEA 1997.

Malaysia yang terpaksa berhadapan dengan Indonesia buat kali yang kedua di samping menahan serangan psikologi daripada penyokong fanatik tuan rumah tertinggal satu gol di belakang Indonesia apabila Gunawan berjaya membolosi gawang negara seawal minit ke-5 perlawanan. Namun, pasukan Malaysia berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Mohd Asraruddin Omar pada minit ke-36. Kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan dan 30 minit masa tambahan, mengheret kedua-dua pasukan ke penentuan sepakan penalti.

Photobucket

Di akhir sepakan penalti, kejayaan Khairul Fahmi menyelamatkan gawang negara di sepakan penalti kelima dan sepakan Baddrol Bakhtiar yang berjaya membolosi gawang Indonesia menyumbangkan pingat emas ke-59 negara melalui acara Bola Sepak.

Semoga kejayaan kali ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan di masa akan datang. Majulah sukan untuk negara.
Salam.

1 ulasan:

Unknown berkata...

yayay malaysia mng!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails