Isnin, 28 November 2011

Malaysia vs Bahrain ; Tewas 2 - 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Malam semalam berlangsungnya perlawanan penuh debaran Kelayakan Olimpik London 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil di antara pasukan Bola Sepak Malaysia bawah-23 tahun, Harimau Muda dan Bahrain. Perlawanan ini menjadi titik pertemuan di antara pasukan Malaysia dan Bahrain untuk meneruskan kemaraan ke Sukan Olimpik.

Photobucket

Malaysia perlu menang, atau melupakan sahaja hasrat untuk ke Olimpik London 2012.


Keputusan :-

Photobucket

Malaysia (2) - Bahrain (3)


Sepintas Lalu :-

Pada awal permainan, Malaysia bermula dengan penuh bergaya apabila mendahului Bahrain dengan jaringan gol oleh Mohd Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-30. Kemudian pada minit ke-67 perlawanan, Mahalli Jasuli memastikan Malaysia mendapat jaringan kedua. Dan apabila bayangan kemenangan sudah berada di hadapan mata dengan masa perlawanan hanya berbaki 10 minit perlawanan. Pasukan Bahrain bangkit semula dan berjaya membolosi gawang negara sebanyak 3 kali.

Photobucket

Dengan kekalahan itu, skuad negara kini mungkin boleh melupakan aksi di Sukan Olimpik 2012 London selepas tewas buat kali ketiga berturut-turut dan menduduki tangga tercorot Kumpulan C tanpa sebarang mata manakala Bahrain memastikan peluang mereka masih terbuka dengan memperoleh tiga mata berharga di sini.

Perlawanan seterusnya di pusingan Kelayakan Olimpik London 2012, Malaysia sekali lagi akan bertemu dengan Bahrain di tempat lawan pada 5 Februari 2012.

*****
Coretan Radin : Masih ada lagikah peluang untuk skuad Harimau Muda. Jawapannya ada, tapi amat sukar, walaupun tidak mustahil (terlalu optimistik ke?).
Malaysia akan disingkirkan dari pusingan ini jika..
  • Malaysia tewas kepada Bahrain DAN Syria tidak tewas kepada Jepun. ATAU..
  • Malaysia seri kepada Bahrain DAN Syria tewaskan Jepun
Dengan kata lain, Malaysia perlu menang dengan Bahrain dalam perjumpaan selepas ini atau disingkirkan.
*****

Akhir kata, majulah sukan untuk negara.
Salam


1 ulasan:

hyz berkata...

malas nak tgk malaysia main la.. menyakitkan hati je... lagi2 pasal lawan bahrin tu.. alahai...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails