Isnin, 7 November 2011

Aidil-Adha 1432H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Photobucket

Bagaimana dengan sambutan Hari Raya Aidil-Adha anda pada tahun ini? Saya baru sahaja pulang ke Kuala Lumpur selepas menyambut Aidil-Adha bersama dengan keluarga dari 5 sehingga 7 November 2011. Secara umumnya, saya gembira berada di samping keluarga cuma... saya rasa amat tidak puas hati dengan cuti yang amat pendek. (Hari Raya Haji sepatutnya diberikan 4 hari cuti umum).

Baiklah, inilah sedikit perkongsian saya akan raya haji pada tahun ini :-
  • Di Johor Bahru - sehari sebelum raya haji, saya pulang ke Johor Bahru untuk melepaskan rindu dengan kota kelahiran saya. Seperti yang saya katakan di isu sebelum ini, sehari di rumah sendiri tidak sama dengan 100 hari di tempat lain. Dan, ia amat bermakna apabila saya dapat menghabiskan masa dengan kucing-kucing di belakang rumah. Terutamanya dengan si kucing comel dan kacak ini. (tidak lupa juga berlagak..). Dan apa yang saya terkilankan, 3 ekor anak Siam iaitu Susu, Milo dan Topi mati sebelum sempat membesar..

    Photobucket
    Si Debab

  • Di Batu Pahat - Pagi raya disambut di kampung tempat saya dibesarkan iaitu di Batu Pahat. Raya kali ini lebih bermakna kerana salah seorang saudara datuk saya melakukan ibadah qurban. Seekor lembu jantan berumur tiga tahun selamat diqurbankan. Dan hasilnya? 100 kilogram daging lembu diagih-agihkan kepada mereka yang layak menerimanya. Pada petangnya, kami melawat seorang lagi saudara kami yang baru sahaja selamat melahirkan anak perempuan yang comel 2 hari sebelum ketibaan Aidil-Adha.

    Photobucket

    Photobucket
    Si Neng yang akan dikorbankan

  • Di Kuala Lumpur - Ya, memang terlalu sekejap saya berada di kampung. Tapi apa yang boleh dibuat? Inilah kenyataan yang perlu saya hadapi setelah berada di alam pekerjaan.
Seperti mana-mana perayaan, memang tidak boleh dipisahkan dengan makanan. Tiada gambar untuk makanan-makanan yang dimasak ketika raya, tapi di kedai adalah.. hehe.. ^^

Photobucket
Mee Bandung Batu Pahat

Photobucket
ABC Special

Apa-apa pun, raya kali ini walaupun singkat, ia penuh dengan kenangan. Walaupun baru sahaja lepas cuti, di dalam kepala sudah pun terbayang-bayang akan soalan cepu emas.. "Cuti seterusnya bila??"

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Salam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails