Rabu, 11 Januari 2012

KJ di Maskulin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Setiap bulan saya tidak akan melepaskan peluang untuk membeli majalah Maskulin. Banyak tips-tips berpakaian, keyakinan diri dan lain-lain lagi untuk jejaka-jejaka muda. Tapi, antara sebab awal saya beli buku Maskulin ini dahulu adalah untuk mendapatkan tips menaikkan berat badan. Dan berjaya! Kemudian bila berat dah terlebih, cari tips menurunkan berat badan. Dan berjaya jugak! Jadi, sejak itu saya terus membeli setiap bulan.

Dan untuk edisi Januari 2012 ini, nampaknya ada cover baru yang menghiasi kulit hadapan majalah ini.

Photobucket

Ya, tak lain dan tak bukan, YB Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga adalah menantu kepada YB Parlimen Kepala Batas, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Salah seorang yang genius juga, sebab berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford (Amalina pun tak dapat masuk Oxford). Dan rasanya ini bukan kali pertama ahli politik menjadi cover majalah Maskulin. Sebab sebelum ni rasanya Ahli Parlimen termuda dalam sejarah Malaysia pun pernah jadi cover Maskulin. (tak ingat nama. huhu..).

Dan rasanya ramai antara kita ingat lagi yang sebelum ini, KJ ini pun antara 'kambing hitam' untuk menjatuhkan Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri. Sekarang dah senyap kan? ^^ Biasalah, tendang terajang dalam dunia politik. Sampai di sini sahaja untuk ruangan kali ini

Salam

Isnin, 9 Januari 2012

Sesudah minggu pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Bagaimana kehidupan anda semua di minggu pertama 2012 ini? Bagi saya, segalanya berjalan lancar tanpa ada banyak masalah. Kehidupan tenang seperti biasa, cuma adalah beberapa berita yang meng'hangat'kan lagi suasana. Tambah lagi di beberapa hari kebelakangan ini cuaca memang sangat panas. (Sepatutnya sekarang ni kan musim hujan?).. Tapi memang kebiasaan di waktu-waktu begini akan berlakunya pembentukan titik-titik panas di mana suhu boleh mencecah hingga 40 darjah celcius.

Photobucket

Dan di ruangan ini juga diucapkan tahniah kepada pemain badminton nombor satu negara apabila berjaya menewaskan seterunya di dalam Terbuka Korea baru-baru ini. (excellent performance..).

Photobucket

Apa-apa pun, kehidupan awal tahun ini memang cukup menenangkan hati saya ini. Segala aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Cuma, baru sahaja minggu pertama bulan Januari, duit dah mengalir laju bagaikan air.. (Bahaya nih.. kalau tak hati-hati.. kekeringan aku tengah bulan ni.. huu.. T_T).

Photobucket

Sekian sahaja coretan hati buat masa ini.
Salam

Ahad, 8 Januari 2012

Nikmat Kemakmuran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Maaf semua sebab terlambat ber-beloging hari ini. Bercakap tentang nikmat 'kemakmuran', ianya datang lagi. Pengalaman yang saya nak tulis ini amat sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Dan, ianya hanya datang untuk tempoh masa yang terhad. Jadi dapatkan ianya dengan segera. Harumannya yang memikat, bentuk badannya yang mengiurkan dan dagingnya yang empuk..puk..puk..

Jangan fikir lain pula yer.. hehe..

Photobucket

Yaa.. burger Prosperity telah kembali semula ke McDonald. Punyalah asyik nak makan sampai dah nak habis twister tu baru teringat nak ambil gambar. Burger yang paling saya sukai selepas McChicken dan BigMac. Dapatkan ia secepat yang mungkin. Kalau tak, kempunan nanti.

Sekian buat masa ini.
Salam

Jumaat, 6 Januari 2012

Pagi Jumaat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Photobucket

Selepas beberapa hari memikirkan perkara ini, saya memutuskan satu perkara iaitu untuk menjadi waktu pagi sebagai waktu untuk mengemaskini blog. Bukan apa, untuk mengelakkan dari tertidur selepas waktu subuh dan terlepas waktu kerja. (takkan nak update masa kerja.. ye tak?? Huhu..). Satu benda yang kita jangan buat selepas waktu subuh adalah tidur. Tapi, kalau dah ngantuk sangat, tidurlah selepas waktu matahari terbit. (sebelum matahari terbit, tahanlah mata tu..).

Tapi satu benda yang membencikan bila mengemaskini blog ini adalah, perisian laman sesawang mana yang hendak digunakan? Penjelajah (Explorer)? RubahApi (Firefox)? Krom (Chrome)? Secara peribadi, saya sukakan Rubah Api. Sebab dia cepat, flexible, boleh diharap dan memuaskan.. betul tak tipu. Lepas tu dia comel. (hehe..)

Photobucket
hehe.. kan? comel kan?

Tapi.. di lappy saya ni ada satu spyware yang cemburu dengan keintiman saya dengan rubah api ni. Terus kena block bila nak guna. Nak download balik pun tak boleh. Jadi, terpaksalah guna Chrome.. tapi bila dengan Chrome pula.. (laju tu memang la laju.. tapi..)

Photobucket

radin87
: Ok, begitu.. begitu.. begini.. begini..
Chrome :
Ok, begitu.. begitu.. begini.. begini..
radin87 : merah, kuning, putih, biru..
Chrome : hitam.. putih.. sahaja boleh
radin87 : tulisan itu dan ini
Chrome : ini sahaja boleh
radin87 :
jahanam
Chrome : .......ada aku kisah...?

Jadi, itu lah dia pergaduhan dengan Chrome. (benda basic jer boleh.. ) Jadi terpaksalah tukar dengan si penjelajah (Explorer). Boleh la tahan bila dengan Explorer. Tapi bila dengan Explorer ni...

Photobucket

radin87 : Ok, begitu.. begitu.. begini.. begini..
Explorer :
Ok, begitu.. begitu.. begini.. begini..
radin87 : merah, kuning, putih, biru..
Explorer : merah, kuning, putih, biru..
radin87 : tulisan itu dan ini
Explorer : tulisan itu dan ini
radin87 : ok, publish.
Explorer : .............................rolling..rolling..rolling....
radin87 : *&$%&^&$

Haih.. lambat pula bila guna explorer..(tak tau la korang kan.. mungkin korang takder masalah ni..). Nampaknya lepas ini kena beli laptop baru la jawapnya. Mesti.. mesti.. >.<

Sekian luahan hatiku di hari Jumaat ini,
Salam

Khamis, 5 Januari 2012

KDD (Episod 1)

Perkahwinan Putera Mahkota dengan gadis pilihan hatinya menjadi topik hangat buat beberapa ketika. Seluruh negeri gamat dengan gossip-gosip daripada istana, dan media massa dan elektronik pula memaparkan segalanya akan perkahwinan tersebut daripada saat perkenalan mereka sehinggalah ke perkahwinan mereka yang dianggap sebagai Perkahwinan Abad Ini. Ramai keluarga bangsawan negeri dijemput ke perkahwinan tersebut. Di saat itu, kedua-dua mempelai, Putera Mahkota dan pasangannya, bakal Puteri Mahkota amat secocok dan sepadan di antara satu sama lain. Di dalam majlis itu, pihak istana mengumumkan bahawa isteri kepada Putera Mahkota akan dimasyhurkan sebagai Puteri Mahkota dalam majlis berasingan di hari ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Ia merupakan hari paling bahagia bagi Sultan dan Sultanah bersama-sama dengan kerabat diraja yang lain.

Di samping itu juga, ini juga lah masa bagi keluarga-keluarga bangsawan berjumpa di antara satu sama lain. Di antara kenamaan di situ adalah sahabat karib semenjak kecil, Datuk Zakaria bin Tun Mohd Ilyas dan Datuk Suhaimi bin Abd Rahman. Kerana kesibukan kerja, mereka semakin lama semakin kurang meluangkan masa bersama. Maka, peluang seperti ini sangat bermakna buat mereka.

“Tak sangka kamu juga dijemput ke majlis ini Suhaimi.” Kata Datuk Zakaria kepada Datuk Suhaimi.

“Itulah, dunia ini kecil sahaja. Isteri Putera Mahkota tu rupanya rakan pada anak aku.” Kata Datuk Suhaimi pula, sambil diiringi ketawa kecil oleh mereka berdua.

“Cakap pasal kahwin, bila pula kau nak kahwinkan Shiela tu, dah besar panjang dah.” Datuk Zakaria bertanya kepada Datuk Suhaimi apabila teringatkan Shiela yang dia sudah lama tidak jumpa.

“Nantilah dulu. Budak-budak zaman sekarang mana boleh paksa kahwin.” Tambah Datuk Suhaimi apabila ditanya mengenai jodoh anaknya.

“Alah, zaman kita dulu ok jer. Mak Bapak carikan. Kekal pun sampai sekarang.” Jawab Datuk Zakaria berseloroh sambil diikuti dengan gelak ketawa mereka berdua.

“Ari, aku rasa sekarang bukan anak-anak yang kita patut fikir.” Kata Suhaimi sambil melihat ke kirinya.

Melihat tindakan rakannya itu, Datuk Zakaria pun melihat ke kanannya. Dan, daripada pandangannya itu dia terus boleh menangkap apa yang cuba disampaikan oleh rakannya itu.

“Alah, Datin.. setakat jam tangan macam itu, I pun boleh beli lah. Apa U ingat I tak mampu ke? Jam tangan ada berlian tu I tak heranlah. I boleh pergi London cari 10 bawa balik Malaysia ini.” Suara Datin Rahimah yang sayup-sayup boleh didengari oleh suaminya tidak jauh dari situ. Sambil memeluk tubuh, dia membuat gaya untuk menyakiti hati Datin Zubaidah di sebelahnya.

“Alah.. U memang macam tu Datin Ima ooi. Nak cakap bawak balik 10 konon. Satu pun tak mampu nak beli. Tiap-tiap hari ghalit melayan kucing siam U yang tak berapa nak Siam tu.” Sindir Datin Zubaidah cuba membalas dendam terhadap sindiran Datin Rahimah.

“Amboi, mulut takder insuran ke? Kucing Siam I tu, I beli di Thailand okay?” kata Datin Rahimah lagi apabila kucing siam kesayangannya mula masuk dalam subjek pergaduhan.

“Eleh, U ingat I tak tau? Kucing tu lahir kat Malaysia, pastu dijual ke Thailand, pastu U pergi Phuket import balik kucing tu balik Malaysia. Thailand SANGAT~~”Datin Zubaidah yang memang mempunyai bakat bercakap lepas berjaya mendapat punch line-nya.

Sedang pergaduhan itu berterusan, kedua-dua orang gajian Datin-Datin itu cuba untuk melayan kerenah puan-puan mereka. Sementara itu dari jauh, Datuk Zakaria dan Datuk Suhaimi hanya memerhatikan sahaja gelagat kedua-dua isteri mereka bergaduh. “Macam mana diorang boleh jadi macam ni?” Fikir mereka berdua di dalam hati. Kalau di Istana Besar mereka masih bergaduh begitu, bagaimana agaknya bila mereka di luar?


Bersambung..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails