Rabu, 30 November 2011

Candid Time Contest

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang semua.

Sedang saya berjalan-jalan dan mengendap-ngendap blog-blog rakan, dengan tiba-tiba berjumpalah akan saya dengan satu contest ini di blog Daniel Adie. Apa dia? Yaa.. Candid Time Contest.

Photobucket

Apakah gerangannya contest ini? Seperti namanya, ia adalah pertandingan gambar candid terbaik. Jika anda berminat boleh lah tekan banner di atas ataupun tekan link di sebelah ini. Muna Rahimah.


Syarat - syarat penyertaan :-
  1. Wajib menjadi follower blog Muna Rahimah
  2. Buat satu entry tentang contest ini bertajuk 'Candid Time Contest'.
  3. Sertakan dengan gambar 'candid', sama ada berseorangan atau berkumpulan.
  4. Tag pada 2 orang dan beritahu akan contest ini.

Candid RADIN

Ini lah dia gambar candid yang 'terbaik'.. Jeng.. jeng..

Photobucket

Gambar ini diambil oleh sepupu saya, Kak Aza ketika kami semua pulang ke Batu Pahat untuk majlis aqiqah anak sepupu. Dan seperti biasa, ketika sedang mendengar kata-kata nasihat daripada Pak Long saya, dengan tiba-tiba mengantuk menguasai diri saya dan tertidur di tempat kejadian. Dan akhirnya.. Kcak!! Gambar ditangkap seperti di atas.

Dan itu sahajalah kisah di balik gambar di atas. Dan di bawah ini adalah mereka yang bertuah untuk di-tag untuk contest ini.


Sekian,
Salam.

Isnin, 28 November 2011

Malaysia vs Bahrain ; Tewas 2 - 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Malam semalam berlangsungnya perlawanan penuh debaran Kelayakan Olimpik London 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil di antara pasukan Bola Sepak Malaysia bawah-23 tahun, Harimau Muda dan Bahrain. Perlawanan ini menjadi titik pertemuan di antara pasukan Malaysia dan Bahrain untuk meneruskan kemaraan ke Sukan Olimpik.

Photobucket

Malaysia perlu menang, atau melupakan sahaja hasrat untuk ke Olimpik London 2012.


Keputusan :-

Photobucket

Malaysia (2) - Bahrain (3)


Sepintas Lalu :-

Pada awal permainan, Malaysia bermula dengan penuh bergaya apabila mendahului Bahrain dengan jaringan gol oleh Mohd Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-30. Kemudian pada minit ke-67 perlawanan, Mahalli Jasuli memastikan Malaysia mendapat jaringan kedua. Dan apabila bayangan kemenangan sudah berada di hadapan mata dengan masa perlawanan hanya berbaki 10 minit perlawanan. Pasukan Bahrain bangkit semula dan berjaya membolosi gawang negara sebanyak 3 kali.

Photobucket

Dengan kekalahan itu, skuad negara kini mungkin boleh melupakan aksi di Sukan Olimpik 2012 London selepas tewas buat kali ketiga berturut-turut dan menduduki tangga tercorot Kumpulan C tanpa sebarang mata manakala Bahrain memastikan peluang mereka masih terbuka dengan memperoleh tiga mata berharga di sini.

Perlawanan seterusnya di pusingan Kelayakan Olimpik London 2012, Malaysia sekali lagi akan bertemu dengan Bahrain di tempat lawan pada 5 Februari 2012.

*****
Coretan Radin : Masih ada lagikah peluang untuk skuad Harimau Muda. Jawapannya ada, tapi amat sukar, walaupun tidak mustahil (terlalu optimistik ke?).
Malaysia akan disingkirkan dari pusingan ini jika..
  • Malaysia tewas kepada Bahrain DAN Syria tidak tewas kepada Jepun. ATAU..
  • Malaysia seri kepada Bahrain DAN Syria tewaskan Jepun
Dengan kata lain, Malaysia perlu menang dengan Bahrain dalam perjumpaan selepas ini atau disingkirkan.
*****

Akhir kata, majulah sukan untuk negara.
Salam


Ahad, 27 November 2011

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Apakah program anda semua di awal tahun 1433H ini? Apabila saya mula menulis artikel ini, saya terlupa yang sekarang ini kita sudah memasuki 2 Muharram. Ini kerana dalam tahun Hijrah, kalendar bermula dengan masuknya waktu Maghrib. Dan sekarang ini sudah lepasnya waktu Isya'. Cuti 3 hari ini amat ditunggu-tunggu untuk melepaskan kepenatan yang ada di dalam diri. Hanya di waktu inilah saya boleh bermalas-malasan di waktu siang. Sesuatu yang tidak boleh dibuat di hari biasa terutamanya kepada sesiapa yang sudah mempunyai kerjaya.

Adalah di dalam minat saya juga untuk membaca blog ini ketika lapang. 2,3 minggu ini nampaknya, blog saya umpama sudah bertukar menjadi blog sukan. Ada juga iras-iras dengan blog hiburan. Dengan liputan pasukan bola sepak negara, Harimau Muda di persada Sukan SEA 2011 dan Kelayakan Olimpik, dan tidak juga dilupakan dengan Pusingan Separuh Akhir Muzik-Muzik yang sudah memasuki minggu ke-2.

Photobucket

Apa-apa pun, tahun baru juga bermaksud kita mempunyai lembaran yang baru dalam kehidupan kita. Buku catatan amal kita juga diganti dengan baru. Di samping kita melayari kehidupan kita di dunia, marilah kita sama-sama memenuhkan buku amalan kita dengan amalan-amalan yang boleh menguatkan lagi iman kita kepada Allah S.W.T

Sekian buat masa ini,
Salam

Sabtu, 26 November 2011

Muzik - Muzik Separuh Akhir 2011 (Minggu ke-2)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Photobucket

Malam tadi berlangsungnya sudah pusingan Separuh Akhir Muzik-Muzik minggu ke-2. Pusingan Separuh Akhir akan diadakan selama 3 minggu. Lagu-lagu yang berjaya mendapat tempat teratas dalam 3 minggu ini akan menempah tiket ke Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah 11 lagu yang berentap untuk minggu ke-2.
  1. Kurnia
    Artis : Mizz Nina & Noh Hujan
    Komposer : Noh Hujan

    Lirik : Noh Hujan

  2. Kekanda Adinda
    Artis : Atilia & Monoloque
    Komposer : Monoloque

    Lirik : Monoloque

  3. Cinta Muka Buku
    Artis : Najwa Latif
    Komposer : Najwa Latif

    Lirik : Ika Latif

  4. Luar Biasa
    Artis : Shahir
    Komposer : Audi Mok

    Lirik : Zelfirdaus

  5. Perpisahan Ini
    Artis : 1st Edition ft. Aizat
    Komposer : Erol & Jijo 1st Edition

    Lirik : Erol & Jijo 1st Edition

  6. Cinta Teragung
    Artis : Hazama
    Komposer : Kuncidemak

    Lirik : Kuncidemak & Rafiq Bakar

  7. Pokok
    Artis : Meet Uncle Hussein ft. Nubhan
    Komposer : Taja

    Lirik : Tun Teja

  8. Sungai Lui
    Artis : Aizat
    Komposer : Aizat & Anas

    Lirik : Aizat & Anas

  9. Bagaikan Bidadari
    Artis : Tomok
    Komposer : Aubrey Suwito

    Lirik : Tomok

  10. Ilusi
    Artis : Adira
    Komposer : Audimok

    Lirik : Audimok

  11. Wanita Seluruh Dunia
    Artis : Projek Pistol
    Komposer : Boy Clifford

    Lirik : Boy Clifford

Dan ini adalah 5 buah lagu yang berjaya mendapat Top 5 untuk minggu ke-2. Lagu-lagu ini masih lagi belum dijamin untuk mara ke Anugerah Juara Lagu, hanya sekadar 5 buah lagu yang mendapat markah tertinggi untuk minggu ke-2. Senarai lagu yang akan ke Anugerah Juara Lagu akan diumumkan pada minggu ke-3.
  1. Hazama - Cinta Teragung
  2. Aizat - Sungai Lui
  3. Projek Pistol - Wanita Seluruh Dunia
  4. Najwa Latif - Cinta Muka Buku
  5. Atilia & Monologue - Kekanda Adinda

THE TOP FIVE

Photobucket
Hazama

aizat
Aizat

Photobucket
Projek Pistol

Photobucket
Najwa Latif

Photobucket
Monologue & Atilia

Khamis, 24 November 2011

Malaysia vs Syria ; Tewas 0 - 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Walaupun baru sahaja pulang daripada kempen Sukan SEA 2011 yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2009, pasukan Harimau Muda perlu berhadapan dengan Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil, untuk meneruskan misi kelayakan Sukan Olimpik London 2012.

Photobucket

Pasukan Harimau Muda diketuai oleh Penjaga Gol, Khairul Fahmi Che Mat.


Keputusan :-

Photobucket

Malaysia (0) - Syria (2)


Sepintas Lalu :-

Pasukan Harimau Muda memperlihatkan semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan gawang negara dalam separuh masa yang pertama. Kedudukan terikat 0-0 ketika berakhirnya separuh masa yang pertama. Namun, keletihan jelas terpamer dalam aksi Harimau Muda pada Separuh Masa yang kedua di mana Syria berjaya membolosi gawang negara. Dalam perlawanan kedua di dalam peringkat kumpulan C ini, Malaysia tewas kepada Syria.

Photobucket

Dengan kekalahan ini, harapan Malaysia untuk ke peringkat seterusnya dalam kelayakan Olimpik kian tipis, walaupun masih ada. Pasukan negara perlu menang ketika berhadapan dengan Bahrain pada 27 November ini.

Akhir kata, Majulah sukan untuk negara,
Salam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails