Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Pertama sekali, diucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua guru-guru dan tenaga pengajar di seluruh negara dan juga di dunia. Pekerjaan Guru sememangnya satu kerjaya yang mulia. Guru ibarat lilin yang membakar dirinya sendiri demi menerangi kegelapan malam. Maka begitulah juga seorang guru, menggunakan kehidupannya demi mengajar anak bangsa untuk masa depan mereka.

Kepada rakan-rakan sekalian, hormarilah guru dan janganlah kita lupakan jasa mereka. Kita tidak akan berada di mana kita sekarang tanpa kehadiran seorang guru. Dan kepada bakal guru, janganlah jadi seorang Guru hanya semata-mata kerana gaji atau ganjaran duniawi. Ikhlaslah dalam mengajar, kerana, ilmu yang bermanfaat yang diajar itu adalah bekalan kita di kemudian hari.

p.s : Pernah memohon untuk menjadi guru, tapi nampaknya bukan rezeki saya untuk menjadi seorang guru. =P

Sekian sahaja buat masa ini
Salam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails