Ahad, 15 Mei 2011

Hotel Kapal Terbang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Pernah menaiki kapal terbang? Mungkin kebanyakan dari kita pernah merasai pengalaman terbang di awan biru. Tapi, pernahkah kita menginap di dalam kapal terbang? Menariknya, beberapa kapal terbang di dunia ini telah ditukar menjadi hotel sebagai satu tarikan pelancong.

Di bawah ini adalah beberapa Pesawat yang telah diubahsuai menjadi hotel.


1. Hotel Costa Verde

Pesawat tersebut adalah pesawat Boeing 727 yang dibina pada tahun 1965, milik syarikat penerbangan Avianca Airlines. Sekarang, ia telah diubahsuai dan menjadi Hotel Costa Verde yang berdiri anggun di tengah-tengah Hutan Costa Rica. Ia menawarkan percutian mewah dan tradisional daripada unit Banglo sehinggalah bilik ruang udara terbuka.

Photobucket

Photobucket


2. Max Power

Jika di Costa Rica pesawat diubah menjadi hotel, lain pula kisahnya bagi Syarikat Max Power Euro yang mengubah sebuah pesawat menjadi unit kediaman. Dahulunya sebuah kapal terbang yang terbang di udara, kini ia adalah unit kediaman peribadi yang dijual dengan harga $200,000 seunit.

Photobucket


3. Jumbo Stay Hotel

Di Sweden pula, sebuah jet Jumbo Pan Am 747-200 telah bertukar wajah menjadi hotel mewah dan moden. Dan yang menariknya, hotel ini hanya 10 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa dengan berjalan kaki. Kebanyakan binaan dalaman telah diubahsuai menjadi 27 kabin pelbagai hiasan.

Photobucket

Photobucket


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails