Ahad, 1 Mei 2011

Kenduri Arwah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Bersempena dengan cuti Hari Pekerja yang jatuh pada hari Ahad, ramai sanak saudara dan sahabat handai yang mengambil peluang ini mengadakan Majlis Perkahwinan. Namun, atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Memandangkan Hari Ahad adalah cuti umum, maka cuti Hari Pekerja diganjakan ke Hari Isnin dan menyebabkan 3 hari cuti umum. Cuti umum yang amat dinanti-nantikan. Makcik saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengadakan kenduri arwah.

Perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Johor amat mudah dan lancar dengan adanya sistem lebuhraya yang baik seperti Lebuh Raya Utara-Selatan. Namun, ia memenatkan apabila berlakunya kesesakan jalan raya disebabkan lebihan pengguna. Ia adalah perkara biasa yang berlaku setiap kali cuti umum yang panjang apabila ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Dan, kepenatan pulang ke kampung hilang apabila melihat pemandangan istimewa yang tidak dapat dilihat di bandar.

Photobucket
Selepas lama bersendiri, Si angsa bertemu dengan pasangannya. (^_^)

Photobucket
Itik ini baru sahaja tiba

Comel kan? Pasangan Angsa dengan gelagat ibu itik dengan anaknya cukup untuk menghilangkan rasa penat perjalanan pulang ke kampung. Memang tidak dinafikan kehidupan di bandar memang menyeronokkan, tetapi ia tidak dapat dibandingkan dengan keadaan di kampung yang juga tidak kurang hebatnya.

Sekian sahaja untuk kali ini.
Salam

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails