Sabtu, 17 Disember 2011

Oh, itu rupanya Angry Bird

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Akhirnya, dapat juga saya merehatkan diri selepas berada dalam ketidakselesaan di dalam bas selama hampir 4 jam. Agak memenatkan juga duduk di dalam bas. Tetapi, kesemua kepenatan itu hilang apabila dapat menikmati tidur yang nyenyak di rumah. Pagi tadi, selepas menikmati sarapan, adik saya menunjukkan kepada saya satu permainan komputer yang popular sejak akhir-akhir ini. Dan itulah buat pertama kalinya saya melihat permainan tersebut iaitu Angry Bird! (Cuba bayangkan, dah berapa lama game tu keluar baru saya main. hehe..)


Photobucket

Memang agak menyeronokkan game itu. Sebenarnya sebelum ini pernah lihat di dalam Maharaja Lawak Mega di mana kumpulan Boboi membuat jalan cerita yang berkaitan dengan Angry Bird ketika mementaskan Silent Comedy.



Barulah faham jalan ceritanya macam mana. Nak satu masalah bila dah mula bermain permainan baru ini adalah masalah ketagih. Mesti tidak boleh berhenti main. Tapi sempat jugalah nak update blog sebelum sambung semula. (Main sepuas-puasnya.. hehe ^^)

Lain kali saya bentangkan akan Angry Bird ini dan kenapa dia marah sangat. Baiklah, nak sambung semua main. Sekian sahaja buat masa ini.
Salam.

4 ulasan:

misyamissyou berkata...

hehee dah penat dah main angry bird ni..skt jiwa pn ye jugak :P

Radin87 berkata...

hehe.. tau takper. tembak tak kena-kena.. tembak tak mati2.. sakitnyer hati.. hehe.. :D

hyz berkata...

sy pown agak ketinggalan pasal game ni. huhu

Radin87 berkata...

@hyz :
Jangan risau hyz, byk lagi masa utk main game ni. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails