Khamis, 18 November 2010

Kisah-kisah Cinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

'Photobucket'

Seperti tajuk di atas, topik kali ini memang ada kena mengena dengan kisah cinta. Di pagi yang hening ini, ditambah dengan kicauan burung-burung yang keluar mencari makanan, memang menambahkan mood untuk menulis. Ramai di antara kita yang mungkin biasa dengan cinta, atau mempunyai pengalaman pahit manis tentang cinta. Dan, memang menarik untuk diperkatakan, hanya dengan satu perkataan cinta... maka terbitlah 1001 ragam kisah percintaan manusia di dunia ini sama ada suka atau duka.

Tapi persoalannya adalah, Ia kisah Peribadi (Privacy), atau Umum (Public)?

Inilah persoalan yang saya ingin lontarkan hari ini. Mungkin ada yang jawab, ini untuk umum. Tidak mengapa kisah cinta kita diketahui orang lain. Titik-titik pertemuan, bibit-bibit percintaan, saat suka dan duka dihadapi bersama, menempuh alam perkahwinan dan akhirnya kekal hingga ke akhir hayat. Kenapa cerita indah ini mahu disembunyikan?

Bagi saya, tidak kira sama ada ia indah atau tidak, ia tetap kisah peribadi yang esklusif yang hanya orang tertentu sahaja perlu tahu. Alasannya mudah, kisah cinta sepatutnya dikongsi kepada ahli keluarga terdekat sahaja. Kadang-kala mungkin kita ada terbayang bagaimana ibu bapa atau datuk nenek kita berjumpa, kan? Kemudian kita bertanya...

Bila mak jumpa dengan ayah? Kenapa mak pilih ayah? Jumpa kat mana? Datuk Nenek setuju ke tak? Apa Ayah cakap masa dia lamar mak?

Dan cerita-cerita perkongsian hidup inilah yang semakin mengeratkan hubungan kekeluargaan. Menarik jika kita mendengar kisah hidup mereka. Ada yang cinta pandang pertama, ada yang malu tapi mahu, ada yang awalnya benci tetapi berputik menjadi cinta abadi, ada juga yang berjumpa kerana pilihan keluarga. Inilah yang boleh membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dan anda kena ingat, ini adalah cerita yang tidak perlu dicanangkan kepada orang ramai.


Pakcik Cari Hantu

Tidak perlulah saya terangkan siapa di atas. Kisah cintanya memang panas membara. Tetapi masalah utamanya bukanlah tentang hal percintaan-nya, tetapi adalah kerana cara dia menyampaikan cerita tersebut yang dibuktikan dengan sumber terdekat yang saya dapat, Fitnah semata-mata. Siap dengan gambar, mesej dan macam-macam lagi pengakuan di tulis di blognya bahawa dia bercinta. Adakah itu cinta? Perlukah dia mencanangkan kisah cintanya kepada masyarakat? Percayalah, itu bukan cinta, tapi mengambil kesempatan. Jika kita lihat, amat jelas sekali bahawa kisah-kisah yang ditonjolkan itu hanya sekadar mahu mengambil kesempatan. Apa lagi yang pakcik cari hantu itu perlukan selain mahukan perhatian dan memalukan sesetengah pihak, apatah lagi jika pihak itu adalah dari kalangan Kerabat Diraja.

Klik Sini untuk keterangan lanjut.


Kesimpulan

Bukan semua benda boleh didedahkan kepada umum. Ada perkara yang lebih baik jika ia disimpan dari diperkatakan.

Renung-renungkanlah~~
Bye~~

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails